Episode Satu

11.7K 407 2
                                    

Marah betul Kierha kepada budak-budak baru yang tiba tadi dalam markas. Sudahlah datang lambat. Lepas itu, selamba buat muka toya tidak bersalah menghadap dia. Geram! "Lepaskan aku, Aron!" Nasib baik Aron sedang menahan dia dari melepaskan tumbukan pada satu-satu muka budak-budak baru itu. "Sabar, Kie. Sabar..."

"Eh, budak! Kau jangan ingat yang aku ini perempuan... aku tidak boleh buat apa-apa dekat kau! Papa aku tidak ada dekat sini, sekarang. Jadi, aku ada hak untuk buat apa-apa kepada kau orang!"

"Dasar perempuan. Suka sangat bergantung kepada nama ayah. Kalau tidak disebabkan Papa kau, tidak ada orang dalam markas ni akan hormat kau lah." Wah! Berani betul salah seorang budak baru itu berkata begitu kepada dia. "Kau dah melampau!" Tubuh Aron yang memeluk dia ditolak kuat. Terus di melompat dan memberikan tumbukan padu tepat pada wajah lelaki baru itu. Pecah! Percikan darah terkena mukanya tidak lansung menjijikkan kepada dia. Malah, dia rasa puas. Tidak memberikan ruang kepada lelaki itu untuk bangun melawan, Kierha melepaskan satu sepakan kuat pada perut lelaki itu.

Kierha mencengkam kuat kolar baju lelaki berlagak itu. "Kau dengar sini baik-baik. Aku perempuan yang tidak ada sifat lemah lembut apatah lagi rasa kasihan. Bodoh! Kau sengaja nak aku tunjuk belang aku."

"Ada sesiapa lagi yang berani nak mencabar aku?" Soal dia kepada kawan-kawan lelaki yang sudah rebah diatas lantai tidak sedarkan diri. "Tidak ada? Bagus!" Dia melangkah keluar dari bilik latihan dalam markas milik Papa dia. Bam! Pintu sengaja dihempas kuat menunjukkan kemarahan dia. Aaron mengikut langkah gadis itu dari belakang. "Jangan lupa bawa kawan kau orang ni pergi tingkat bawah. Ada bilik rawatan dan doktor dalam tu. Minta dia tengokkan kawan kau orang tu."

"Baik, Tuan Aaron!" Mereka kelam kabut memapah lelaki yang rebah itu ke bilik rawatan yang diarahkan oleh Aaron.

"Kau ni Kierha... tidak boleh kawal lansung kemarahan kau tu." Dia berdiri disisi sahabat baiknya itu. "Kau dah bawa budak tu ke bilik rawatan?"

"Malas. Aku suruh kawan-kawan dia uruskan sendiri. Aku cuma beritahu dimana bilik rawatan."

"Hmm. Kalau ada apa-apa, kau maklumkan kepada aku. Satu hal pula aku nak jawab dengan Papa nanti." Kierha menyanggul rambut panjangnya tinggi. Rimas dengan rambut yang panjang.

Bukan dia tidak pernah berniat untuk potong. Tapi, arahan Mama tidak boleh dia pandang remeh. Kalau sahaja orang tuanya itu tahu yang dia memotong rambut pasti kepalanya akan dibotakkan macam Tok Sami. Tidak mahu!

Tembakan dilepaskan satu persatu dari pistol miliknya kearah papan sasaran di ruang padang tembak yang terletak di belakang bangunan markas. Sedang dia asyik melepaskan tembakan ada seseorang berani melingkarkan tangan di pinggang dia. Pistolnya dipacu pada kepala orang itu. "Cinta...?"

"Naz? Apa yang Naz buat disini?" Terkejut dia dengan kehadiran kekasihnya. Kalau dia berkemahiran dalam dunia perisikan, Naz lebih lagi. Lelaki itu bukan sembarangan. Malah, dia juga sering kalau mereka beradu tenaga atau melawan tembak. Senang dia bersandar pada dada bidang Naz. Lingkaran tangan yang melilit pinggang dia semakin erat tidak mahu lepas. "Naz..." Kierha rasa geli dengan puncak hidung jejaka itu yang bermain di lehernya.

"Duduk diam-diam, cinta." Kierha mengikut sahaja arahan Naz. Naik bulu romanya dengan tingkah manja dan daring lelaki itu. "Naz buat apa disini?"

