Episode Tiga Puluh

5.2K 340 29
                                    

"Letakkan senjata!" Arah Naz mengacukan pistol kepada lelaki yang sedang acukan pistol kearah dia. "Itu padahnya kalau kau cuba-cuba berani sentuh aku." Kakinya menendang tubuh Antonio jatuh meringkuk kesakitan. Loya pula tekak Kierha melihat tangan itu sudah terputus dari tempatnya.

"Dasar perempuan tak guna!"

"Wah, dah hilang tangan masih berani nak menyumpah aku. Kau patut rasa bernasib baik sebab aku tak penggalkan kepala kau disini." Semua budak-budak Antonio sudah meletakkan senjata diatas lantai dan budak-budak Naz mengutip simpan dalam guni.

"Kau tak apa-apa, Kierha?" Soalan itu datang daripada Dom. Kierha mengangguk tanda dia tidak apa-apa dan matanya memandang kearah Naz yang hanya memandang dia dengan pandangan kosong. Merajuk lagi waktu-waktu genting macam ni? Bagus sangatlah suaminya seorang itu.

Entah macam mana sewaktu Bella berlari kearah dia, kaki gadis itu tertendang satu pistol dan berhenti di depan Antonio. Tidak melepaskan peluang, lelaki itu mengacukan pistol kearah Kierha dan melepaskan tembakan. Dia yang mahir tangkas menepis peluru menggunakan pedang yang masih ada di tangan dia. Tangannya menendang pistol dari tangan Antonio. "Kau memang nak merasa cacat tiada dua-dua tangan ke?!" Bengang Kierha kerana nyaris dirinya ditembak.

"Kierha!" Aaron muncul di depan pintu utama bersama budak-budak Kierha yang lain. "Kau lambat sertai parti tadilah, bro."

"Kau tak apa-apa?" Kini, soalan itu datang daripada Aaron pula. Kierha ternanti-nanti soalan yang sama daripada suaminya sendiri. Tapi, mengikut keadaan nampaknya mustahil. "Aku sihat. Tak cedera. Masih boleh berdiri. Yang cedera tu... mamat tu." Jarinya ditunding kearah Antonio.

"Silap besar betul kau ni cari pasal dengan dua ketua paling disebut-sebut dalam dunia mafia." Aaron menunjal dahi sepupu Naz itu. "Rawat dia, Harvind."

"Rawat?" Dom memandang kearah dia. "Kenapa? Ada masalah?"

"Kenapa dia perlu dirawat? Biarkan sahaja."

"Harvind, ikut arahan aku. Jangan nak berani sangat kalau kau masih sayangkan tangan kanan kau."

"Dom, jemput nonno di rumah dadda sekarang." Arah Naz kepada Dom. "Tapi, Antonio...?"

"Aku akan uruskan. Jemput nonno sekarang. Cepat. Takut aku tak tahan sabar, nonno sampai sini abang sepupu aku ni dah tak bernyawa lagi." Dom mengangjat kaki pergi dari situ melakukan arahan ketuanya. Budak-budak Antonio semua dah dibawa ke dalam bilik kurungan yang terletak dibawah tanah bangunan markas Naz.

♡♡♡♡♡

Beberapa minit menanti, Dom kembali bersama Tuan Meleino. "Antonio!"

Kierha nak tergelak tengok muka cuak abang sepupu suaminya saat mendengarkan lelaki tua itu memanggil nama. Baru panggil nama dah kecut. Tadi, bukan main berani lagi pegang pistol acu dekat dia bajet nak rampas tempat Naz segala. "Tuan Meleino." Dia menunduk hormat kepada atuk Naz yang berdiri di sebelah dia sedang menghadap Antonio.

"Sudah aku pesan banyak kali, Kierha. Panggil aku nonno."

"Baiklah, nonno." Kierha kalau dalam menguruskan apa-apa secara serius, memang akan memastikan dirinya menggelarkan semua dengan panggilan sebenar tanda hormat. "Kamu memang sengaja mencari pasal datang ke sini, Antonio."

"Nazrin tidak berhak mengetuai Raven's Claw!"

"Siapa kamu nak menilai Nazrin sama ada dia berhak atau tidak berhak?! Aku masih hidup dan Raven's Claw masih dibawah pengawasan aku!"

"Lihat sahaja sekarang, perempuan ini lebih tinggi kemahirannya daripada Nazrin. Musuh kita diluar sana akan pandang rendah terhadap kemahiran Raven's Claw kalau Nazrin sendiri tak boleh kawal isteri dia!"

