Episode Dua Puluh Enam

5.4K 296 5
                                    

Kierha baring diatas riba suaminya yang dijadikan bantal. Tangan Naz membelai lembut rambutnya. "Abang...."

"Nak apa ni panggil abang cara menggoda macam tu?" Dia hanya tersengih sahaja mendengar soalan lelaki itu. Naz macam tahu-tahu je dia inginkan sesuatu. "Kierha nak abang ikat rambut Kierha gaya fishtail boleh tak?" Matanya dikerdip-kerdipkan menggoda.

"Tapi, abang tak tahu. Kalau tak elok rupanya macam mana?"

"Belajar dulu. Mana tahu dalam perut cinta ni baby girl? Senanglah nanti babbonya nak tolong dandankan rambut." Naz mencuit hidunh dia. "Anak kita dalam ni boys. Tahun depan kita usahakan dapat girls, okay?"

"Abang ni buat cinta macam kilang pula. Tahun ni, ada. Tahun depan, ada lagi." Tangannya pula mencuit hidung mancung suaminya. "Rezeki, cinta. Kalau rezeki, abang tak tolak."

"Please... boleh tak?"

"Cinta sayang..." Naz tidak sampai hati nak menolak tetapi dia memang tidak mahir mendandankan rambut. "Nanti cinta bagi abang upah. Spesial punya upah." Tawaran isterinya menarik minat dia.

"Upah apa, cinta?"

"Abang buat dulu, baru cinta beritahu upahnya apa."

"Cinta...."

"Nak? Atau, tak nak?" Nakal sungguh isterinya mengangkat-angkat kening menyoal. "Kalau tak kemas atau tak cantik, jangan salahkan abang. Janji?"

"Janji. Kalau tak kemas sekalipun, Kierha tetap bagi upah kepada abang macam apa yang Kierha janjikan tadi. Tanda abang usaha nak layan manja cinta." Kierha meyakinkan lagi suaminya. "So...?"

"Fine. Demi cinta." Teruja dia mendengar jawapan Naz. Telefonnya dibelek cuba mencari gambar dan cara mendandankan rambut gaya fishtail untuk memudahkan lelaki itu. "Ni, gambar yang paling mudah difahami dan simple." Dia memberikan telefon bimbitnya kepada Naz yang sudah kembali dengan sikat dan cermin bulat berdiri serta getah rambut.

10 minit kemudian...

"Abang, lama lagi ke?" Mata Kierha dah mula berat. Sudah beberapa kali Naz mengusik rambutnya dan meleraikan semula dandanan. Katanya tidak nampak sama. "Sabar ya cinta..."

"Okay, abang." Tangannya sudah menggosok mata yang gatal. Kepalanya sudah terlentok pada sofa. Rasa terbuai pula apabila rambutnya diusik-usik.

30 minit berlalu...

"Cinta sayang..." Naz memanggil isterinya. Selepas 40 minit, rambut gadis kesayangannya sudah berjaya didandankan mengikut gambar yang diberikan tadi. Gigih.

"Sayang...." Sekali lagi diseru manja gadis kesayangannya. Diam tidak membalas. Geleng kepalanya mendengar dengkuran halus dari bibir isterinya. "Kesian isteri abang seorang ni. Sampai tertidur tunggu abang siap dandankan rambut dia." Naz menarik perlahan tubuh itu biar berbaring selesa diatas sofa itu. Rambut yang cantik didandan diletak kemas tidak mahu dibuka. Biarlah isterinya nampak masa terjaga nanti. "Dah nak masuk pukul 3, mesti cinta laparkan?" Tanya dia mengusap pipi Kierha.

Naz bangun menuju ke ruang dapur ingin menyediakan juadah makanan tengah hari untuk mereka berdua. Bukan tengah hari tapi petang. Dia ingin sediakan chicken chop bersama sos blackpaper dan goreng kentang untuk juadah mereka berdua. Tambahan dengan coleslaw.

Selepas sudah disediakan satu set chicken chop seperti yang direncanakan, Naz membawa juadah itu ke ruang tamu dan letakkan diatas meja kopi. Televisyen dihidupkan dan ditukarkan ke rancangan yang menarik. Lena benar isterinya tidur bagai tidak terusik.

Dia memotong kecil chicken chop itu dicucukkan pada garfu. Lalu, dibawanya ke hidung isterinya. Naz menahan tawa melihat aksi comel isterinya. Hidung Kierha bergerak sikit mungkin sebab dapat mencium bau makanan yang sedap. "Abang, cinta teringin nak makan chicken chop..." Rengek Kierha dalam tidur. Naz tersenyum meletakkan semula garfu diatas pinggan.

TwitterpatedWhere stories live. Discover now