Episode Dua Puluh Empat

4.8K 300 9
                                    

"Cik cari siapa?" Soal Kierha kepada wanita muda itu untuk kali kelima. 

"Aku-" Kierha mencelah dahulu sebelum sempat Bella berkata habis. "Cik Bella di depan rumah saya. Jadi, amatlah saya hargai kalau cik menjaga bahasa cik disini."

"Cinta..." Panggilan manjanya diseru Naz. Baru dia ingin menoleh memandang kearah suaminya, tubuh dia ditolak dahulu oleh Bella. Wanita muda itu sudah melompat kearah suaminya dipeluk erat. Nasib baik Kierha sempat berpaut pada pintu. Kalau tidak, naya sahaja dia jatuh tersembam diatas lantai. Dasar perempuan tidak guna! 

"Baby, I miss you..." Rengek Bella mencium pipi suaminya. Kierha melangkah mendekati pasangan yang sedang berjejak kasih itu. Rambut coklat perang Bella dicekaknya dan ditarik. Jatuh wanita muda itu tersembam diatas lantai. Itu makannya kalau mencari pasal dengan salah orang. Dia memandang tajam ke arah suaminya. Tangan kanannya singgah di pipi Naz. Pang! "I hate you!"

Dia yang ingin menampar Naz sekali lagi ditahan oleh Bella. "Kau jangan berani sentuh keturunan Mauro!" 

"Kau ugut aku? Kau kena tahu yang aku tidak suka diarah." Pang! Tamparan kedua singgah di pipi Bella. Kuat. 

"Kierha, stop it." Naz memegang tangan dia. "What? Naz nak backup tunang Naz yang entah bila jatuh dari langit ni?! Siapa lagi tunang, Naz? Ayu? Bella? Entah-entah, belakang Kierha... Naz sudah pun ada isteri dan anak dengan perempuan lain!"

"Baby, are you okay?" Kierha semakin panas hati melihat wanita muda itu bergedik sentuh pipi suaminya. Tidak mahu berlama disitu menjeruk rasa geram, kakinya memanjat tangga menuju keatas. 

"Bella, stop it." Naz menepis tangan Bella. "Tuan Naz." Kemunculan Dom di depan pintu, melegakan hati dia. "Kau bawa Bella ke markas. Jangan lepaskan dia pergi ke mana-mana. Pastikan ada yang teman dia. Nanti aku akan ke sana." 

"Baiklah." Dom menarik tangan Bella tidak kasar untuk beredar dari situ. "Dom, let me go! Baby!" 

"Bella, not now. Stop it." 

"Dom, put me down! Baby, I want you! Let me go!" Bella menjerit dan meronta-ronta dalam dukungan orang kanannya. Tidak betah lama disitu, Naz memanjat tangga ingin mengejar langkah isterinya. Tombol pintu bilik Kierha dipulas, kunci! "Cinta, buka pintu ni...." Rayunya lembut kepada Kierha.

"Who is she, Naz?"

"Let me explain first, cinta." Naz masih ingin memujuk. Dia tidak mahu pintu menjadi penghalang untuk mereka berbincangkan hal ini. "No. Just tell me. Who is she?!"

"She's my fiance. But-"

"Congratulations. LEAVE ME ALONE!!!" Suara serak isterinya menandakan gadis kesayangannya itu menangis. "Kierha, please. Please open this door for me." 

"LEAVE ME ALONE!" Kierha di dalam bilik menyelimuti tubuhnya dengan gebar selimut. Dia tidak mahu mendengar suara Naz dan dia juga tidak mahu melihat muka Naz. Apalagi yang dirahsiakan oleh Naz dibelakang dia? Sebelum ini, Ayu. Sekarang pula, Bella. 

♡♡♡♡♡

"Dadda." Naz membuat keputusan untuk menghubungi orang tuanya memberitahu tentang kehadiran Bella yang baru sampai di Malaysia. "Ya, Naz. Anything? Bonda beritahu tadi, yang kamu dan Kierha nak pulang ke villa. Langit dah gelap... batang hidung seorang pun tidak nampak."

"Bella is here, dadda."

"What? When?"

"Dia muncul depan rumah papa tadi dan Kierha yang sambut dia di depan pintu. Kierha masih kurungkan diri dalam bilik sejak pagi tadi. Naz risau." Mauro yang mendengar juga turut risaukan keadaan menantunya seorang itu. "Bella beritahu apa kepada Kierha?"

TwitterpatedWhere stories live. Discover now