"Jangan nak libatkan aku dalam urusan kau yang berdendam dengan suami aku." Kierha memberi amaran kepada lelaki itu untuk tidak mencuba cabar kesabaran dia. "Belum ada lagi dalam keturunan Mauro, dimana mereka sedang berurusan... orang lain masuk campur mencelah!"

"Kau ingat aku takut. Aku fikirkan kau keluarga Naz sahaja. Kalau tidak, dah dari tadi aku tamatkan riwayat kau."

"Kierha cukup!" Naz menarik tangan dia pergi dari situ. Kasar. "Lepaslah!"

"Naz, lepaskan tangan Kierha!"

"Cukup, Kierha! Jangan ikutkan emosi!" Tubuhnya ditolak ke dinding. Tangan Naz menghalang tubuh dia dari melarikan diri. Hadapan dia, Naz dan belakang dia, dinding. Tersepit dia di tengah-tengah. "Ikutkan emosi? Ikutkan emosi? Naz sendiri yang ikutkan emosi hukum Kierha tak tentu pasal! Salah Kierha ke?!"

"Nurul Syarifah Kierha, jangan nak melampau tinggikan suara! Aku suami kau."

"Aku? Aku? Jadi, Naz nak bawa perkara ni sampai ke tahap itu? Fine. Kierha boleh buat. No. Aku boleh buat sebab kau sendiri yang minta."

"Kierha." Naz meraup kasar rambutnya kebelakang. Dia jadi risau dengan mood isterinya yang menjadi baran sejak dua tiga hari ini. Tadi, komputeri ribanya mencium dinding sebabkan Kierha dan sekarang ini, dia cuba menyakiti wanita itu dengan berbahasakan aku kau.

"Tepi. Aku nak lalu." Dingin suara Kierha mengarahkan dia ketepi. Tidak menurut, Naz hanya membatu disitu. "Tak faham bahasa ke? Aku cakap tepi. Tepi je lah. Susah sangat ke?"

"Tarik nafas, Kierha."

"Rasa macam tak ada oksigen pun aku nak hirup dekat sini dengan kau himpitkan aku macam ni. So, sana. Belah." Kierha cuba menolak dada dia. Naz menapak dua langkah ke hadapan sehinggakan tiada ruang diantara mereka berdua. Isterinya masih meronta tidak senang dengan jarak terlampau rapat mereka. Bibirnya melekap pada bibir gadis kesayangannya sama rapat seperti tubuh mereka.

Tidak mahu memberikan peluang lagi kepada Naz, Kierha mengangkat lutut dia. Terundurlah lelaki itu menjarakkan tubuh mereka dan menahan senak. "Aku cakap, aku nak lalu. Kau tak faham. Jadi, itu makannya." Kakinya melangkah pergi dari situ tidak menghiraukan suaminya yang sudah melutut ke lantai.

"Kierha!"

♡♡♡♡♡

"Nazrin mana, Kierha?" Tuan Meleino bertanya kepada dia.

"Dapur. Kierha minta diri dulu, nonno."

"Nak ke mana?"

"Ada urusan di markas. Jom, Aaron."

"Macam mana dengan kelas aku, Kierha?"

"Esok kau tunggu di jeti rumah dadda Naz pukul 8 pagi. Budak aku akan jemput kau ke markas Sharky's Blood."

Bella mengangguk faham. "Kenapa tidak dibuat sahaja latihan disini, Kierha?"

"Maaf, nonno. Kierha ada urusan yang kena uruskan di markas sana. Jadi, terpaksa tinggal disana sehingga selesai."

"Baiklah. Jaga diri kamu dan kandungan kamu."

"Terima kasih, nonno. Jumpa kau esok, Bella." Kierha berlalu pergi dari situ meninggalkan markas suaminya. Aaron memandang kearah dia. "Kau pandang aku kenapa?"

"Naz tahu tak kau ke markas ni?"

"Tahulah dia nanti daripada nonno dan Bella." Aaron diam, tidak mahu bertanya apa-apa memberikan ruang kepada sahabatnya itu sendiri.

Telefon bimbitnya bergetar tanda ada panggilan masuk. Kierha mengeluarkan sim kad. Lalu, dipatahkan dan campak ke dalam laut. "Mari kita tengok siapa punya kepala lagi keras."

*****
Nantikan sambungannya...
[Sembang santai bersama Aisy]
Go, go powerpuff girl!
Terima kasih kerana sudi membaca, mengundi dan meninggalkan komen.
Salam Ramadhan.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now