Episode Dua Puluh Sembilan

5K 300 14
                                    

Hari ini dah masuk dua hari Naz diam tidak bercakap dengan dia. Kierha sudah tidak duduk senang dilayang sebegitu rupa seperti apa yang berlaku semua salahnya. Bukan dia yang mengajak nonno berlakon untuk menipu suaminya itu. "Abang."

"Abang." Lelaki itu masih fokus pada komputer riba yang ada atas meja kerja menghiraukan kewujudan dia disitu. "Abang!" Suaranya dikuatkan sedikit untuk menarik perhatian suaminya. Masih lagi Naz memekakkan telinga. Sengaja sungguh lelaki itu ingin melihat dia marah. "I hate you! Kenapa abang seolah-olah letakkan salah ni atas Kierha?! Fine, kalau abang nak teruskan merajuk tu. Merajuklah."

Bam! Pintu dihempas kuat menunjukkan betapa marahnya Kierha kepada suami dia. "Oh, by the way." Kierha patah balik masuk ke dalam pejabat Naz. Komputer riba itu dipusingkan kearah dia. Fail kerja yang sedang diuruskan oleh suaminya itu disimpan ke dalam hard drive yang dicucuk sejak tadi lagi. Hard drive diletakkan diatas meja dan komputer riba milik Naz dicampakkan kearah dinding. "I think you can get a new one, right?" Katanya sinis terus berlalu keliar dari situ. Tidak menghiraukan mata tajam lelaki itu yang memandang kearah dia.

"Bella, mana Bella?!" Ini lagi seorang sengaja mencari pasal dengan dia. Janji pukul 8 pagi tapi dah pukul 10 pagi ni masih tak nampak batang hidung. Punggungnya duduk diatas lantai bilik latihan. Kakinya duduk secara bersila. Matanya dipejamkan dan dia melakukan teknik tarik nafas dan hembus untuk menenangkan dirinya yang sedang marah itu.

"Kau nak hidup lama... jangan berani sentuh aku." Dia memberi amaran kepada Bella. Mencelik mata, Kierha memandang Bella yang tergantung tangan dari menyerang dia secara senyap. "Macam mana kau tahu aku?"

"Derap kaki kau. Nafas kau tak stabil. Kau dari mana, Bella?"

"Tertidur lewat semalam. Jadi, pagi ini aku terlajak."

"Denda."

"No."

"Yes. Tambah 20 pusingan larian. Now!"

"Ish!" Meletakkan beg, Bella terus berlari 30 pusingan mengelilingi bilik latihan. Dia pula mengambil peluang memanaskan badan. "Nonno tidak datang hari ni?"

"Tak. Dia dan Mauro tak ada sejak pagi tadi kata Melissa."

"Ke mana?"

"Tak tahu. Aku tak sempat tanya banyak sebab dah lewat latihan."

"Bagus kau sedar diri. 25 pusingan."

"Kalau aku beritahu apa yang aku tahu, boleh kurangkan lagi 10 pusingan tak?"

"Kau nak aku tambahkan 15 pusingan ke?"

"Ergh, kejam."

"Apa info tambahan kau tahu tu?"

"Tak nak beritahu."

"Aku pun tak nak kau berhenti lari sampai aku suruh berhenti."

"Kierha!" Bella tidak puas hati. "Kau beritahu aku atau aku laporkan kau main-main dalam latihan."

"Fine. Tapi, ini antara kau dan aku sahaja. Nonno dan Mauro tidak tahu yang aku tahu pasal ni. Aku mungkin lemah bab berlawan tapi untuk dapatkan maklumat, aku cekap."

"Cekap ke tidak. Aku tak kuasa nak tahu. Sekarang, aku nak tahu apa yang sedang berlaku."

"Dingin."

"Antonio datang balik tuntut kedudukan dalam keluarga Mauro."

"Siapa Antonio ni?"

"Ikutkan hierarki keluarga Mauro, Antonio merupakan cucu lelaki pertama dalam keluarga Mauro."

"Jadi, kau nak beritahu yang nanat entah datang dari mana ni cuba nak bolot kedudukan Naz?"

"Nampaknya macam tu lah. Tapi, nonno tak akan berikan macam tu sahaja kepada Antonio. Dia pernah ada kes buruk yang buatkan nonno tidak percayakan dia."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now