Episode Tujuh

5.8K 399 15
                                    

"Borhan!" Tubuh abang sepupunya dipeluk erat dari belakang.

"Sis! How are you?" Terlepas tawa dari bibir Kierha mendengar slang Inggeris British Borhan. "Amboi, hang. Sejak ke hulur ke hilir luar negara dan banyak makan makanan omputeh ni, dah fluent cakap bahasa omputeh ya."

"See the leg." Kierha menendang perlahan kaki Borhan yang sengaja ditunjukkan kepada dia. "Sihat dah? Demah kebah tidak? Luka tembak macam mana?" Bila doktor jumpa pesakit memang suka tanya soalan yang macam ini ke?

"Sudah. Sekejap aku tunjuk kau parut aku." Borhan mengetuk kepala dia belum sempat dia menyelak baju dia keatas. "Baru namanya mafia kalau ada parut. Kau ada?" Soal dia mengusik abang sepupunya itu. Ish, tingkah Kierha memang tidak pandang kiri kanan lansung.

"Kau buat apa di sini, Borhan?"

"Datang melawat kawasan aku. Tidak boleh ke?" Berlagak betul riak muka Borhan. "Macam mana keadaan Tok Ayah? Sihat orang tua itu?"

"Sihat sangat. Melekat 24 jam dengan Tok Mak di tasik. Mengimbau zaman romantis muda-muda dulu kata Tok Ayah."

"Pergh, muka cemburu tu jangan tunjuk sangat. Kahwin cepat-cepat. Barulah dapat bersweet-mweet dengan isteri macam Tok Ayah dan Tok Mak. Ajak Tok Ayah double date pun boleh."

"Bagus juga idea kau ni, Kierha."

"Kierha lah katakan." Terkejut Kierha apabila tangan besar abang sepupunya melekap di dahi dia. "Apahal kau ni?"

"Demam kau nampaknya dah kebah. Tetapi..."

"Tetapi...?"

"Macam ada yang lain sahaja di muka kau. Apa dia ya?"

Lupa pula dia nak beritahu yang Borhan ni sama benar dengan Kiesha dan Aaron. Senang sangat menerka hati dia. Atau, dalam kata lain. Dia tidak boleh menipu atau sembunyikan sesuatu daripada Kiesha, Aaron dan Borhan. Tiga insan penting dalam hidup dia yang tahu baik buruk dia. "Kierha."

"Ya?"

"Anything?" Kierha menggeleng kepala menafikan. Dia tidak akan beritahu kepada Borhan tentang kehilang Naz yang menyepikan diri sekali lagi. Kalau sebelum ini empat hari tapi masuk hari ini sudah dua minggu lelaki itu tidak menghubungi dia. Mesej dan panggilan yang dibuatnya juga kepada Naz sepi. Sesepi hatinya yang menantikan kemunculan kekasihnya. Kekasih? Masihkah dia ada hubungan cinta dengan Naz? Atau malam itu pengakhiran hubungan dia dan Naz? Dia tidak pasti.

Kierha kembali ke realiti apabila dia terasa ada jari sedang menyeka sesuatu dari pipinya. "Air mata ni untuk apa?" Soal Borhan kepada dia dengan nada risau. Dia tersenyum menggunakan hujung lengan bajunya mengesat air mata yang mengalir.

"Teman aku sekejap boleh, Kierha?"

"Nak ke mana?"

"Jumpa kawan aku. Sekejap sahaja."

"Susah aku nak percayakan sekejap kau ni, Borhan."

"Aku janji kali ini memang sekejap. Please..." Sanggup ke dia kecewakan abang sepupunya yang sudah separuh merayu dengan mencebikkan bibir ni? Kalau comel tidak apalah, ini... faham-faham sendirilah.

Bot yang dipandu Borhan berhenti di satu pulau. Kierha sudah rasa tidak sedap hati kerana dia kenal benar dengan pemilik pulau tersebut. "Borhan, aku ada hal. Aaron baru sahaja mesej aku, kata yang markas perlukan aku."

"Kau jangan nak gebang dengan aku. Aku dah tanya Aaron sebelum bawa kau ke sini tadi. Dia kata yang jadual kau hari ini kosong. Latihan pun tiada."

Terpaksa dia mengangkat kakinya mengekori langkah Borhan yang sudah turun dari bot.

