Episode Dua Puluh Tiga

4.9K 292 12
                                    

"Doktor?" Kierha terkejut apabila celik sahaja mata, doktor peribadi keluarganya ada di depan mata. "Kierha, kamu mengandung?" Doktor ni tanya soalan pula dekat kita. Dia pandang kiri kanan, nasib baik tiada orang. "Ya. Macam mana doktor tahu?" Doktor Mad pandang dia tajam macam nak ditelannya hidup-hidup.

"Gurau je, uncle. Kierha dah guna ujian kit kehamilan tapi... tak sempat lagi pergi klinik atau hospital untuk check."

"Kandungan kamu baru lagi. Jaga elok-elok. Kamu tahu kan kalau papa kamu tahu hal ini, dia akan suruh kamu berehat?"

"Macam mana kalau hal ini rahsia kita berdua je. Nanti Kierha sendiri akan beritahu mereka."

Doktor Mad menggeleng kepala mendengar permintaan anak rakannya seorang itu. "Fine. Tapi, jangan sorokkan lama sangat."

"Hal itu, uncle jangan risau. Lagipun, kami baru sahaja kahwin. Tidak sangka pula akan bunting pelamin. Hah, uncle jangan tengok macam tu. Saya bersyukur sangat ya dianugerahkan rezeki seorang ini. Cuma saya tak bersedia lagi tinggalkan hal-hal markas." Kierha tidak mahulah doktor peribadinya itu menyangka dia menolak rezeki anak. Dia sudah tahu tentang kandungannya sejak minggu lepas lagi. Malah, semasa menguruskan misi pun, dia jadi risau akan kandungannya. Sebabkan itu Kierha tidak berlawan dan membunuh musuhnya terus dengab pistol atau pisau.

"Ubat vitamin ni, jangan lupa makan. Jaga kesihatan. Kalau boleh, minum susu. Jangan angkat benda berat."

"Terima kasih, uncle."

"Sekali lagi, uncle nak ucapkan tahniah. Ubat luka semua, uncle letakkan dalam paket putih. Untuk ubat vitamin, uncle letakkan dalam paket biru. Senang nak bezakan. Kalau ditulis pula, nanti ada yang senang syak."

"Uncle ni memang geng!" Doktor Mad gelengkan kepala sahaja melihat tingkah si gadis muda itu. Nak jadi seorang ibu, masih lagi berperangai begitu. Memang tak ubah macam Tsabitah.

"Cinta!" Terkejut Kierha apabila biliknya diterjah masuk oleh suami dia. Lemas rasanya dipeluk erat dek Naz. "Abang, oksigen."

"Sorry, cinta." Naz melonggarkan sedikit pelukan mereka. Dahi isterinya dikucup. "Doktor Mad cakap apa?"

"Darah banyak hilang. Itu yang cinta pengsan." Kierha mencipta alasan tidak memberitahu perkara sebenar. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu mengapa dia menyembunyikan berita gembira itu. Mungkin baginya mereka terlalu awal dan muda untuk memegang gelaran ibu dan ayah.

"Kierha." Bonda dan dadda masuk ke dalam biliknya dengan memek wajah risau. "Bonda, dadda. Kierha baik-baik sahaja. Janganlah buat muka macam Kierha dah nak mati."

"Cinta." Naz tidak suka dengan apa yang baru dikatakannya tadi. "Kierha nak bonda masakkan bubur atau apa-apa?"

"Jangan susah-susah, bonda. Kierha boleh uruskan sendiri kalau Kierha nak apa-apa. Tak pun, Kierha minta tolong dari abang sahaja nanti. Bolehkan, abang?" Soal Kierha memandang suaminya. "Boleh, cinta. Anything for you."

"Mata bonda sama dengan mata abang. Abang tahu tak?" Soal Kierha saat dia mengusap lembut pipi suaminya. "Masa Kierha dan Aaron selamatkan bonda. Kierha rasa serba salah sebab lambat selamatkan bonda. Masa itu, keadaan bonda sangat menyayat hati. Tega sungguh Lilian berbuat kejam kepada bonda atas sifat tamak dia."

"Shush, cinta. Jangan. Benda dah lepas. Mereka pun dah tiada. Lilian, Vivian dan William. Mereka bertiga dah tiada." Naz tidak mahu isterinya berfikirkan tentang itu lagi.

"Bonda dan dadda nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kierha sebab sanggup gadaikan nyawa menyatukan semula keluarga kami." Kierha tersenyum membalas senyuman ibu mertuanya. "Semua ini... Kierha lakukan demi abang." Kata dia mengucup lembut pipi suaminya tanda kasih.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now