Episode Dua Puluh Satu

4.9K 287 12
                                    

"Kierha, Vince kena tangkap."

"10 minit, aku akan sampai markas." Kierha terus masuk ke dalam rumah menujuk masuk ke dalam biliknya. Dia membersihkan badan secepat mungkin dan menyarungkan t-shirt hitam dan jeans hitam. Tidak dilupakan jaket kulit hitamnya disarungkan sekali. "Kiesha, jangan bagi sesiapa tinggalkan rumah dan pulau." Katanya kepada Kiesha yang berdiri di depan pintu dia. Telefon bimbit adiknya dipulangkan. "Kierha, Aaron tak apa-apakan?"

"Tak. Jangan risau. Aku akan pastikan bakal adik ipar aku tu tak cedera." Dia mengenyit mata kepada adik kembarnya itu. "Kierha." Malu pula Kiesha menunduk melihat lantai. "Aku gerak dulu. Ingat pesan aku. Jangan bagi sesiapa tinggalkan tempat ini. Selagi aku tak balik."

"Ya. Jaga diri." Kierha terus berlari kearah botnya. Dia harap Naz tidak marah dengan kehilangan dia yang tiba-tiba. Telefon bimbitnya bergetar tanda ada panggilan masuk. Dia terus mengangkat tanpa melihay empunya nombor. "Cinta, nak pergi mana?" Menyesal sekejap Kierha kerana mengangkat panggilan itu. "Abang, cinta ada hal sekejap yang perlu diuruskan di markas. Urgent. Please..."

"Abang akan ke sana."

"No. Please... jangan." Kierha tak nak merisikokan suaminya. "Cinta, tell me. What's going on now?"

"Vince kena tangkap. Kierha kena tolong dia."

"Siapa tangkap dia, cinta?" Kierha terdiam. Dia tidak boleh beritahu kepada Kevin yang nenek kebayan dan Vivian dah tahu siapa penyelamat bonda. "Ada geng baru mana entah cari pasal dengan budak Kierha. Tak apa. Abang janganlah risau. Kierha akan balik."

"Cinta-"

"Abang, please. Izinkan cinta. Cinta pergi sekejap sahaja."

"Baiklah. Pastikan kalau ada apa-apa, minta Aaron laporkan kepada abang." Naz mengeluh disebelah sana. Dia risaukan isterinya tetapi Kierha beriak seperti tidak apa-apa yang berlaku. "Baiklah. Terima kasih abang. Jaga diri. Kierha cintakan abang."

"Abang pun cintakan Kierha. You're my love, love." Panggilan dimatikan. Dia mendail nombor Aaron. "Kierha."

"Kongsikan lokasi. Aku akan ke sana terus."

"Kierha! Jangan jadi gila pergi sendiri."

"Aaron, bagi lokasi. Sekarang! Vince dalam bahaya." Tegasnya. "Fine. Aku akan ke sana juga." Panggilan dimatikan. Seminit kemudian, telefon bimbitnya bergetar. Ada pesanan masuk dimana Aaron sudah berkongsikan lokasi Vince ditangkap.

♡♡♡♡♡

"Kierha!" Suara Aaron tegas tapi perlahan. Nasib baik dia sampai tepat pada masa ketuanya itu sampai di lokasi. Dia sangat kenal dengan sikap Kierha yang mementingkan orang lain sebelum diri sendiri dahulu. Kalau dia tak tarik tangan Kierha, pasti gadis itu akan berhadapan dengan musuh mereka sendiri. "Aaron, lepas."

"Aku akan ikut kau sekali. Gendut, Harvind, Erik... tunggu disini. Kalau ada apa-apa, aku akan inform. Sniper, ikut kami. Nah, earpiece kau." Kierha mengambil kasar. Tidak berpuas hati. Dia tidak mahu risikokan yang lain tapi nampaknya semua ahli pasukan dia ada disini.

"Alert keadaan sekeliling." Pesannya tegas.

