Episode Lima Belas

4.3K 287 23
                                    

Kierha terjaga dari lena apabila terasa ada cahaya silau menyapa matanya. Dia melihat sisi atas katilnya yang kosong tidak berteman. "Abang, mana abang pergi?" Soalnya sendiri mengusap ruang kosong itu mengharapkan kehadiran Naz disitu. Tetapi, itu semua hanya mimpi di siang harinya. Tidak mungkin lelaki itu akan muncul tiba-tiba.

Malas mahu membuang masa, Kierha bangun dari birai katil masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian, dia masuk ke ruang dapur menegur bibik Delima yang sedang sibuk. "Nona Kierha, cantik-cantik ni mahu keluar ke?" Soal orang gaji itu menyedari kewujudan dia disitu. "Ya, bik. Saya ada urusan sebentar. Mungkin lewat petang baru saya pulang ke sini."

"Nona Kierha tahukan yang Tuan Mauro dan Ibu Melissa akan pulang ke villa hari ini? Sama Tuan Naz."

"Saya tidak tahu. Tak mengapalah, bik. Nanti kalau mereka pulang dulu sebelum saya, beritahu sahaja mereka yang saya keluar kerana punya urusan. Lagipun, saya sudah hantar pesanan kepada suami saya."

"Eh, nona Kierha enggak mahu sarapan dahulu?" Kierha melemparkan senyuman menggelengkan kepala tanda dia tidak akan bersarapan. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Sudah terlewat dia dengan janji untuk bertemu dengan Aaron. Kakinya terus keluar dari villa itu. Nasib baik dia ada meminta izin daripada Naz tentang meletakkan bot miliknya sendiri di villa keluarga Naz. Kalau tidak, entah macam manalah dia nak keluar.

"Maaf, Aaron." Kierha melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah sahabat baiknya. "Baru nak mula pun." Beritahu Aaron kepadanya menghulurkan satu mug air milo panas. "Thanks." Ucapnya menyambut huluran itu dan disisip sedikit bagi membasah tekak.

"Teruskan, Erik." Kata dia kepada anak buahnya apabila kehadiran dia masuk ke ruang itu tadi menghentikan percakapan lelaki itu. "Saya ulang semula maklumat yang saya dapat."

"Gambar Datin yang hilang tu masih tidak ada lagi sebab dia lesap macam tu je tiba-tiba. Tetapi, aku dan Harvind ada jumpa maklumat baru. Datin misteri ni suka create identiti baru untuk kaburkan mata mangsa yang fia cuba nak tipu. Setiap kali dia berjaya bolot harta suami atau kekasih yang jadi mangsa dia, Datin ni akan bunuh mangsa supaya harta tu kekal jadi milik dia. Tapi, dia licik sebab pengesahan bekas-bekas mangsa dia yang dah mati ni langsung tidak tunjukkan mereka dibunuh."

"Kalau tidak dibunuh, doktor klasifikasikan apa punca kematian mangsa dia?" Soal Kierha mencelah sekejal. "Sakit jantung. Tapi, ada dua mangsa tu makan upah Datin tu untuk tutup mulut."

"Kau pergi jumpa tak doktor tu?"

"Mati."

"Mati?!"

"Ya, Kie. Mati sebab terlibat dengan kemalangan. Sebelum kita cuba nak cari bukti, pejabat doktor tu dah dibersihkan. Clear."

"Nampaknya, target kita kali ini bukan calang-calang orang." Kata Kierha disambut dengan anggukan oleh mereka yang ada di dalam ruang perbincangan itu bersetuju dengan telahannya. "Dia ada terlibat dengan mana-mana kongsi gelap tak?"

"Hanya dengar cerita sahaja. Harvind masih cuba cari bukti dan maklumat dari geng lain tentang Datin ni. Sama ada dia pernah berkomunikasi atau berunding dengan mereka."

"Good. Selain Erik dan Harvind, yang lain ada tambahan informasi?"

"Ini fail mangsa-mangsa Datin tu. Termasuk dengan informasi doktor yang terlibat tu." Gendot menghulurkan dia satu fail. "Kie, kau tak dapat apa-apa informasi daripada orang yang upah kita ni?" Soal Aaron memandang kearah dia. "Klien cuma bagi gambar lama yang tidak jelas."

"Jalan buntu?" Kierha memandang Aaron yang sudah menguak rambut ke belakang. "Belum lagi. Sekurang-kurangnya kita ada informasi baru daripada Erik, Harvind dan Gendut." Dia akan pastikan misi dari kliennya akan berjaya dijalankannya. Itu janji dia untuk membuktikan dia boleh berada dalam dunia kongsi gelap Tok Ayah dan papanya.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now