Episode Dua

7.2K 342 2
                                    

"Kalau kau tak selesa, kita boleh balik." Bisik Aaron di telinga Kierha hanya mereka berdua dengar. Kierha geleng kepala tanda tidak mengapa. "Are you sure?" Kini, gadis itu mengangguk kepala mengiyakan.

"Kiki!" Kemunculan Dom yang ingin memeluk dia ditahan Naz. Nasib baik sempat kekasihnya itu berdiri di depan dia. Kalau tidak, pasti sekarang ini Dom sudah enak memeluk tubuh dia. "Gila." Kata Aaron buatkan bibirnya terlepas tawa kecil. "Holla, Dom."

"Tuan Naz, mereka semua dah tunggu di dalam bilik memanah." Beritahu Dom dengan nada serius kepada Naz. Apabila dalam mood serius menjalankan tugas, memang Dom akan mendalami karakter sebagai orang kanan paling berwibawa dan setia untuk kekasihnya. "Bella, let's join us." Dom yang sememangnya ada darah Itali menggelarkan dia bella yang membawa maksud cantik.

"Tuan!" Semua orang dalam bilik memanah itu menunduk 90 darjah menghormati kehadiran Naz. "Bersedia. Kita akan mula latihan dalam masa dua minit lagi."

"Kierha dan Aaron, kau orang boleh guna anak panah dan busur dalam almari kaca itu." Beritahu Dom membantu mereka. "Terima kasih, Dom."

Semasa Kierha cuba menyampai anak panah yang disimpan di bahagian atas, ada seseorang yang selamba melanggar tubuh dia. Sengaja. Disebabkan dia tidak sempat berpaut pada mana-mana, tubuhnya jatuh tersembam keatas lantai. "Kierha, are you okay?" Soal Aaron yang risau melihat keadaan dia. "I'm fine. Thanks for ask." Dia cuba bangun dengan kudratnya sendiri. Mengharapkan Naz cuba membantu dia, memang tidak akan berlaku. Hatinya rasa sesuatu. Pedih. Tapi, dia cuba kuatkan dirinya.

"Kita mulakan latihan sekarang. Masing-masing ambil posisi." Arah Naz dengan suaranya yang tegas. Kierha mengambil tempat ditengah-tengah antara Aaron dan Dom. "Shoot!" Tidak sekali Kierha gagal melepaskan anak panah pada posisi bull's eye. "Change position." Kini, mereka perlu melepaskan anak panah semasa sedang berlari. "Shoot!"

Dua jam latihan memanah mereka dijalankan. "Jumpa malam nanti di padang tempur."

"Baik, Tuan." Sekali lagi orang-orang yang berada di dalam bilik itu menunduk 90 darjah kearah Naz.

Waktu mereka bangun dari posisi itu, Kierha sempat mengelak dari terkena panahan anak panah yang sengaja dilepaskan salah seorang anak buah Naz. "Kierha!" Aaron memegang bahu dia memebelek tubuhnya takut ada bahagian mana-mana yang cedera. "I'm okay, Aaron."

"Dia nak diam sahaja?"

"Aaron, not now."

"He deserve to mad at that bastard. Dumb!'

"Aaron, behave. Not here."

"Fine." Aaron mengambil busur dan anak panah yang berada ditangannya dan letakkan semula di dalam almari. Ruang bilik memanah itu kosong. Hanya tinggal dia, Aaron, Naz dan Dom. "Tinggalkan aku dan Kierha." Arah Naz.

"Tak perlu. Latihan dah tamat. Tiba masanya, saya dan orang kanan saya pulang ke markas. Terima kasih Tuan Naz sebab sudi kehadiran saya dan Aaron dalam menyertai latihan ini." Kierha menunduk 90 darjah di depan kekasihnya.

"Kierha."

"Saya kena balik sekarang. Ada urusan yang perlu kami selesaikan. Betul tak, Aaron?" Kierha memandang sahabat baiknya. "Huh? Betul. Betul apa yang Cik Kierha cakap tu."

"Kierha datang dengan Naz. Jadi, Naz akan hantar Kierha balik semula ke markas dengan Aaron."

