Episode Dua Puluh Lapan

4.8K 305 7
                                    

Naz meraba katilnya yang kosong. Matanya terus celik kerana merasakan sisinya sejuk tiada orang. "Cinta?" Dia cuba memanggil isterinya tapi tiada balas. "Cinta...?" Dia cuba sekali lagi memanggil dan masih tiada balasan.

"Cinta...?" Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Kosong.Naz mula risau dan tertanya-tanya keberadaan Kierha. "Cinta...!" Tidak kisah dengan dirinya yang hanya memakai baju tidur, Naz masuk ke dalam ruang pejabatnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya mendail nombor Dom. "Angkat, Dom. Angkat."

"Morning, Tuan Naz. Kau dekat mana?"

"Dom, kau nampak Kierha?"

"Dia ada dekat bilik latihan. Dari pukul 7 pagi tadi."

"What?!" Naz terus mematikan panggilan dan berkejar turun ke bawah. Macam mana dia boleh lupakan tentang hal itu? Patutlah Kierha beria memujuk dia untuk bermalam di markas. "Shit, Kierha! Abang dah pesankan." Dia sangat marah pada dirinya sendiri tika ini.

Bam! Pintu bilik latihan dibukanya kasar. "Nurul Syarifah Kierha!"

Kierha yang sedang mengajar Bella terhenti seketika mendengar namanya dipanggil penuh. "Ya, abang?" Dia memandang ke arah suaminya. Belum sempat dia berkata apa, tubuhnya ditatrik dulu ke dakapan sasa lelaki kesayangannya. "Erm, abang... are you okay?"

"Bella kau buat apa dekat isteri aku?!" Naz sangat bengang melihat kaki Bella yang ingin menendang kearah isterinya tadi. Nasib baik kemunculan dia membuatkan gadis itu menarik semula kakinya kebawah. "Abang, Bella tak buat apa-apa pun dekat cinta." Kierha memegang dada dia dan mengusap perlahan cuba menenangkan dia.

"Nazrin, kamu buat apa disini menganggu latihan mereka?!" Kierha tahulah dari mana Naz menurun suara kuat itu. "Latihan?" Muka suaminya sudah berkerut tidak faham. "Nonno bagi Kierha jelaskan kepada abang sekejap." Dia memandang kearah atuk Naz yang sedang berjalan kearah mereka.

"Jangan lama. Bella perlukan latihan lagi. Serangan dia lemah."

"Baik, nonno. Sekejap sahaja. Bella, rehat 20 minit." Kierha menarik tangan suaminya keluar dari bilik latihan. Naz masih lagi memandang dia terpinga-pinga. "Come. Sit here." Dia menepuk kerusi meja pulau menyuruh lelaki Naz duduk disitu. Tapi sebelum dia duduk, tubuhnya dulu diangkat naik keatas meja pulau itu. "Now, explain me everything." Arah suaminya kepada dia.

♡♡♡♡♡

Kierha melihat sisinya Naz masih lagi tidur lena. Dia mengambil telefon bimbitnya melihat jam sudah pukul 6 pagi. Kakinya mencecah lantai turun dari birai katil terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai dia memakai pakaian sukan, perlahan-lahan tanpa menghasilkan bunyi Kierha keluar dari kamar beradu peribadi suaminya.

Masuk ke dalam bilik latihan, Kierha membuka suis lampu menantikan ketibaan atuk Naz dan Bella dengan sabarnya. Seperti yang dijanjikan tepat jam 7 pagi, dua kelibat tubuh itu muncul. "Selamat pagi, Tuan Meleino. Selamat pagi, cik Bella."

"Selamat pagi, Kierha." Kierha memandang tangan lelaki tua itu yang dihulurkan kepadanya. "Kau ni bodoh juga ya?" kata Bella selamba kepada dia sengaja mencari pasal pagi-pagi ini. "Kau nak makan tengah hari pakai tiub ke, Bella?"

