Episode Tiga Belas

4.8K 239 8
                                    

"Papa dan mama nak jumpa dengan Kierha dan Abang Naz dekat ruang tamu." Kierha memandang suaminya yang sedang duduk bersantai merendamkan kaki di dalam kolam dalam rumah keluarganya sebelum memandang kearah Kiefha yang menyampaikan pesanan papanya. "Terima kasih, Kiefha."

"Sama-sama. Hah, Kak Kierha buat apa-apa ke sampai kena panggil papa?"

"Sibuk sahaja budak kecil seorang ini."

"Bukan menyibuk cuma nak ambil tahu sahaja."

"Samalah tu."

"Tidak sama. Pergilah, nanti kesian pula papa tertunggu." Kierha mengangguk faham. Dia bangun dari riba suaminya dan menuju ke ruang tamu sambil diekori Naz dari arah belakang. Tangannya digenggam suaminya. "Kenapa tangan cinta sejuk ni?"

"Tak ada apa-apa. Mungkin sebab lama sangat berendam dalam air kolam tadi kot."

"Atau cinta takut nak jumpa papa?"

"Mana ada." Kierha menafikan. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati apabila papanya tiba-tiba sahaja memanggil dia dan Naz untuk berjumpa. Dia duduk diatas sofa berhadapan papa dan mamanya. Manakala, Naz melabuhkan punggung diatas sofa sebelah dia. "Kierha."

"Ya, papa?"

"Ini ada hadiah kecil daripada papa dan mama untuk kamu dan Naz."

"Hadiah kecil?" Kierha memandang papanya yang menolak satu sampul surat diatas meja kopi kearah dia dan dia juga memandang kearah suaminya sebelum kembali melihat wajah orang tuanya. "Apa ni, papa?"

"Buka dahulu, Kierha." Mamanya berkata lembut menghilangkan rasa gusar yang menyelubungi hatinya. Dia memandang semula kearah Naz yang mengangguk meminta dia mengambil sampul surat itu. Tangannya menyeluk masuk ingin tahu apa yang berada di dalam sampul surat itu. "Kunci?"

"Ya. Ada lagi satu benda dalam sampul itu, Kierha."

Kini, Kierha melihat sampul surat itu dengan menggunakan mata kerana tadi dia hanya menggunakan deria sentuhannya sahaja. Ada satu kepingan gambar bersaiz A4. Dia keluarkan dan letakkan diatas meja kopi. "Cantiknya."

"Itu rumah yang papa nak berikan kepada Kierha dan Naz sebaik sahaja kamu berdua bergelar suami isteri."

"Seriuslah, papa?" Kierha memandang papanya tidak percaya. Rumah itu agak besar untuk dia dan Naz yang baru sahaja hidup berdua sebagai suami isteri. "Serius, cupcake. Harap anak papa sukalah."

"Suka! Kierha suka sangat-sangat. Terima kasih, papa. Terima kasih, mama. I love both of you so much!" Dia bangun terus memeluk dua tubuh orang tuanya tanda terima kasih.

"Naz nak ucapkan terima kasih kepada papa dan mama juga sebab sudi berikan hadiah yang bernilai ini kepada kami. Tetapi, dengan rasa rendah hati, Naz ingin menolak hadiah papa dan mama ini." Kierha menoleh memandang suaminya. Dia kembali duduk disebelah suaminya.

"Kenapa, Naz?" Tuan Kevin dan Tsab memandang kearah menantu mereka. "Maafkan Naz. Naz tahu niat papa dan mama baik tetapi kalau boleh, Naz nak bawa Kierha duduk di rumah keluarga Naz. Lagipun, Naz seorang sahaja anak dadda dan mammi. Mereka pun minta Naz bawa Kierha duduk disana dengan mereka."

"Kalau itu kata Naz, papa hormat. Lagipun, papa dan mama berikan rumah ini sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua. Mana tahu kamu berdua perlukan ruang berdua, bolehlah guna villa itu untuk berhoneymoon." Usikan papanya membuatkan pipi Kierha terasa panas. Dia tersenyum kerana papanya menghormati tindakan dan keputusan Naz yang ingin bawa dia duduk di rumah keluarga suaminya. Walaupun, tanpa pengetahuan dia. "Papa, terima kasih. Naz harapkan apa yang Naz katakan tadi tidak kecilkan hati papa mahupun mama. Maafkan Naz."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now