"Tidak perlu. Saya dah minta orang kanan saya menelefon orang untuk jemput kami disini."

"Cinta." Lengan gadis itu dipegangnya. Menahan langkah Kierha.

"Cinta? What? After there is no one in here."

"Cinta kena faham situasi Naz."

"Saya bukan kenal anak-anak buah Naz sehari dua. Dah lebih dari dua tahun, Naz. Hubungan kita pun dah nak masuk tiga tahun. Mereka tidak pernah hormat Kierha seperti seorang kekasih kepada ketua mereka. Malah, Dadda Naz..." Tidak sanggup Kierha meneruskan kata-katanya.

Naz membuka t-shirt putih yang tersarung pada tubuhnya. Lalu, ditekap pada pipi gadis itu tercalar disebabkan panahan anak panah tadi. "Dom, first aid box." Dia duduk diatas kerusi yang diberikan oleh Dom sementara orang kanannya itu pergi mencari peti rawatan kecemasan. Tubuh Kierha ditarik biar duduk diatas ribanya. "Tuan Naz."

"No Tuan. Just Naz, cinta."

"Tuan, ini peti rawatan kecemasan." Dom membukakan kotak itu untuk Naz. Naz mengambil kapas dan satu botol cecair yang tertulis cecair untuk cuci luka. Lembut tingkah lelaki itu mencuci lukanya dan akhir sekali, meletakkan satu plaster di pipinya. "Pipi pau ni buat Naz rasa nak gigit je."

"Sekejap, Kie. Ada panggilan dari markas." Kata Aaron sebelum pergi ke sudut hujung bercakap dengan telefon. Selesai orang kanan Kierha berbual, lelaki itu kembali semula berdiri di depan dia. "Kenapa? Ada apa-apa masalah ke di markas?"

"Tidak. Opi telefon beritahu yang budak tu dah ada di bilik rawatan dan sedang dapatkan rawatan. Kemungkinan budak tu tidak boleh ikut latihan untuk beberapa hari. Tulang hidung dia patah."

"Serves him right."

"Budak mana ni? Macam mana boleh teruk sangat sampai tulang hidung patah?"

"Jangan pandang aku." Kierha memberi pandangan tajam kepada Aaron tidak suka dengan pandangan orang kanannya yang mengatakan tindakan itu salah dia. "Jangan cakap yang Kierha patahkan hidung budak tu." Dom memandang Aaron.

"Satu tumbukan dan prak!"

"What?" Kierha tidak senang dengan pandangan Naz. Pandangan yang nampak menakutkan itu tidak mengecutkan perutnya tetapi membuatkan rasa sesuatu di dalam perutnya seolah-olah sekawan rama-rama sedang seronok berterbangan. "What if something bad happens to you, cinta?"

"If Naz ada disana pun, mesti Naz setuju dengan apa yang Kie buat. Dia yang mulakan dulu."

"It never matters who start first. If something happens to you, macam mana?"

"Ok, ok. Benda dah settle dah pun. Siaplah kalau dia berani buat apa-apa lagi. Memang sengaja mencari pasal." Naz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tingkah kekasih hatinya itu memang susah untuk dijangka. Ganas dan liar. Tetapi, itulah yag menarik hatinya.

"Kie, kau nak aku call Opi suruh hantar budak jemput kita ke?"

"Tak perlu, Aaron. Aku akan hantarkan kau dan Kierha. Kalau kau nak balik dulu pun sangat dialu-alukan."

"Naz."

"What?"

"Kie datang dengan Aaron tadi kan? Jadi, Kie kena balik dengan dia juga."

"Kalau macam tu, dia balik sekali masa Naz hantarkan cinta."

"Ergh, fine." Kierha bangun dari riba dia dan berlalu keluar dari bilik latihan memanah. Aaron pula mengekori langkah kekasihnya. Dia memandang Dom yang menggeleng kepala kearah dia. "What?" Soalnya kepada orang kanannya yang beriak sebegitu.

"Nothing." Dom berlalu keluar meninggalkan dia terpinga-pinga sendiri di dalam bilik latihan memanah.

*****

Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now