Episode Tiga Puluh Dua

5.3K 316 18
                                    

Prang!

Bella hanya berdiri disitu tidak bercakap apa-apa. "Nazrin!" Tidak sempat dia menahan tangan lelaki itu dari mencampak telefon dia kearah dinding. Berkecai. "Kau marahkan diri kau sekalipun. Janganlah babitkan telefon aku."

Tidak bercakap apa-apa, Naz membuka laci meja kerjanya. Satu telefon diambil dan diberikan kepada gadis itu. "Ganti telefon kau."

"Aku tak nak ni. Aku nak yang sama macam yang kau baling tadi."

"Jenama sama. Kau nak apa lagi?"

"Warna tak sama. Aku nak warna pink."

"Ambil dan belah dari sini, Bella. Sebelum telefon ni juga, aku campakkan ke dinding."

"Fine!" Bella merampas kasar telefon bimbit yang ada atas meja kerja Naz. Kakinya melangkah pergi keluar dari ruang pejabat lelaki itu. Tidak lupa juga dia mengambil telefon yang berkecai itu untuk ambil sim kadnya. Hal ini, dia perlu beritahukan kepada Kierha.

Naz keluar dari pejabatnya. Dia tidak betah lama di dalam itu kerana seperti seolah-olah nafasnya sesak. "Kau nak ke mana, Naz?"

"Jangan masuk campur." Katanya kepada Bella yang sedang mengekori langkahnya. "Aku nak masuk campur juga. Kau nak pergi jumpa Kierha ke?"

"Kalau aku nak pergi jumpa dia sekalipun, apa masalahnya dengan kau?"

"Nazrin, kau tak boleh pergi ke sana."

"Sejak bila aku tak boleh pergi markas isteri aku sendiri? Sejak bila aku tak boleh nak pergi jumpa isteri aku sendiri?"

"Aku bukan tak bagi kau jumpa Kierha. Tapi, aku tak naklah kau pergi pukul lelaki tu. Kasihan dekat Kierha nanti."

"Sekejap. What?! Lelaki tu ada dekat sana dan kau baru beritahu aku sekarang. Bagus Bella." Naz kembali masuk ke dalam pejabat. Kunci bot miliknya yang ada diatas meja diambil dia. "Nazrin, esok-esoklah jumpa Kierha."

"Kau diam, Bella. Nak ikut aku, ikut. Tak nak, kau boleh tinggal dekat sini. Aku nak buat perhitungan dengan jantan tu."

Bella ikut naik ke dalam bot Naz. Sepanjang perjalanan, mereka tidak bercakap apa-apa dan dia juga tidak sempat menghantar Whatsapp kepada Kierha. Dia harap, Kierha bersedialah dengan kemunculan mengejut lelaki ini.

♡♡♡♡♡

"Tom, kau nak apa datang sini?"

"Wah, kau mengandung Kierha? Tahniah."

"Terima kasih. Ada apa kau datang sini? Lama tak nampak kelibat kau. Tiba-tiba hari ini muncul. Apa cerita, bro?"

"Geng kawasan aku tengah ada masalah dan perlukan pertolongan kau. Tapi, tengokkan keadaan kau ni... tak naklah aku bahayakan kau. Jadi, mungkin aku boleh pinjam budak-budak kau?"

"Tom, Tom. Kau ni, macam baru kenal aku hari ini je. Kau tahukan yang aku tak akan lepaskan budak-budak aku buat misi tanpa aku. Lagi-lagi yang melibatkan geng lain."

"Masalahnya kau tengah mengandung. Tak akan kau nak turun padang juga?"

"Hal ini, aku akan uruskan. Jangan risau. Bila? Mana?"

"Kierha."

"Beritahu sahaja maklumatnya Tom. Aku dan budak-budak aku akan datang tolong kau uruskan."

"Ini maklumat yang aku ada. Aku rasa kau boleh tambah sendirikan apa-apa maklumat baru? Ada apa-apa update inform aku. Lusa. Bangunan markas geng aku. Mereka nak pecah masuk dan letakkan dadah di tempat aku."

"Salah cari pasal betul geng ni. Setakat nak cuit-cuit macam tu, baik masuk tadika balik. Polis sendiri pun tahu geng kau bersih, tak akanlah tiba-tiba kau nak buat bisnes kotor ni pula."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now