Episode Sepuluh

5.1K 247 3
                                    

"Girls, what are you guys doing in my bedroom?" Nyaris sahaja dia memegang kemas tuala yang berbalut pada tubuh dia. Terkejut dia dengan kehadiran dua adik perempuannya di dalam bilik tidurnya. "Cepat. Kami nak dandankan Kak Kierha. Tidak sabar untuk majlis petang ini."

"Majlis? Kau merepek apa ni, Kiefha?"

"Ish, Kak Kierha ni. Jangan nak hilang ingatan sekarang, boleh tak? Jangan risau dan jangan fikir banyak. Kak Kiesha akan uruskan mekap dan Kiefha akan uruskan dandanan rambut."

"Wait. Hold on. I still don't get it."

"Sekejap." Kiefha keluar sekejap dari kamar beradunya. Dia memandang Kiesha yang sedang memandang dia. "What?"

"Nothing."

"Tadaa! Cantik tak?" Kiefha muncul semula dengan satu gaun pengantin cutting duyung yang berwarna unggu pastel. Warna kesukaan dia. Adik bongsunya itu menyangkutkan baju pengantin itu pada kaki katilnya. "Siapa punya?"

"Kak Kierha." Jawab adik-adiknya serentak dengan nada menahan rasa teruja.

"Siapa yang nak kahwin?"

"Duh. Kak Kierha."

"What? Wait. Aku?" Terhenyak punggung dia diatas sofa terkejut dengan berita itu. Satu persatu memori malam semalam berlayar di kepalanya. Dia fikirkan semalam dia dapat mimpi ngeri.Rupa-rupanya, mimpi semalam itu benar. Kierha kembali berdiri. Dia berjalan kehulur kehilir, kekiri kekanan.

Naik pening kepala Kiefha dan Kiesha melihat tingkah kakak sulung mereka. Lalu, tangan kakak mereka ditarik duduk diatas birai katil. "Kierha, jangan bergerak. Kiesha nak lukis henna di tangan Kierha." Kierha yang memang macam dalam dunia sendiri membiarkan sahaja perlakuan adik kembarnya menconteng tangan dia. Sementara itu, Kiefha pula bertugas mendandan rambut dia. "Kiesha, Kiefha."

"Hmm, apa dia?" Soal mereka serentak masih fokus merias dia.

"Tolong aku larikan diri dari perkahwinan ni...?"

"No way!"

"Listen, Kierha. Aku tahu kau cintakan Naz. Dia cinta pertama kau. So, aku pasti yang hubungan kau dan dia baik-baik sahaja. Pasal keluarga dia, mungkin kau kena usaha sedikit selepas berkahwin untuk yakinkan Dadda dan Mammi dia yang niat Naz memperisterikan kau adalah keputusan yang membahagiakan anak mereka."

"Kiesha..."

"Serahkan sahaja kepada Allah. Perbanyakkan doa. Jodoh, berpisah 10 hari atau 10 tahun sekali pun... kalau dinamakan jodoh, akan bertemu juga. Yakin pada diri kau sendiri dan Naz. Paling penting sekali, Allah."

"Selesai.Tunggu inai kering. Nanti aku akan mekapkan kau." Sambung Kiesha berpuas hati melihat lakaran henna yang terconteng di jari jemari dan tangannya. Nampak berseri.

"Kiefha, kita ada berapa jam lagi?"

"Jangan risau. Ada banyak masa lagi. Around 4 hours."

"Guys."

"Apa? Jangan nak minta tolong yang pelik-pelik lagi."

"Aku nak pakai tudung untuk majlis ni dan lepas dari majlis ini." Kiesha dan Kiefha memandang antara satu sama lain. "Alhamdulillah. Hal ini boleh diuruskan dengan senang hati." Kata Kiefha.

"Thanks. Kiesha, Kiefha." Dua pipi adik-adiknya dicium tanda terima kasih.

"Assalammualaikum, kami datang nak beraya..." Terjengul empat kepala adik-adik lelaki Kierha. "Kalau tak malu, masuklah..." Usik Kiesha sedang memberikan sentuhan akhir di bibir mungil dia. "Done."

Kaif, Kair, Khalid dan Khaliq masuk terus duduk diatas sofa memandang dia. "So, how... hasil seni Kak Kiesha dan Kiefha?" Soal Kiesha kepada mereka berempat.

Kaif memuji, "You look so beautiful."

"You look so cute." Puji Kair mencuit pipi Kierha.

"You look so pretty." Khalid memuji.

"Kierha, you look like an angel." Khaliq adiknya yang terakhir memuji dia.

"Ambil hati atau ikhlas pujian kau orang ini? Maklumlah, aku tidak ada duit kecil... nak bagi."

"Ikhlas!" Serentak empat-empat adik lelaki Kierha menjawab yakin.

"How about Kak Kiesha dan Kiefha? Cantik tak?" Tanya Kiefha memusingkan tubuh macam Cinderella di lantai tari.

"Erm... bolehlah..." Sengaja Kair nak mengusik kakak dan adik bongsunya. "Kair, jangan jujur sangat lepas ni."

"Cupcakes-cupcakes Papa semuanya cantik-cantik belaka macam puteri-puteri kayangan."

"Papa!" Mereka melihat tubuh Papa yang bersandar selesa di pintu bilik tidur Kierha. Mereka bertiga berlari memeluk tubuh lelaki kesayangan mereka itu. "Mari kita gerak sekarang. Aaron akan bawa helikopter. Jadi, Kiesha dan Kiefha akan naik helikopter. Mama, Papa dan team anak teruna berempat ni akan gerak ke resort naik bot."

"Alright, Papa." Mereka semua keluar dari biliknya.Kiesha mengapit sebelah kanan dia dan Kiefha mengapit sebelah kiri dia.

Dari jauh dia nampak Aaron berdiri di depan helikopter memandang dia. "Baru jelas dekat mata aku yang sahabat aku seorang ni masih perempuan."

"Aaron!" Kierha rasa nak sepak-sepak je mulut Aaron yang memerli dia. "Aaron, awak jangan nak rosakkan hari bahagia Kierha. Nanti saya denda awak."

"Kau nak denda aku apa?" Aaron memandang Kiesha.

"Denda dengan panahan cinta." Terkedu sekejap Aaron. Kierha dan Kiefha sudah gelak terhibur melihat reaksi lelaki itu yang terdiam tidak berkelip mata memandang Kiesha. "Jom, nanti lambat pula." Kiesha masuk ke dalam helikopter dahulu. Kemudian, Kierha dan Kiefha. 

*****

Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now