Dia menyambut tangan itu dengan bersalaman. "Panggil aku, nonno."

"Huh?" Bukan sahaja Kierha terkejut dengan permintaan Tuan Meleino itu. Tetapi, juga Bella memandang atuk Naz dengan riak tidak percaya. "Aku tak suka cakap perkara yang sama berulang kali."

"Nonno?" Kierha mencuba. "Good girl." Puji lelaki tua itu sambil tersenyum kearah dia. Ingin sahaja Kierha tanyakan kepada atuk Naz, adakah lelaki itu salah tertelan ubat ke apa sebelum datang ke sini tadi? "Nonno, apa ni?" Bella dah merengek tidak berpuas hati.

"Nonno nak Kierha mengajar Bella cara mempertahankan diri."

"Nonno?"

"Bella, nonno akan amanahkan kamu kepada Kierha untuk mengajar kamu. Jadi, kamu kena dengar cakap dia."

"Tapi, nonno..."

"Jangan banyak alasan, Bella. Arahan tetap arahan. Faham?"

"Faham, nonno." Bella sudah menunduk memandang lantai. Kierha masih memandang lelaki tua itu. "Nonno kenal kamu sebelum dadda Naz kenal kamu dulu. Malah, nonno juga yang minta dadda berjumpa dengan Kevin untuk dapatkan pertolongan dalam menyelamatkan Melissa." Jelas Tuan Meleino seperti tahu yang dirinya masih dalam tanda soal tertanya-tanya.

"Macam mana nonno tahu yang papa akan tugaskan misi itu kepada Kierha?"

"Nonno teka sahaja. Nonno cuma tahu yang Kevin dalam proses melatihkan salah seorang anak dia untuk gantikan tempatnya dan nonno juga tahu hanya seorang sahaja anak Kevin yang tekad memasang impian dalam menggantikan tempat Kevin." Kierha mengangguk faham. "Jadi, nonno panggil pagi ni sebab nak minta Kierha mengajar Bella?"

"Ya. Bella cuma mahir gunakan senjata tetapi tidak fizikal dia. Nonno nak dia kuasai dua-dua."

"Faham, faham. Bella setuju ke dengan perkara ini?" Soal Kierha kepada Tuan Meleino tetapi memandang kearah Bella. "Setuju, tidak setuju. Arahan tetap arahan."

"Nonno terima perempuan ni?" Soal Bella.

"Ya. Nonno terima. Cuma semalam hanyalah lakonan nonno untuk uji Nazrin, sama ada dia sayangkan Kierha ke tidak."

"Macam mana dengan pertunangan Bella dan Naz?"

"Bella, nonno dah beritahukan yang Nazrin tidak setuju lansung dengan hal ini. Bukan ke kamu dah ada yang lain ke?"

"Erk, macam mana nonno tahu?" Bella sebenarnya mengikut kerana hormatkan Tuan Meleino yang sayangkan dia seperti cucu sendiri. Jadinya, dia bagai terhutang budi dengan lelaki tua itu sehinggakan dia mengenepikan soal hatinya menurutkan sahaja kehendak dan permintaan atuk Naz. "Mata-mata aku banyak, Bella."

"Sudah tu. Kierha mulakan latihan."

"Baik, nonno."

"Kierha."

"Ya?" Dia menoleh memandang kearah lelaki tua itu yang memanggil namanya. "Jaga kandungan kamu. Tidak larat, berhenti sekejap." Pesanan nonno buatkan Kierha tersenyum. "Terima kasih, nonno."

Kierha memandang suaminya yang sedang memandang kearah dia. "Abang marah cinta?"

"Tak." Dinginnya jawapan Naz menyapa telinga dia. "Abang, pandang sini." Kierha memujuk lembut. Naz meletakkan dia kebawah turun dari meja pulau dan meninggalkan dia sendiri disitu terpinga-pinga. Kedip-kedip matanya cuba memproses apa yang sedang berlaku.

*****

Nantikan sambungannya...

TwitterpatedNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