"Erk. Kau tidak ketuk pintu dulu untuk masuk ke dalam rumah orang, Borhan?"

"Buat apa nak ketuk? Aku bersahabat baik lama dengan tuan empunya rumah dan pulau ni." Masih lagi dengan nada berlagak si abang sepupunya seorang ini. Kalaulah Borhan tahu yang dia sedang berkasih dengan pemilik rumah dan pulau itu, apakah reaksi abang sepupunya? Maklumlah, kesibukan Borhan dalam menjadi pensyarah perubatan dan doktor membuatkan mereka lama tidak bertemu. Disebabkan itu juga, dia tidak sempat memberitahu satu hal itu kepada Borhan.

"Bro! Woah, sorry kacau." Borhan dah senyum mengusik. Manakala, dia senyum tawar sahaja melihat kedudukan mesra Naz dan seorang perempuan yang tidak pernah dia kenal dan nampak sebelum ini.

Naz memandang kearah sahabat baiknya sebelum dia sedar kewujudan Kierha yang berdiri di sebelah Borhan dengan senyuman kecewa. Pemilik sepasang mata hijau cuba melarikan pandangan daripada dia. Tapi, sempat dia tangkap mata itu menunjukkan rasa sedih dan letih.

"Borhan." Naz bangun dari kerusi dan mendekati Borhan. Mereka berpelukan sudah lama tidak berjumpa.

"Naz, aku nak kenalkan kau dengan adik sepupu kesayangan aku... Kierha. Kierha, kenalkan jejaka yang kacak bergaya depan aku ini... Naz. Perempuan cantik manis yang duduk atas riba Naz tadi, Ayu. Tunang Naz." Dia memandang Naz tidak percaya. Adakah selama ini dia menjadi orang ketiga dalam hubungan orang? Sebab itu, Naz seperti mendesak dia untuk menerima lamaran lelaki itu. Untuk menutup status sebenar lelaki itu yang merupakan tunang orang. "Tahniah." Ucap Kierha sewaktu menyambut huluran salam Ayu yang tersenyum manis kearahnya.

"Terima kasih. Cantiknya mata sepupu awak, Borhan." Kierha menunduk berasa segan dipuji begitu sedangkan gadis yang bergelar tunang Naz di depan dia ini lebih cantik dan manis berbanding dia yang hanya biasa-biasa sahaja. Tidak bersolek atau berpakaian seperti perempuan. Hanya tahu memakai hoodie dan jeans hitam sahaja. "Ayu nak ke dapur sekejap untuk bancuhkan air buat tetamu-tetamu Naz."

"Tidak perlu. Lagipun, Borhan beritahu yang dia sekejap sahaja disini."

"Tidak susah mana pun. Setakat campak uncang teh, gula sedikit dan air panas."

"Kalau macam itu saya teman Ayu ke dapur. Boleh? Itupun kalau Ayu sudi."

"Boleh. Lagipun, kita boleh berikan ruang kepada dua lelaki kacak ini untuk berbual."

"Tidak perlu susah. Ayu boleh buat sendiri." Naz menghalang dia untuk mengikuti Ayu. Adakah Naz risaukan keadaan Ayu? Dia belum bodoh lagi untuk mengapa-apakan orang dengan hanya mengikut rasa hati. "Naz, tidak mengapa. Awak dan Borhan boleh bebas berbual jika kami perempuan berada di dapur."

"Pergilah, Kierha." Borhan menolak tubuh dia sedikit untuk dia mengekori langkah Ayu yang sudah berada di depan.

"Ehem! Jauh sangat kau pandang sepupu aku tu." Borhan menepuk bahu sahabat baiknya tidak lepas memandang kearah adik sepupunya sejak dari tadi. Dia sedar sahaja tapi tidak berani berkata depan Ayu. Nanti satu hal pula dia nak tengok drama pasangan baru itu. "Maaf, Borhan. Kau kenapa datang sini?"

"Kenapa aku datang sini? Kau hilang ingatan ke, bro? Bukan engkau ke yang call aku tadi ajak datang ke sini. Kata ada story."

"Sorry, bro. Aku lupa."

"Kau tengok adik sepupu aku sampai nak berlubang tembus kepala dia, boleh lupa pula janji kita." Borhan menggeleng kepala melihat keresahan Naz. Malah, sahabatnya itu mengeluh berat seperti ada masalah berat sedang menimpa.

*****

Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now