Mereka masuk ke dalam bangunan terbiar yang pernah menempatkan bonda disitu. Nampaknya si nenek kebayan dan Vivian ingin menunjukkan belang sebenar. "Sampai sudah hantu seekor ini." Baru cakap, dah muncul. Bagus sangatlah. Nampaknya Ayu yang ayu memakai tudung sudah tidak bertudung lagi. Malah, rambut perempuan itu berwarna hijau. Antara dia dan Ayu, jelaslah Ayu itu lagi hantu bukan calon yang layak dijadikan menantu. "Mana budak aku, nenek kebayan?!"

"Nenek kebayan?! Kau!!!"

"Eh, jangan jeritlah! Nyaring tau suara kau. Sakit telinga aku." Kierha menggosok telinga dia yang memang sakit mendengar pitching suara nenek kebayan yang ke laut itu. "Lilian, Vivian. Nama si mak dan si anak lebih kurang je. Perangai pun dua kali lima. Pakai topeng depan orang tapi sebenarnya perangai kau orang berdua tak ubah macam... malas aku nak cakap. Pandai-pandailah fikir sendiri. Aku tanya lagi sekali, mana budak aku?!"

"Jangan dekat. Kalau tak, aku suruh budak aku lepaskan tali tu." Kierha melihat kearah seorang lelaki yang sedang memegang tali. Matanya mengikuti tali tersebut dan dia nampak tubuh Vince terikat diatas. "Kau memang tak guna!"

"Kau yang tak guna! Kau hancurkan plan aku untuk membolot harta keturunan Mauro!" Lilian memandang dia dengan penuh dendam dan amarah. "Peribahasa ada berpesan, jangan tamak. Ni tak, kau tamak juga. Kau salah target kali ini, Lilian. Mauro bukan bodoh untuk ikut dan percaya dengan lakonan kau. Selama ini, dia layankan kau sebab dia tahu isteri dia ada di tangan kau. Tapi, kali ini... tidak. Aku sendiri akan hapuskan kau dengan tangan aku!"

"Mauro sayangkan aku! Aku isteri dia! Aku Melissa!!!"

"Kau bukan Melissa dan kau tak akan pernah jadi Melissa!"

"Argh! Mama, cukuplah dengan percakapan bodoh ni!" Bang! Vivian melepaskan tembakan tepat pada bahunya. Aaron sudah menembak kearah lelaki yang memegang tali itu dan Sniper cepat berlari menyambut tali itu. Nasib baik Sniper biasa memakai sarung tangan, jadi mudah untuk anak buahnya itu menghentikan tali itu. Kierha menembak kedua-dua kaki Vivian. "Mama sakit!!!"

"Bodoh! Sakit lagi bahu aku yang kau tembak tiba-tiba. Gendut, amacam?"

"Kawasan clear, Kie. Licin Harvind dan Erik uruskan." Lapor Gendut kepada dia. "Bagus."

"Nak lari ke mana tu?"

"Mama!" Kierha melepaskan tembakan tepat pada kaki Lilian. Wanita jahat itu jatuh tersembam tidak sempat melarikan diri. Kierha melangkah kearah Vivian. Pang! Pang! "Ini balasan kau sebab berani menggoda suami aku!" Pisau belatinya dikeluarkan dari boot. Sekali kelaran, Lilian mati di tangan dia.

Kaki dia melangkah kearah Vivian pula. Rambut wanita jahat itu dicekaknya kebelakang. "Lepaskan aku, bodoh! Sakit!" Tanpa rasa belas kasihan, Kierha memijak kaki wanita itu yang ditembaknya tadi. Bergema jeritan memenuhi ruang sunyi itu. "Aku mimpi ngeri kau!"

"Jangan! Lepaskan aku! Lepaskana aku!!!" Kelaran kedua dileher Vivian. Dua nyawa dicabut di tangannya hari ini. "Kierha!" Aaron sempat menyambut tubuh Kierha yang pengsan tiba-tiba.

"Gendut, kita gerak ke markas sekarang. Harvind, Erik... kau berdua uruskan dua mayat ni. Pastikan mereka tidak dapat dikesan lansung, daging mahupun tulang. Mayat lain, pandai-pandailah kau berdua uruskan." Arah Aaron mencempung tubuh Kierha kearah bot. Pisau belati milik sahabatnya itu disisip semula. Gendut sudah mengangkat tubuh Vince sekali masuk ke dalam bot.

*****
Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now