Episode Sembilan

6.7K 415 17
                                    

"Thanks, Borhan. Selamat malam. Sampaikan salam buat semua yang ada di rumah nanti." Ucapnya melambai tangan kearah Borhan. Sebaik bot dan pemilik bot itu hilang dari pandangan mata dia, Kierha melabuhkan punggungnya diatas jeti kayu itu. Kakinya biar tergantung bermain dengan air laut yang sejuk. Tiupan angin bayu sejuk menyapa kulit dia, tidak mengusik dia untuk bangun dari situ. Pandangannya dicampak keatas langit gelap yang bertaburan bintang-bintang.

"Kamu nak ke mana, Kierha?" Soal Tok Ayah melihat dia bangun dari kerusi. "Tok Ayah, Kierha nak ke tandas sekejap. Please..."

"Baiklah. Jangan berlama sangat. Nanti ada majlis makan pula selepas perbincangan ini. Tok Ayah nak kamu sertai sekali. Jangan cuba lari."

"Tok Ayah, memanglah perbincangan ni agak bosan dan hambar sedikit. Tapi, Kierha belum ada rancangan lagi untuk lari dari majlis ini."

"Tok Ayah cuma cakap sahaja." Kierha yang tidak tahan untuk ke tandas cepat-cepat bangun dan menunduk 45 darjah kepada semua yang ada dalam ruangan perbincangan sebelum meninggalkan ruang itu sementara. Hakikat sebenarnya dia ingin menarik nafas sama juga kerana terasa sesak dengan pandangan tajam yang menggugat hati, jantung, limpa dan organ-organ lain dalam tubuhnya.

"Auch!" Dia terlanggar satu halangan keras semasa keluar dari tandas. Kepala dia diangkat melihat di depannya dada bidang seseorang. Kierha mendongakkan lagi kepala keatas dan nafasnya yang cukup tadi terasa berhenti. Jantungnya sudah mula proses pam darah tahap maksimum. "Maafkan saya kerana tidak sedar kemunculan saudari disini." Suara itu garau seperti melodi indah yang menyapa telinga dia. Seksi.

"Tidak apa, Tuan. Saya yang salah kerana tidak pandang depan." Kierha cuba berlalu pergi dari situ tetapi lelaki bernama Naz itu memegang lengan dia. "Ya, Tuan? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Selaku salah seorang tuan rumah untuk majlis malam ini, Kierha cuba berbudi bahasa. Tubuhnya dipusingkan oleh Naz dan mereka menghadap antara satu sama lain. Dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah lelaki itu sekaligus membalas pandangan.

Naz tidak berkata apa-apa hanya sentuhan lelaki itu yang meliar di lehernya buatkan Kierha menggigil sedikit. Bukan kerana takut tetapi rasa selesa dibelai. 'Kierha, sedarkan diri! Sejak bila engkau macam ini?!' mindanya menjerit.

'Belaian dia lembut. Buat kau cair, Kierha...' hatinya pula bagai merelakan perlakuan lelaki itu.

Kierha tersedar apabila rambutnya yang disanggul tadi terlepas dari ikatan. "Tuan buat apa ni?" Dia cuba membetulkan balik sanggul rambutnya. Tangannya meraba mencari getah rambut. "Saudari cari ini?" Getah rambut hitam bercorak kucing miliknya ada pada tangan Naz. "Ya. Pulangkan semula. Getah rambut itu milik saya."

"Sayangnya saudari, saya lebih selesa tengok rambut saudari terlerai." Kierha cuba mengundur apabila Naz menundukkan sedikit kepala paras lehernya sehingga kulit lehernya dapat merasa helahan nafas lelaki itu. "Leher putih saudari menggoda saya sehinggakan saya rasa ingin meletakkan tanda-tanda supaya lelaki di dalam ruang tadi tahu yang saudari hanya tatapan saya bukan mereka." Tegas dalam masa yang lama lembut suara itu berkata. Entah kenapa Kierha merasakan Naz ini ialah seorang lelaki yang bersifat possessive dalam melindungi miliknya.

"Tidak manis kalau orang nampak kita dalam kedudukan ini, Tuan Naz. Lagipun, di dalam perbincangan masih berjalan. Lebih baik saya masuk ke dalam dulu sebelum Tuan Kevin dan Tuan Troy mencari saya disini."

"Sekejap." Lelaki itu selamba melilit tangan di pinggang dia dari belakang semasa dia ingin berlalu. Tangan Naz menguak rambut panjang ikal mayangnya ke tepi dan melabuhkan puncak hidung di lehernya. Sekali lagi, badan dia menggigil senang dengan perilaku lelaki itu. "Your smell make me addicted, my love." Bisikan menggoda itu buatkan Kierha terkedu dan terus menolak dada Naz. Lalu, masuk ke dalam ruang perbincangan meninggalkan Naz sendiri di luar.

TwitterpatedDove le storie prendono vita. Scoprilo ora