Episode Dua Puluh Dua

4.6K 293 4
                                    

"Argh! Sakitlah, bodoh!" Kierha terjaga apabila ada terasa sakit dan pedih di bahagian bahunya. "Sorry, Kie." Aaron terkejut melihat sahabatnya yang tiba-tiba terjaga. Tadinya dia cuma ingin berhentikan pendarahan tetapi tidak disangka tekanannya kuat menyebabkan Kierha tersedar.

"Kita dekat mana?" Soal Kierha. "Perjalanan pulang ke markas. Vince dah diberikan rawatan awal. Tapi, kita kena segera bawa dia jumpa doktor."

"By the way, telefon kau bergetar dari tadi." Aaron hulurkan telefon bimbit Kierha. Sekali lagi nombor itu terpapar di skrin dia. Dia menekan punat hijau. "Nurul Syarifah Kierha, apa khabar?"

"Kau siapa?"

"Aku William. Kau tahu aku siapa?" Kierha memandang Aaron. Matanya bulat, tidak sangka yang lelaki itu akan menghubungi dia. "Kau nak apa?!"

"Kau tanya aku nak apa? Nyawa dibalas dengan nyawa, cik Kierha. Sekejap ya, aku bagi kau dengar suara orang-orang kesayangan kau." Kierha rasa nak luluh jantung apabila dengar suara adik kembarnya. "Kierha, siapa dia ni?"

"William, kau jangan apa-apakan keluarga aku! Kau sengaja nak aku hantar kau ikut mama dan adik kau, bukan?" Kierha masih berani membalas. "Aku tunggu kau disini, Kierha. Jangan buat benda bodoh." Ugut William sebelum menamatkan panggilan.

"Shit! Bodoh! Gendut, kau balik ke markas. Pastikan Vince diberikan rawatan sepenuhnya. Aku akan balik ke rumah."

"Aku akan ikut kau, Kierha." Kata Aaron sudah menggantikan tempat Gendut yang memandu bot tadi. Tubuh Vince dipindahkan masuk ke dalam bot Sniper. "Kau ikut mereka balik ke markas, Aaron. Biar aku uruskan hal ini. Ini antara aku dan dia. Kau tak perlu ikut campur."

"Aku akan ikut campur apabila ia melibatkan Kiesha, Kierha! Kalau dia apa-apakan Kiesha, aku tak akan lepaskan dia."

"Fine." Kierha bersandar di bot. Dia membuka peti rawatan kecemasan. Peluru yang tertanam dibahunya perlu dikeluarkan. Jika dibiarkan, ia mungkin memudaratkan ketahanannya dalam melawan William. "Argh!!!" Dia menjerit sakit cuba mengeluarkan peluru itu dan menjahit kesan luka itu selepas menuangkan satu botol cecair pencuci luka. Aaron melajukan kelajuan bot memandu kearah pulau dan rumah keluarga Kierha.

♡♡♡♡♡

Naz cuba bangun tetapi tindakannya dihentikan apabila ada sepucuk pistol diacukan pada kepalanya. "Kau tak nak isteri kau datang sini tengok mayat kau, bukan?"

"Apa hubungan kau dengan isteri aku?!"

"Kalaulah hubungan aku boleh sama tahap kau. Tubuh isteri kau boleh tahan menggiurkan. Cuba kongsikan pengalaman kau atas katil dengan dia." Naz tidak tahan terus bangun menumbuk lelaki yang bernama William itu. "Berhenti!" Suara Kierha menghentikan perlakuannya.

"Sampai sudah tetamu istimewa kita." William bangun menendang Naz dan berjalan kearah dia.

Jijik rasanya apabila tangan lelaki jahat itu melingkar di pinggangnya. Tangan sebelah William memegang bahunya dan menekan. "Argh!!!" Lututnya lemah cuba menahan rasa pedih. "Siapa yang tembak kau? Vivian atau Lilian? Diam. Biar aku teka. Mesti Vivian bukan?"