"Cinta tidak suka Naz berada disini?" Tawa dari bibirnya terlepas mendengar suara garau itu kedengaran ingin merajuk. Kierha senang hati. Hanya dia sahaja dapat melihat sisi lain manja lelaki itu. "Bukan itu maksud cinta. Cinta cuma tanya."

"Naz rindukan cinta. Sebab itu Naz berada disini nak jumpa cinta." Cair Kierha mendengar luahan rindu jejaka itu. "Cinta juga rindukan Naz." Jarinya bermain di telapak tangan besar Naz.

"Cinta ikut Naz jom."

"Ikut ke mana?" Soal dia kepada kekasihnya yang masih erat mendakap tubuh dia. Pistol miliknya sudah diletakkan ke tepi. "Hari ini, markas Naz ada buat latihan memanah. Nak ikut?"

"Dadda Naz mesti ada kan?" Kierha sedar yang dirinya tidak pernah diterima baik di markas kekasihnya. "Nope. Dadda dan Mammi ke Itali. Ada urusan berkaitan pentas fesyen kawan baik Mammi."

"Jom. Please, cinta." Lemah sungguh dia dengar rayuan manja Naz ni. "Fine." Aduhai, cair dia dengan senyuman manis menggoda Naz. Sekejap sahaja. Wajah itu kembali memaparkan riak dingin dan serius. Macho!

Kierha mengikut sahaja langkah Naz yang masih erat mengenggam tangan dia. Mereka memanjat tangga menuju ke ruang bumbung kosong markas milik Papa dia. "Mana pemandu helikopter ni?"

"Hari ini Naz yang bawa helikopter." Naz memang berbeza. Bagaimanalah lelaki itu boleh berani memandu helikopter? Dia pun tidak tahu. "Sekejap. Boleh tak kalau cinta nak ajak Aaron?"

"Ala... kenapa cinta nak bawa dia? Naz rasa macam bermadu dengan dia tau."

"Hahaha. Naz ni. Cinta hanya cintakan Naz seorang sahaja. Aaron ialah sahabat baik cinta."

"Yalah. Cepat. Kalau Naz lambat datang latihan nanti kena denda."

"Wah! Siapa yang berani denda ketua mafia Sylvinia?" Puncak hidung Naz dicuitnya manja. Telefon yang ditelekap di telinga menanti Aaron menjawab panggilan.

"Yo!"

"Aaron, naik atas bumbung markas."

"Huh? Why?"

"Jangan banyak tanya boleh tak? Cepat tau. Kalau tidak, aku tinggalkan kau."

"Ya. Baik, tuan puteri."

"I'm not a princess!"

"Ok, mak rimau."

"Aaron!" Panggilan dimatikan di sebelah sana. Dia mencebik bibir dan memandang Naz. "Siap Aaron. Berani betul dia usik cinta Naz."

"Hehehe. Sayang Naz." Tubuh itu dipeluk dia erat.

"Ya Allah, tak suci mata aku!" Dengar dah suara Tuan Aaron kita seorang ni. "Over. Dah, naik." Arah Naz meluku kepala Aaron.

"Sakit gila!"

"Kau usik cinta aku. Berani pula."

"Usik manja. Betul tak, Kierha?" Kening Aaron diangkat mengusik. Sebelum sempat Aaron nak menghulurkan tangan membantu gadis itu untuk masuk ke dalam helikopter, Naz dah tepis dulu tangan dia. "Jangan pegang milik aku."

"Possesive."

"I am. She's mine. Only mine."

Aaron mengangkat tangan mengalah. "Dah tu. Cepat Naz. Nanti Naz lambat ke latihan pula."

"Ya, cinta."

"Naz..."

"Apa?"

"Nak bawa helikopter boleh?" Tidak sempat Naz menghalang, Kierha dah pantas memindah punggung di kerusi pemandu. "Cinta, no." Cepat-cepat dia membuka pintu bahagian pemandu. Tubuh Kierha ditarik keluar dan digendong macam karung guni diatas bahu. "Naz, nak bawa helikopter." Sengaja Kierha melembutkan suara.

"A big no, cinta."

"Fine." Kierha pasrah duduk dibahagian sebelah penumpang. 

*****

Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now