Episode Tiga

6.6K 344 3
                                    

Bosan! Sudah dua jam dia berada di luar bilik kerja Naz bersama dengan Aaron. Kata lelaki itu tadi, dia perlu uruskan sesuatu urusan. Maka, diminta dirinya untuk bersabar tunggu diluar. "Aaron." Berkali-kali dia memanggil nama Aaron sampai orang kanannya itu malas mahu melayan dia. Malah, lebih fokus menghadap skrin telefon pintar bermain permainan digital PUBG. "Kau rasa Naz lambat lagi ke?" Dia cuba menendang perlahan kaki Aaron.

Aduhai, fokus benar Aaron sampai dia dihiraukan. "Get out!"

Suara guruh Naz itu mengejutkan dia dan Aaron. Mereka terus berdiri tegak dan memandang antara satu sama lain. Tertanya-tanya apa yang sedang berlaku di dalam bilik kerja kekasihnya. Seperti tahu persoalan di dalam minda dia, pintu bilik itu terkuak dari dalam. "Get out!" Bam! Pintu ditutup kasar. Seorang lelaki keluar dengan keadaan yang muka penuh dengan darah. Mengerikan.

"Kau tidak apa-apa?" Saat lelaki itu mendongak kepala memandang kearah dia, Kierha kenal siapa gerangan lelaki itu. "Puaslah hati kau!" Terkedu dia dibuatnya apabila dijerkah begitu tiba-tiba. "Aku tidak tahu apa masalah kau dengan aku. Tapi, aku nak kau duduk sini."

"Bolehlah kau gelak aku puas-puaskan?!"

"Duduk!" Suara Kierha naik seoktaf. Pantang betul mak nenek dia dijerkah tanpa sebab macam itu. Lelaki itu terus duduk seperti yang diarahnya. Mungkin suara kuatnya telah menarik perhatian Dom dan Naz yang berada di dalam bilik kerja. Dom keluar. "Ada apa ni?"

"Dom, dalam markas ni ada besen kecil tak?"

"Ada. Kenapa?"

"Bawakan aku besen kecil tu. Isi air dekat dalam tu dan bawakan beberapa kain bersih."

"Sekarang?"

"Tak. Lusa. Sekaranglah..." Dom pergi melakukan apa yang dipintanya. "Aaron, tolong aku awasi lelaki ini. Jangan kemana-mana." Aaron mengangguk faham.

Kierha menerjah masuk bilik kerja Naz. "Nak apa?!" Terkejut dia dengan jerkahan Naz. Memang hari ni, hari dia kena jerkah ke? "Excuse me?"

"Cinta...?" Naz mendongak kepala saat mendengar suara kekasih hatinya. "What are you doing in here?"

"Sorry. Can I ask for first aid box from you?"

"Yeah, sure. But, why? I mean, for what?"

"Just for someone."

"Something happen?"

"Yeah, kind of. Please, I want it now."

"Tell me first, what is happening?"

Kierha tidak menjawab terus berjalan kearah meja kerja Naz. Tangannya selamba membuka satu persatu laci meja lelaki itu. "Found it. Susah sangat ke nak bagi dekat Kie?"

"Sabar, cinta. I ask you, what for?" Tangan dia dipegang Naz menghalang dia dari kembali ke ruang depan bilik kerja Naz. "Please, I need to help someone first." Pipi lelaki itu dikucupnya lembut.

"Where is Kierha?" Soal Dom diluar yang baru muncul dengan sebesen air. "I;m here. Wait."

Dia keluar dan mengambil besen di tangan Dom dan letakkan pada sebelah lelaki yang cedera itu. "Tahan sedikit." Pinta dia menekapkan kain basah pada luka di muka lelaki itu. Lelaki itu mengaduh pedih tidak tahan dengan sengitan luka yang terkena air dan ubat cuci luka.

"Kierha!" Terkejut Kierha apabila tangannya tiba-tiba ditarik Naz. "What?"

"Belah dari sini, Farouq. Sekarang!"

"Naz, listen."

"Farouq jangan minta aku-"

"Naz..." Nama kekasihnya dipanggil lembut. Tangannya memegang dada Naz dan diusap menenangkan amarah jejaka itu. "Please, let me help him first."

"Dom." Dia berharap orang kanan kekasihnya itu tahu apa yang diingininya. "Kierha."

"Naz... Kierha cuma nak tolong dia."

"Farouq."

"Ya. Kierha cuma nak tolong Farouq. Tak ada niat lain." Naz perlahan-lahan melonggarkan pegangannya. "Thanks." Pipi itu dikucupnya sekali lagi tanda terima kasih.

Naz melihat sahaja tingkah kekasihnya yang lembut dan berhati-hati dalam membersihkan luka Farouq. "Ingat. Luka ni kena biasakan letak ubat. Kalau tak nak kena jangkitan kuman." Macam doktor pakar pula kekasihnya seorang ini memberi nasihat.

Sebelum Kierha ingin pergi, lengan dia dipegang Farouq. Dom memandang Naz. Aduhai, sengaja betul Farouq nak jentik api kemarahan ketua mereka. "Kenapa kau tolong aku?" Soal Farouq.

Menepis tangan Farouq, Naz cepat-cepat menarik tubuh Kierha dalam dakapan dia dipeluk erat. "Jangan sentuh hak aku!"

"Allahu, Naz. Like seriously. What is wrong with you?" Kierha mendongakkan kepala membalas pandangan mata dia. Wajah itu naif benar di depan mata dia. "What is wrong with me? What is wrong with him?! You're mine. Only mine."

"Maafkan atas perlakuan saya, Tuan Naz. Maafkan saya atas sikap biadap saya, Cik Kierha." Farouq menunduk 90 darjah kearah mereka sebelum berlalu. Kierha memanggil nama Farouq. "Ya, Cik Kierha?"

"Aku tidak tahu apa salah aku kepada kau. Tapi, sungguh... niat aku ke sini bukan untuk buat musuh." Farouq senyum dan menundukkan sedikit kepala kearah dia tanda hormat.

"Okay. Now, back to you Mr. Naz. Let go of me. Can you?"

"No. Never." Naik bulu roma Kierha apabila puncak hidung Naz menyentuh kulit leher dia. "I like your smell, cinta."

"Dah tak suci mata aku kalau berlama disini. Jom, Dom."

"Tak nak aku. Nanti kau lepas gian pula dekat aku."

"Bodoh! Aku lurus, okay!" Terlepas tawa dari bibir kecil Kierha melihat Dom dan Aaron berkejaran macam anjing dan kucing.

"Dah lewat dah ni. Mari Naz hantar cinta balik ke pulau." Saat yang dinanti-nantikan Kierha. Tangannya digenggam erat Naz tidak mahu lepas membuatkan dia mengekori sahaja langkah lelaki itu.

*****

Nantikan sambungannya...

TwitterpatedWhere stories live. Discover now