Episode Dua Puluh

5K 287 7
                                    

"Satu, dua, tiga!" Kierha yang berlari terus melompat masuk ke dalam kolam renang dalam rumah keluarganya. Splash! "Wohoo!!!"

"Nurul Syarifah Kierha!" Kierha sudah pucat apabila mendengar suara mamanya menyebut nama penuh dia. "Help me." Katanya kepada Naz tanpa bersuara yang sedang tersenyum melihat dia. Membulat matanya apabila Naz menggeleng kepala tanda tidak mahu menolong dia. "Sampai hati."

"Mana isteri kamu, Naz?" Soal Tsab kepada menantunya cuba mencari kelibat si anak sulung. "Kak Kierha dalam pool, mama." Beritahu Kair menunding jari ke dalam kolam.

"Anak dara mama yang lain mana?"
"Tiga sepakat dalam tu, mama." Kaif pula ikut sekaki jadi batu api nak kenakan si kakak-kakak dan si adik. "Nurul Syarifah Kierha, Nurul Syarifah Kiesha, Nurul Syarifah Kiefha!"

"Ya, mama?" Terjengul tiga kepala membuat muka comel kepada dia. "Ya, mama? Baiknya soalan. Siapa yang rembat mama punya jeruk mempelam?"

"Kierha, mama." Kiesha dan Kiefha dah menunjuk kearah Kierha. Kierha pandang tajam kedua-dua adik perempuannya yang sudah mengangkat kaki kononnya tidak bersalah. "Sorry, mama. Manalah tahu Kierha tahu yang jeruk tu tinggal satu paket sahaja. Selalunya ada lebih."

"Sayang, sudah-sudah tu. Nanti saya bawa awak ke resort pergi ambil stok di sana." Kevin muncul dari dapur terus memeluk pinggang suaminya. Pipi isterinya dikucup mesra. "Aw, so sweet." Itu reaksi si anak-anak perempuan. "Pa, cari bilik. Please...." Ini pula reaksi si anak-anak lelaki.

"Pening kepala Naz tengok keluarga kita yang kelam-kabut ni."

"Tak adalah, mama. Meriah. Kalau Naz ni, anak tunggal ni... seorang sahaja." Naz yang tidak ada adik, kakak atau abang memang selalu sendiri. Melihat kemeriahan pagi keluarga isterinya, dia suka. Kinilah dia tahu apa rahsia disebalik keluarga itu yang kuat ikatan kekeluargaan mereka. "Kair, Kaif. Kamu berdua ganti abang Naz kamu ni. Asyik berendam je. Tolong juga ni bakarkan apa yang patut." Mama mertuanya sudah memberi arahan. Dia tersenyum terjun masuk ke dalam kolam dan terus berenang kearah isterinya.

"Abang...." Kierha memeluk leher suaminya dan Naz memeluk pinggang dia. "I miss you, cinta."

"Cari bilik, cari bilik!" Khaliq dan Khalid dah berkokok di tepi kolam. "Dengki...." Kierha menjelir lidah kearah adik-adiknya.

"Terima kasih, cinta." Ucap Naz kepada dia. Bangun pagi tadi, suaminya kata ingin makan ayam bakar. Jadi, dia cadang untuk adakan sesi bbq ditepi kolam. Nasib baik menyebelahi suaminya kerana semua sepakat sokong untuk adakan sesi bbq sekaligus sesi keluarga.

"Selamat pagi! Meriahnya." Suara itu. "Dadda?!" Terkejut dia dengan kemunculan bapa mertuanya diruang itu. "Bonda pun ada sekali? Bonda!" Teruja dia kerana sudah lama juga tidak diketemui ibu mertuanya itu.

"Abang...." Kierha memandang suaminya yang terkaku disitu. Mata Naz sudah memandang pada satu arah. "Is that my bonda, cinta?"

"Yes, abang. Come. Let's meet bonda." Tangan suaminya dipimpin keluar dari kolam menuju kearah bonda. "Cinta...." Genggaman tangan suaminya kuat. Dia tahu Naz takut, sedih dan banyak lagi emosi yang bermain dalam diri lelaki itu.

"Bonda." Kierha bersalaman dengan dadda dan bonda. Dia memberikan ruang kepada suaminya berdiri berhadapan bonda. Tanpa kata apa-apa, bonda terus memeluk Naz. Air mata bonda mengalir dan bibir bonda tidak lepas mengucapkan kata maaf. Air matanya juga mengalir.

"Maafkan bonda."

"Naz rindukan bonda."

"Bonda juga rindukan anak bonda. Anak bonda dah besar dah. Dah jadi suami orang. Kacak. Pandai anak bonda pilih seorang isteri yang baik budi pekertinya dan juga berani. Jaga Kierha baik-baik."

"Mari bonda, abang." Kierha membawa si ibu dan si anak itu ke luar halaman dan duduk di gazebo kayu. "Kierha masuk dalam. Bonda dan abang berboraklah dahulu." Kata dia meninggalkan bonda dan suaminya berdua.

Beberapa minit kemudian, Kierha kembali dengan menatang dulang untuk dua beranak itu. Senang dia melihat Naz baring manja di riba bonda sambil bonda membelai rambut hitam itu. Kali pertama dia melihat suaminya jadi banyak mukut berbual dengan bonda. "Maaf ganggu. Kierha cuma nak hantarkan air dan ayam bakar ni untuk abang dan bonda. Mesti bonda dan abang lapar dan dahagakan. Jemput makan."

"Bonda, Naz nak bonda suapkan boleh tak?" Tanya Naz berharap. "Kierha, manja betul ya suami kamu ni?" Kierha ketawa kecil. "Dia rindukan bonda. Suaplah, bonda. Nanti merajuk pula."

"Mari sini." Bonda mencubit ayam bakar sedikit lalu disua ke mulut suaminya. "Kierha, nak?"

"Eh, tak mengapalah, bonda."

"Buka mulutnya, Kierha. Bonda nak manjakan dua anak kesayangan bonda ini." Kierha membuka mulut juga saat disuakan ayam bakar menjaga hati bonda. "Amboi, suapkan si anak sahaja ke? Suaminya disini dah berkeroncong perut." Muncul dadda dari belakang mencebik kononnya merajuk. Kierha dan Naz memandang antara satu sama lain sebelum terlepas ketawa. Pertama kali melihat muka garang dan tegas itu mencebik. Comel!

"Mauro, Mauro. Awak ni, depan budak-budak nak bermanja pun." Naz senang melihat kemesraan dadda dan bondanya. Ini kali pertama dia melihat daddanya tersenyum dan ketawa disamping isteri tercinta. "Bonda, suaplah dadda cepat. Nanti makin mencebik pula si dadda."

"Yalah. Mari sini." Mauro mencium dahi isterinya sebaik disuapkan ayam bakar. "Terima kasih, Lissa."

"Kierha! Aaron call!" Kiesha berlari kearahnya dengan telefon bimbit. "Aaron call phone kau, tapi tak berangkat. Jadi dia call phone aku. Nah, Aaron kata urgent."

"Thanks, Kiesha. Maaf, Kierha kena jawab panggilan ini." Kierha menjarakkan kedudukannya dari situ menjawab panggilan.

*****
Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now