Episode Lapan Belas

4.5K 301 6
                                    

Naz melabuhkan ciuman di dahi isterinya yang sedang lena. "Abang...." rengekan suara isterinya itu dirindui dia. Mereka sudah seminggu dalam hubungan yang dingin atas egonya sendiri. Tapi, malam ini dia menolak tepi semua itu kerana rindukan wanita kesayangannya. Tubuh genit itu ditariknya dalam dakapan hangat dia. "Tidurlah, cinta."

Saat Kierha membuka mata, dia mengukir senyum melihat wajah suaminya yang rapat dengan dia. Mesra betul posisi mereka tidur sehingga puncak hidung masing-masing bertemu. "I miss you, abang." Bibirnya ditemukan dengan bibir milik lelaki itu. "I miss you too, cinta." Balas lelaki itu yang sudah mencelikkan mata menarik tubuhnya rapat ke dalam dakapan.

"Lepaslah." Kierha meronta-ronta menolak tubuh sasa suaminya. Walaupun, rindu... dia tetap terasa hati dengan sikap dingin Naz yang seminggu melancarkan perang dingin kepada dia. "Tak nak."

"Nazrin, lepaslah." Kakinya kini dililit kaki tubuh sasa itu. "Tak nak." Suaminya masih berkeras tidah mahu melepaskan dia. Akhirnya, Kierha diam membiarkan sahaja dan Naz tersenyum senang sebab menang.

Naz membelai lembut rambut hitam milik isterinya. Rambut yang sedikit serabai itu dirapikan. "Seksi betul rambut baru bangun cinta. Macam baru lepas exercise malam." Mata itu membulat memandang dia. "Naz jangan nak macam-macam. Dah pagi dah ni."

"Tak salah pun kalau nak exercise pagi." Bisiknya menggoda. Cupi telinga milik isterinya sengaja diusik dan digigit mesra. "Geli...." Rengekan isterinya itu kedengaran seperti menahan desahan. "Cinta...." Rindu akan isterinya, bibir milik wanita kesayangannya itu dipagut mesra lembut. Bibirnya tersenyum senang apabila ciuman itu juga disambut Kierha.

Tok! Tok! Tangan Naz yang ingin membuka butang baju tidur isterinya terganggu kerana ketukan itu. Selepas beberapa minit senyap, Naz kembali membuka baki butang yang masih ada. Tok! Tok! "Abang...." Kini, matanya membalas pandangan mata isterinya. Senyuman manis tadi hilang. "Cinta."

"Abang...." Suara Ayu masih memanggil manja suaminya diluar pintu.

"Kalau Naz sayangkan Kie. Jangan." Kierha bersuara.

"Cinta, please. Not now."

"You're right. Not now." Kierha bangun dari riba lelaki itu dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Air matanya mengalir. Dia menanggalkan baju dan mengambil tuala yang tersangkut. Lalu, dilit pada tubuhnya. Senyuman jahat berpuas hati dengan 'labuh' tuala yang hanya pada paras atas lutus, Kierha serabaikan rambutnya. Pintu bilik mandi dibuka. "Nazrin, you tak ada shampoo ke?" Suara dia dilembutkan sehabisnya dan lenggoknya juga mengalahkan model atas pentas. "Oops. Ayu?" Kierha pura-pura terkejut dengan kehadiran Ayu disitu.

"Kierha, awak buat apa dalam bilik Naz?" Ayu memandang dia atas bawah dan kemudian memandang Naz yang hanya berseluar tidur tidak berbaju. Naz tidak berbaju?! Naz memang sengaja cari pasal dengan dia!

"You beritahu I tadi yang you ada shampoo. I cari, tak ada pun." Mengadu Kierha masih dengan nada mengada. Tidak percaya dirinya dapat lakokan watak sebegitu. Dia rasa macam dirinya pula orang ketiga dalam hubungan Naz dan Ayu. Padahal, sebenarnya....

"Tak apalah. Terima kasih. I balik bilik I dulu." Kierha ingin melangkah keluar dari bilik suaminya tapi ditahan dengan lengannya dipegang dan pandangan tajam Naz. "Lepaslah, Naz. You nak apa?"

"Jangan keluar macam ni, Kierha!" Terkejut dia dengan suara kuat Naz. "Masuk bilik mandi. Sekarang!"

Kierha cepat lari masuk ke dalam bilik mandi suaminya. Tidak mahu mencari pasal dengan api amarah lelaki itu. Beberapa minit dibawah pancuran air mandi, ketukan kedengaran pada pintu bilik mandi. "Sekejap." Pintu dibuka terpampang tubuh suaminya yang masih memandang dia tajam.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now