Episode Tiga Puluh Tiga

5.8K 326 13
                                    

"Kierha, kau dah okay ke dengan Nazrin?"

"Kau nak tolong aku tak?" Soalan Bella dibalas dengan soalan daripada dia.

"Tolong apa?"

"Tolong bawa balik sekali lelaki itu ke markas dia. Pulangkan dia semula ke tempat asalnya."

"Kau ni... Nazrin datang sini nak pujuk balik kau. Nak ambil hati kau semula. Dia dah turunkan ego dia tu, Kierha."

"Aku tahu. Tapi, perlu ke nak melekat 24 jam dengan aku macam belangkas. Dia pun ada kerja urusan dia sendiri di markas."

"Nazrin ambil MC."

"MC? Kau terencat akal ke? Bisnes kongsi gelap ni mana ada cuti-cuti."

"Nazrin punya jawapan. Aku sampaikan sahaja. Dah, kau pergilah sana. Berbual dengan dia ke? Buatlah apa-apa yang patut."

"Latihan kita tak habis lagi ni."

"Engkau sendiri pun tak fokus. Asyik mata ke sana sahaja. Ingat aku tidak nampak ke?"

"Aku nak bagi dia peluang. Tapi, aku tak bersedia."

"Kau nak tunggu laki kau tu dah tak ada hati ke baru nak menyesal?"

"Ish, Bella. Apa cakap macam tu? Kau nak kawan baik kau ni bergelar janda muda?"

"Apa salahnya. Janda muda ni market tinggi tau."

"Hah, Bella. Kau tak payah nak mengajar isteri aku yang bukan-bukan. Dalam perut dia tu pun tak keluar lagi. Kau dah doakan yang pelik-pelik." Suara garau itu mencelah dari belakang. Perbualan asyik mereka tidak sedar yang Naz sedang mendekati. "Bella, kau nak balik. Balik dulu. Aku teman Kierha disini. Ada apa-apa suruh Dom hubungi aku."

"Baiklah, Tuan Nazrin. Saya minta diri dulu." Bella mengalas begnya dan berlalu pergi dari situ meninggalkan pasangan suami isteri itu berdua.

♡♡♡♡♡

"Cinta nak pergi mana?" Soal Naz masih memegang kukuh lengan isterinya.

"Nak pergi mana-mana sahaja. Kenapa?"

"Benci sangat ke cinta kepada abang?"

"Entah. Fikirlah sendiri."

"Abang tahu yang semua ini berlaku sebab salah abang sendiri. Kalau abang tak ikutkan hati hukum cinta pasal hal bodoh tempoh hari mesti hubungan kita masih baik. Maafkan abang, cinta."

"Kalau sedar diri, baguslah. Ada apa-apa lagi?"

"Cinta, dengar sini." Naz masih bernada lembut. Dagu isterinya dipegang. Tangannya mengusap lembut membelai pipi gadis kesayangan dia. Ya, dia rindukan wajah itu. Dia rindukan senyuman manis Kierha. Senang cerita, dia sangat merindukan Nurul Syarifah Kierha.

"Abang minta maaf dari awal. Bermulanya dengan kemunculan Ain. Kemudian, Bella dan sekarang... atas sikap egois abang sendiri. Abang tahu yang abang dah banyak kali lukai hati isteri abang seorang ini. Banyak kali juga abang memohon maaf dan meminta peluang daripada cinta. Setiap kali itu juga, abang persiakan peluang yang cinta berikan. Bodohkan abang ni? Ada isteri macam Kierha, dipermain-mainkan. Kalaulah abang sanggup lepaskan cinta untuk dibahagiakan lelaki lain... dah lama abang lepaskan. Tapi, tidak. Sebab abang pentingkan diri sendiri. Sebab abang cintakan cinta. Sebab abang nak bahagiakan cinta. Dan sebabkan itu, abang merayu sangat pada cinta. Tolong maafkan abang. Maafkan abang atas segala-galanya. Abang berikan cinta ruang untuk fikir apa yang terbaik untuk cinta. Abang akan hormat keputusan cinta." Naz melabuhkan ciuman pada dahi Kierha. Berat hatinya begitu juga dengan kakinya. Tapi, dia tidak mahu mendesak lagi gadis kesayangannya itu.

TwitterpatedWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu