Episode Sebelas

5.1K 241 2
                                    

"Dah jadi isteri orang dah anak Mama seorang ini. Lepas ini, siapa pula?" Mama memeluk tubuh dia mengucapkan kata tahniah kerana urusan akad nikah semua dipermudahkan. Cincin juga sudah disarungkan jari. Malah, mereka suami isteri sempat melakukan sujud syukur sebelum sesi pembatalan wudhu di satu sudut dalam dewan yang sudah disediakan dengan dua bentangan sejadah. "Lepas ini, Kiesha. Kiesha rasa Kiesha nak kahwin dengan Aaron."

"Kiesha...?" Mama dan Kierha memandang Kiesha yang tersenyum memandang kearah Aaron yang sedang berbual dengan Dom di tengah dewan. "What? I just say. Kalau ada jodoh, tidak ke mana kan?"

"Sejak bila ni, anak-anak perempuan Papa dah membesar ni?" Papa muncul mencuit manja hidung Kiesha. "Papa berkenankan Aaron juga kan untuk dijadikan menantu? Nanti Kiesha mengorat dia." Nak tergolek Kevin dengar rancangan puteri keduanya yang tiba-tiba itu.

"Asalkan pandai jaga diri, Mama tak halang."

"Pergh, Mama bagi greenlight. Papa macam mana?" Kiesha mengangkat kening memandang dia menantikan jawapannya. "Kalau Mama cakap macam tu, Papa sokong juga." Tsabitah dah memberi jawapan dulu bagi pihak dia.

"Hehehe. Thanks. Mama, Papa." Kiesha pergi mendekati Aaron.

"Papa, Mama." Suara Naz menegur orang tua Kierha. "Mesti Naz nak Kierha kan?"

"Izinkan Naz, Mama."

"Silakan. Kierha sekarang sudah jadi milik Naz."

"Terima kasih, Mama. Mama dan Papa dah makan?"

"Belum lagi. Mama dan Papa ke meja untuk makan sekejap. Kamu berdua pun jangan lupa makan."

"Baiklah, Mama, Papa." Kierha dan Naz berkata serentak dengan senyuman.

"Cinta..."

"Ya, encik suami."

"Senang betul hati Naz dengar cinta panggil Naz encik suami. Rasa macam tidak percaya, milik Naz akhirnya jadi yang halal juga untuk Naz."

"Naz nak makan sekarang?"

"Tapi, Naz nak makan cinta je sekarang ini." Bulat mata Kierha dengan kata nakal suaminya. "Naz, jangan nakal sangat. Ramai orang ni."

"Terima kasih, cinta."

"Kasihmu diterima, Naz. Sentiasa...."

"Cinta, ada satu benda yang Naz lupa nak cakap."

"Apa?"

"You look so beautiful. Cantik dan manis tengok cinta berpakaian menutup macam ni."

"Terima kasih, Naz. Kalau cinta nak terus pakai tudung lepas ni, boleh?"

"Boleh sangat, cinta. Lagipun, you're mine. Always mine. Jadi yang terlindung dalam ni semua hanya tatapan Naz sahaja." Naz tidak lepas dari mengenggam tangan dia. "Cinta suka dengan cincin ni?"

"Set couple ke?"

"Haah. Naz order custom made."

"Ukiran ni macam peta dunia. Unik."

"Cinta cuba teka, apa maksud cincin kahwin ni?" Dia memandang Naz. "Peta cinta kita?"

"Wow, cinta. Pickup line ke ni?"

"Mana ada. Hahaha. Cinta cuma jawab soalan Naz tadi."

"Maksud cincin ni... you're my world."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now