"Kau nak apa, William? Mereka tidak ada kaitan dalam hal ini!" Kierha rasa serba salah melihat keluarganya berkumpul di ruang tamu dengan keadaan diikat macam itu. "Sabar, dear. Mereka sangatlah ada kaitan apabila kau berani-berani apa-apakan mama dan adik aku."

"Mereka berhak mati! Dan, kau akan ikut mereka!" Kierha berani meludah ke muka William. Pang! Satu tamparan melekap di pipi dia. Dia cuba kuat apabila pandangannya kembali kabur. Kepalanya digelengkan menghilangkan rasa pening. "Kau boleh buat apa je, Kierha?" Dagunya dicengkam kuat lelaki jahat itu.

"Kierha, kawasan sekeliling clear." Kierha tersenyum sinis. Dia mengambil pisau belatinya dan menikam tepat pada dada William. Lelaki itu menjerit sakit dan melepaskan tubuh dia. Pistol di tangannya menembak semua budak-budak William yang terkejut dengan tindakan pantasnya.

William mengacukan dia pistol. Kierha menendang tangan lelaki itu membuatkan pistol itu tercampak. "Kau silap besar sebab cari pasal dengan aku, William." Pistolnya diacukan pada dahi lelaki itu dan picu pistol ditekan. Darah yang terpercik dimukanya lansung tidak menjijikkan dia. "Gendut, uruskan mayat mamat tidak guna ni." Gendut muncul dan menarik mayat itu keluar dari rumah keluarganya.

♡♡♡♡♡

"Shit! Bodoh! Gendut, kau balik ke markas. Pastikan Vince diberikan rawatan sepenuhnya. Aku akan balik ke rumah."

"Aku akan ikut kau, Kierha." Kata Aaron sudah menggantikan tempat Gendut yang memandu bot tadi. Tubuh Vince dipindahkan masuk ke dalam bot Sniper. "Kau ikut mereka balik ke markas, Aaron. Biar aku uruskan hal ini. Ini antara aku dan dia. Kau tak perlu ikut campur."

Dia menarik sesuatu dibawah stereng bot yang dipandu Aaron. Sebelum Aaron bercakap apa, Kierha meletakkan jari dibibir sahabatnya itu. "Suruh Gendut, Sniper, Vince dan Harvind ke rumah Tuan Kevin. William dan budak-budak dia ada disana. Arahkan mereka uruskan keliling pulau. Kau dan aku akan uruskan yang dalam dan William." Arah Kierha tanpa bersuara kepada orang kanannya itu.

♡♡♡♡♡

"Nurul Syarifah Kierha!" Kierha rasa tercekik sesuatu melihat muka serius mama dia. Naz sudah berdiri di tepi dia. "Cinta, are you okay?"

"Mama, sorry." Pohonnya kerana terlepas laku. Ini kali pertama dia bersikap sebegitu depan keluarganya. Malah, papanya juga tidak tahu cara dia menguruskan misi macam mana. "Kierha, kau kena balik ke markas untuk dapatkan rawatan."

"Tak perlu, Aaron. Panggilkan doktor peribadi saya ke sini." Arah Kevin kepada orang kanan anaknya. "Baik, Tuan Kevin." Aaron mengeluarkan telefon bimbitnya menelefon doktor peribadi ketuanya.

"Cinta!" Mereka terkejut dengar Naz jerit. Mata Kierha terpejam dan tubuh itu dalam sambutan Naz. "Baringkan dia di sini."

Naz meletakkan tubuh Kierha diatas sofa di ruang tamu itu. Kepala isterinya dibaringkan atas riba dia. "Cinta, bangun. Please..."

15 minit, doktor peribadi Kevin sampai. Doktor Mad terus memeriksa tubuh Kierha. "Abang Naz, Aaron nak jumpa abang Naz sekejap. Biar Kiesha tolong tengokkan Kierha."

Naz bangun dari situ dengan rasa hati yang berat. Dia berjalan menuju kearah Aaron yang duduk di ruang meja makan. Bukan sahaja sahabat baik isterinya sahaja disitu tetapi juga papa Kierha dan dadda dia. "Ada apa?"

"Papa nak kamu dengar laporan Aaron apa sebenarnya yang berlaku."

*****
Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now