Episode Enam

6.3K 420 26
                                    

Aaron meletakkan bot dia di jeti markas. Dia tolong memapah Kierha untuk turun keluar dari bot dengan langkah berhati-hati. "Kierha, kau nampak tak Papa kau dengan siapa?"

"Shit! Lepaskan aku. Papa tidak boleh tahu hal ini." Kierha menolak tubuh dia dan ikatan kain kemeja putihnya yang terlilit dibahagian luka tembakan tadi juga dicabut dan dicampakkan ke dalam laut. Bukti perlu dihapuskan.

Kierha cuba menahan rasa pedih luka tembakan berjalan seiring dengan Aaron sehingga mereka berhadapan dengan Papa dia dan Naz. "Kierha, kamu dan Aaron dari mana?"

"Kami keluar sekejap. Ambil angin."

"Ambil angin? Kierha, kenapa dengan baju kamu tu? Berdarah?" Aduhai, cekap betul mata Papa dia menangkap ada yang tidak kena pada tubuh dia. Kalau Papanya sahaja yang ada, dia tidak kisah. Padahal sekarang ini, Naz juga ada disitu berdiri di sebelah Papa dia.

"Nothing, Papa. Hal kecil sahaja. Kami berlawan pedang tadi dekat pulau kosong. Jadi terluka sedikit sebab salah langkah."

"Kalau lawan pedang tak akan berdarah teruk macam tu sekali. Apa yang dah berlaku, Aaron? Kierha?"

"Papa, please. Kita bincang di dalam. Bukan disini. Lagipun, Papa sedang ada tetamu kan?"

"Kalau macam tu, kamu dan Aaron tunggu Papa di dalam pejabat."

"Baik, Papa." Jawab Kierha patuh. "Baik, Tuan Kevin." Aaron juga patuh dengan arahan Papa dia.

"Uncle, saya nak bercakap dengan Kierha sekejap." Mati langkah Kierha mendengar permintaan Naz kepada Papanya. Dia memandang Aaron yang sudah memandang dia.

'Dia nak jumpa kau?' Mereka berkomunikasi menggunakan isyarat mata.

'Aku tak nak jumpa dia!'

'Kau cari dia kan tadi? Dah ada depan mata... tak nak jumpa pula.'

'Aku tak bersedia.'

'Jumpa dia. Bincang baik-baik.'

'TAK NAK!'

"Kierha." Kierha perlahan-lahan mengukir senyuman dan menoleh kearah Papa dia. "Ya, Papa."

"Naz nak bercakap dengan kamu sekejap."

"Rasanya, kami tak ada benda yang dicakapkan lagi. Maafkan Kierha, Papa."

"Kierha, sekejap sahaja." Naz bersuara dan mendekati dia. Tangannya dipegang lelaki itu selamba di depan Papa dia. Dia cuba melari dari pegangan Naz. "Kierha, dengar sekejap apa yang Naz nak cakap dengan kamu. Papa tunggu di pejabat dengan Aaron."

"Terima kasih, uncle."

"Lima minit sahaja, Naz."

"Baiklah, uncle." Tubuh Papa dan Aaron sudah hilang dari jeti markas. Hanya tinggal dia dan Naz sahaja yang berdiri disitu.

Naz mencabutkan jaket kulit hitamnya dan sarungkan pada tubuh dia. "You're mine."

"Naz, enough."

"Aku tidak suka, Kierha. Kau milik aku. Aaron tidak sepatutnya pegang kau. Hanya aku. Bukan Aaron dan bukan lelaki lain." Tegas suara Naz memberi peringatan kepada dia. Dia memandang kekasihnya itu dengan pandangan beku, dingin dan tajam. "Dah?"

"Huh?" Naz keliru melihat riak muka Kierha.

"Awak dah habis cakap? Atau ada apa-apa lagi yang awak nak tambah, Tuan Naz? Kalau tidak ada, saya nak kena jumpa menghadap Papa saya. Minta maaf, saya minta diri dulu."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now