Episode Lima

5.7K 311 2
                                    

Sudah masuk empat hari Naz menyepikan diri daripada dia. Tiada khabar berita lansung. Bukan Kierha tidak cuba telefon atau hantar mesej. Tapi, semuanya sepi tidak berbalas. Dia buntu. Malah, dia juga cuba telefon nombor Dom. Juga sama, tiada yang mengangkat. "Kierha." Kierha menoleh memandang kearah Aaron yang memandang dia dengan pandangan risau.

"Ya, Aaron?"

"Kau okay tak?"

"Aku okay." Dia cuba melemparkan senyuman. Tetapi, tidak boleh. Aaron sahabat baik, pasti lelaki ini tahu apa yang bermain di dalam kepalanya dalam beberapa hari ini. "Kau tahu tak yang kau ada satu kelemahan. Iaitu, kau tidak boleh nak menipu aku dan Kiesha. Tell me now. What happen?"

"Entahlah, Aaron. Aku tidak tahu nak cakap macam mana..."

"Maksud kau?"

"Dia sepi. Empat hari dah, Aaron. Aku risau."

"Naz tu dah besar panjang, Kie. Lagipula, dia pun umur banyak daripada kau. Pandai-pandailah dia jaga diri dia sendiri."

"Aaron, serius aku risaukan dia. Tidak pernah tau dia buat macam ni. Tak jawab panggilan, tak balas mesej. Bukan Naz."

"Fine. Kau cuba call dia sekali lagi."

"Dia tak akan angkat, Aaron."

"Cuba sahaja sekali lagi, Kierha. Now." Kierha mengeluh kecil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Nombor telefon kekasihnya didail. Mereka sama-sama menanti pihak disebelah sana menjawab panggilan dia.

"Nombor yang anda dail sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi." Kakak mesin operator yang menjawab panggilan bagi pihak Naz. "See, what I told you before. Aaron, aku nak balik pulau. Tolong hantarkan aku sekejap."

Kasihan pula Aaron melihat sahabatnya yang kelihatan lemah dan pucat itu. Dia pasti sangat Kierha tidak cukup tidur sebab memikirkan si Naz. Tidak pernah-pernah dia melihat sisi Kierha yang ini. Naz memang lelaki yang penting dalam hidup gadis ini. "Ya. Jom." Dia berjalan seiring dengan Kierha yang seperti berada di dalam dunia sendiri kearah jeti markas.

"Aaron, stop." Arah Kierha kepada Aaron untuk memberhentikan bot. "Kenapa Kierha?" Soal Aaron tercengang-bengang dengan arahan dia. Pasti sahabatnya itu tertanya-tanya kenapa dia meminta bot dihentikan. Walaupun begitu, Aaron tetap juga melakukan arahan dia. "Tengok arah pukul lima." Kierha mencampakkan teropong kepada lelaki itu.

"Kau nampak apa yang aku nampak?"

"Nampak. Mereka nampak mencurigakan, Kierha."

"Tahu tak apa. Mereka tengah pindahkan sesuatu dari bot nelayan ke dalam bot mewah tu."

Belum sempat dia bertanyakan kepada Aaron jika mengenali bot itu atau tidak, Aaron sudah menjawab dahulu. "Tidak pernah aku tengok bot nelayan tu. Mungkin orang luar."

"Orang luar? Tidak ada yang buat bisnes dalam perimeter kawasan pulau markas, Aaron. Kau lupa ke? Tak apa. Kita cuba tegur mereka untuk dapatkan kepastian."

"Kierha, kau pasti?"

"Ya. Semakin lama kita berada disini tanpa bertindak mungkin ada satu jenayah yang sedang berlaku di depan mata kita, Aaron. Pandu bot kearah mereka." Aaron menghidupkan bot enjin dan memandu kearah bot nelayan dan bot mewah putih tu. Sementara itu, Kierha sudah menyorokkan dua pistol miliknya dibawah kerusi. "Kau tak nak kita panggil budak-budak kita dulu ke, Kierha?"

"Tak perlu. Kita berdua sahaja boleh uruskan orang-orang ni. Tapi, hati-hati... sebab aku nampak mereka ada senjata."

Bot yang dipandu Aaron sudah berada di sebelah bot nelayan dan enjin dimatikan. "Pakcik, ada apa-apa masalah ke dengan bot?" Soal Kierha sekadar beramah mesra.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now