Episode Empat

6.5K 317 1
                                    

Selamba benar si adik kembarnya masuk ke dalam bilik dia dan meloncat atas tilam persis anak kecil. "Kiesha." Kiesha berhenti lompat dan duduk bersila menghadap dia. Tangannya di dalam genggaman kembarnya. "Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Kenapa soal Kie macam tu?"

"Sengaja. Nak tanya. Tak boleh ke?"

"Tak cakap apa-apa." Kierha tidak senang dengan pandangan mata tajam Kiesha yang sedang memandang dia. "Kiesha..."

"Gelabah ni, mesti ada something happen kan?"

"Tak. Jangan nak cuba provok aku ya."

Kiesha mengangkat tangan tanda mengalah. Tidak tahu apa-apa. "Kie, telefon kau dekat mana ya?"

"Kenapa?"

"Mana?"

"Ada di dalam laci meja ni. Kenapa?" Kierha mengeluarkan telefon pintarnya yang berada di dalam laci meja nightstand dia. "Naz ada call aku tadi." Kini, dia fokus semula kepada adik kembarnya.

"So...?"

"Cerita dekat aku, Kie. Kenapa ni?"

"Entahlah, Kiesha. Aku tak tahu nak mula dari mana. Naz buat aku buntu dengan soalan yang dia tanyakan kepada aku tadi sebelum dia hantar aku ke pulau semula."

"Soalan apa yang sampai kau buntu dan buatkan kau matikan telefon bagai?"

"Naz... dia..."

"Dia apa? Kau ni... aku bukan pak nujum belalang yang boleh agak apa yang kau nak cakap."

"Naz lamar aku."

"Wow! Apa yang kau buntu lagi? Terima sahajalah."

"Kalaulah aku boleh buat keputusan macam tu, Kiesha." Kiesha mengusap lembut tangan dia memberikan kekuatan. "Kau sayangkan Naz?" Kierha mengangguk. "Kau cintakan Naz?" Dia mengangguk sekali lagi. "Jadi, kau tunggu apa lagi?"

"Orang tua dia masih lagi hidup, Kiesha. Kau tahukan yang Dadda dan Mammi Naz tidak pernah sukakan aku dan dia." Cepat sahaja Kiesha memeluk tubuh kakak kembarnya yang sudah mengalir air mata di pipi. "Sungguh aku cintakan dia, Kiesha. Hanya dia. Tapi..."

"Sabarlah, Kie. Kalau ada jodoh kau orang berdua, pastinya tak akan ke mana."

Kierha jadi teringat pertama kali dia bertemu sepasang mata kelabu milik Naz. Waktu itu, dia bagai seorang perempuan yang jatuh cinta pada pandangan yang pertama. Pandangannya lansung tidak beralih dan ingin terus menatap sepasang mata kelabu itu.

"Papa, tak boleh ke kalau Kierha tak pergi sekali?"

"Ikut sahajalah, Kierha. Tolong temankan Papa. Please..." Kierha tidak berani pula nak menolak permintaan Papanya yang sudah diselingkan dengan memek muka comel. "Fine..."

"Inilah baru anak Papa."

"Dan, dan lah... Papa nak cakap Kierha anak Papa. Sebelum ini, Kierha anak Mama je lah ya?"

"Tak. Kierha anak Papa dan anak Mama." Senang hati Kierha dengan melihat senyuman Papa dia. Tidak anehlah kalau dia sering melihat Mama dia cair dengan tingkah romantik dan manja Papa. "Tok Ayah ada sekali ke, Papa?"

"Ada. Papa suruh kamu ikut pun sebab atas permintaan Tok Ayah sendiri."

"Kalau macam tu, kita jumpa malam nanti di markas. Kierha akan datang dengan Aaron."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now