Episode Dua Belas

5.3K 268 1
                                    

Kring! Kring! Telefon bimbit milik Naz berdering pada pagi itu menganggu lena Kierha. "Naz, telefon Naz berbunyi." Tiada balasan dari suaminya.Pasti letih dan penat semalam kerana mereka berdua tidur agak lewat. Telefon itu berdering sekali lagi. Tanpa melihat skrin, dia mengangkat panggilan itu bagi pihak suaminya. "Naz, awak dah bangun?" Suara dari corong sebelah sana adalah suara yang pernah di dengar sebelum ini. Bakal menantu tidak jadi Tuan Mauro.

Dia menggoncang tubuh suaminya cuba dikejutkan juga. "Morning-" Tidak sempat Naz mengucapkan selamat pagi, Kierha menekup mulut itu dan sekaligus menekan punat merah menamatkan panggilan yang menelefon suaminya. "Cinta?"

"Tadi-" Kini, tidak sempat pula Kierha berkata kepada suaminya bibirnya dipagut lelaki itu. "Morning, cinta." Bibirnya dilepaskan seketika memberi peluang kepada Naz untuk mengucapkan selamat pagi. "Morning too. Tadi ada-" Sekali lagi katanya mati dengan kucupan ringkas daripada suaminya. "Five minutes, cinta. Five minutes." Rengek Naz menarik tubuhnya agar tubuh mereka rapat.

Tempoh lima minit jadi ke 15 minit. Kierha mengambil telefon bimbit suaminya lalu dihulurkan kepada Naz. "Tadi, ada yang call Naz."

"Cinta." Nasib baik Naz sempat menarik bantal menutup bahagian bawah perutnya yang terdedah apabila isterinya bangun turun dari birai katil dengan gebar selimut melilit tubuh.

Kierha yang melihat terhambur gelak terhibur melihat reaksi kelam-kabut Naz. Naz memberikan dia satu pandangan tajam sepertinya ingin menelan dia hidup-hidup. "Naz tahukan yang pandangan tu lansung tak lut pada cinta. Cinta dah kebal dah dengan pandangan yang macam itu daripada Naz."

"Are you sure, cinta?"

"Yes, I'm sure. 100%"

"Wah, yakinnya kamu."

"Yakinlah." Dia sudah tergoda dengan pandangan tajam itu sebenarnya tetapi cuba sehabis baik menayang muka selamba kononnya pandangan itu tidak mengusik dia lansung.

"Jangan pandang lama sangat, cinta. Tahulah abang ni kacak, hensem dan seksi."

"Abang?"

"Yes, abang. I want you to call me abang."

Kierha menjungkit kening meminta kepastian lelaki itu. Naz mengangguk meminta dia memanggil lelaki itu dengan panggilan 'abang'. Entah kenapa dia rasa nak mengusik suaminya pada pagi itu. "Abang...." Suaranya mendayu manja dengan nada yang menggoda sambil diberikan kenyitan mata. Tubuhnya juga dipusingkan membelakangi Naz yang sedang duduk bersandar di kepala katil masih tidak lepas memandang dia. Punggungnya sengaja dilenggokkan ke kiri dan ke kanan.

"Kierha...." Naz masih cuba menahan dirinya dari turun katil dan menerkam tubuh seksi isterinya. "Abang...." Kierha memang sengaja mencabar dia apabila si isterinya menjeling sedikit kebelakang melihat dirinya dan memuncungkan bibir seperti ciuman. Hatinya suka dengan godaan isterinya dan ini kali pertama dia melihat sisi nakal Kierha yang khas untuk diriya sahaja.

Kierha melihat Naz yang seperti mengesot untuk turun dari katil cepat-cepat melajukan langkahnya masuk ke dalam bilik mandi. Tetapi, suaminya itu lebih tangkas dan pantas sengaja memijak hujung selimut yang sedang melilit tubuh dia sekaligus menahan langkah dia yang ingin menutup bilik mandi. Matanya cuba dipandang keatas sahaja apabila bantal yang dipegang Naz tadi hilang entah campak kemana. Dia kena pastikan sarung bantal itu wajib ditukarkan sebelum dia keluar dari kamar beradu mereka.

Tangannya ditarik Naz tapi tidak terlalu kuat tapi masih dipegang kemas tidak mahu lepas. Bibirnya dipagut hangat dan mesra. Nampaknya bukan dari pihak dia sahaja ketagih dengan ciuman tetapi juga dari pihak suaminya. Belakang tubuhnya sudah bertemu dengan dinding kaca ruang pancuran air. Tangannya meliar cuba mencari sesuatu untuk menjarakkan tubuhnya dan Naz tetapi tingkahnya salah apabila paip pancuran air ditariknya. Habis mereka kebasahan dibuatnya dan nampaknya Naz seperti tidak terusik dengan tubuh mereka yang sudah kebasahan. Merelakan perlakuan suaminya, Kierha melilit tangannya dileher Naz mendalamkan lagi ciuman mereka.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now