Episode Tujuh Belas

4.6K 296 15
                                    

Kierha memandang doktor yang baru keluar dari biliknya yang ada di dalam markas milik papa dia. "Macam mana keadaan dia?"

"Lemah. Sudah berapa lama dia jadi mangsa kekejaman ni, Kierha?"

"Lebih dari 10 tahun. Setiap kali cuba dikesan, mereka akan pindahkan dia ke tempat lain." Doktor peribadinya itu memegang bahu dia. "Kamu budak yang baik sebab sanggup menggadai nyawa demi selamatkan wanita itu. Buat masa ini puan Lisa kena berehat banyak."

"Terima kasih, doktor. Kalau ada apa-apa, saya akan panggil doktor semula." Doktor itu pergi meninggalkan dia sendiri disitu. Kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya melihat sekujur tubu yang sedang terbaring diatas katilnya. "Terima kasih, Kierha." Ucap wanita itu terjaga kerana dia melabuhkan punggung dibirai katil. "Maafkan saya ganggu tidur puan."

"Tidak. Kierha tidak ganggu tidur bonda."

"Bonda?" Tangannya dibelai lembut wanita itu. Walaupun, sudah didera, dikurungkan dan disembunyikan lebih dari 10 tahun, wajah itu masih kelihatan cantik. Kierha tidak boleh larikan pandangan matanya dari melihat mata milik wanita itu. "Ya, Kierha. Panggil saya dengan panggilan bonda. Terima kasih sebab sudi selamatkan bonda dari seksaan dunia kejam mereka."

"Mereka tidak apa-apakan bonda kan?" Soal Kierha ingi  tahu. "Tidak. Bonda hanya dipukul, ditendang dan diteranjang sahaja. Lebih daripada itu, tidak. Orang besar mereka menghalang mereka dari berbuat yang bukan-bukan kepada bonda."

"Nasib baik. Maafkan Kierha kerana lewat menyelamatkan bonda." Tubuh wanita itu dipeluk erat. Kalau dia tahu tentang hal ini, pasti sudah lama dia kerah tenaganya serta anak-anak buahnya menyelamatkan bonda. "Jangan salahkan diri kamu, Kierha. Kamu masih muda lagi tapi kamu berani. Bonda bangga kalau punya anak seperti kamu."

Mereka berbual seperti seorang anak dan seorang ibu. Kierha senang berkongsi segalanya tentang diri dia kepada wanita itu. Malah, bonda juga buat perkara yang sama. Tapi, kisah bonda membuatkan air matanya laju macan air paip mengalir. Sebak mendengar seksa yang ditanggung wanita itu selama ini. Tadi semasa Aaron menghantarkan makanan pun, Kierha menawarkan diri menyuap bonda sendiri. "Kierha." Terkejut mereka dengan kemunculan seseorang yang membuka pinti dari luar.

"Mauro?"

"Lissa!" Kierha bangun memberikan ruang buat bapa mertuanya bersatu semula dengan wanita itu. Senyuman terukir dibibirnya melihat Tuan Mauro menghujani wajah bonda dengan kucupan. Air matanya juga mengalir tanda gembira dengan pertemuan dua hati yang terpisah lama atas kekejaman dan ketamakan pihak lain.

"Mauro..." Lissa malu apabila bibirnya dikucup selamba oleh suaminya depan gadis muda yang sudah menyelamatkan dia. Wajahnya disorokkan pada dada suaminya. Bau wangian maskulin itu sama tidak berubah, bau yang dia rindu. Demi lelaki itu juga, dia kuatkan diri dalam seksaan cengkaman penjahat yang ingin memisahkan keluarganya. "I miss you, Lissa. Miss you so much." Tubuhnya sekali lagi didakap Mauro kemas.

"Maaf menganggu. Kierha turun dulu ya. Kalau ada apa-apa, panggil sahaja. Vince dan Gendut bertugas di luar." Kata Kierha memulas tombol pintu. "Sabar, Kierha." Tuan Mauro menahan langkahnya.

"Lissa, kenalkan Kierha."

"Mauro, Lissa dah kenal dengan Kierha. Banyak sudah kami perbualkan tadi sebelum diterjah awak." Lissa mencuit hidung Mauro manja. "Kierha isteri Naz. Isteri kepada anak kita, Lissa."

"Naz? Mana Naz, Mauro?"

"Bonda, Naz tidak tahu apa-apa pasal ini." Beritahu Kierha kepada ibu mertua sebenarnya dan memandang kearah bapa mertuanta. "Saya tak beritahu Naz sebab perempuan tu sedang kawal Naz." Beritahu Mauro kepada isterinya.

"Perempuan tu besarkan anak saya?"

"Tak, dear. Saya hantar di ke Itali duduk dengan kakak saya." Lissa lega mendengar berita itu. Dia tidak mahu anaknya dicemari dengan kejahatan perempuan tu. "Dadda dan bonda berbual dulu. Kierha nak bersihkan diri sekejap." Kierha melangkah keluar meninggalkan pasangan itu.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now