Episode Tiga Puluh Satu

5.3K 324 18
                                    

"Sekali lagi."

"Tapi, Kierha..."

"Sekali lagi!"

"Fine." Bella kembali kepada posisi asal. "Aaron, serang."

"Bella, jangan lari. Lawan balik."

"Masalahnya, serangan Aaron laju."

"Maka, lajukan juga elaknya dan serang semula."

Bella menendang bahu dan perut Aaron sebaik melihat tangan lelaki itu ke depan. "Bagus. Jatuhkan Aaron. Patahkan serangan dia."

15 minit berlalu, antara Aaron dan Bella masih lagi tiada yang mahu mengalah. Kierha hanya menonton dan melihat. Dia nampak kegigihan gadis itu dalam belajar mempertahankan diri dan dia juga semakin rapat dengan Bella. Kalau dulu, perempuan itu ingin sahaja di ditarik-tariknya rambut. Kini, dia meminta sendiri Bella mendandan rambutnya. "Berhenti. Bagus Bella. Ada peningkatan."

"Wohoo!" Seronok gadis itu mendengar pujian daripada dia. Air botol minuman dicampakkan kearah Bella dan Aaron. "Esok macam biasa."

"Kierha, sabar."

"Apa?"

"Kau tak nak jumpa Nazrin ke?"

"Siapa tu?"

"Kierha, seriuslah. Sampai bila kai orang nak bawa diri masing-masing macam ni?"

"Sampai dia sedar sendiri apa salah dia. Tak akan itu pun aku yang nak kena ajar?"

"Nazrin suami kau, Kierha."

"Kalau dia suami aku, dia akan berbincang elok dengan aku baik-baik macam manusia. Tapi, tidak. Dia besarkan ego dia. Lansung tak nak jumpa aku untuk berbincang."

"Kau pun sama tunjuk besar ego kau, Kierha. Kau berdua perlukan antara satu sama lain. Itu. Anak dalam perut kau tu, dia perlukan kasih sayang babbo dia."

"Buat masa ni, biarlah mamma dia je yang berikan kasih sayang. Nak mengharapkan babbo dia, boleh makan hati berulam jantung aku dibuatnya."

Kierha meninggalkan Bella dan Aaron berdua diruang itu. Bella memandang kearah orang kanan isteri Naz. "Kau tak nak nasihatkan apa-apa ke pada Kierha?"

"Bagai mencurah air ke daun keladi. Buang tekak dan tenaga aku sahaja."

"Sedikit pun kau tak nak cuba?" Aaron menggeleng kepala. Bella mengeluh. Tidak tahu cara apa lagi yang perlu digunapakai untuk menyatukan pasangan itu semula. "Jom. Aku hantar kau." Dia bangun mengikuti belakang lelaki itu.

♡♡♡♡♡

"Mana?" Telefon bimbit Bella dirampas oleh Naz. "Gelojoh. Pergi sana pujuk sendiri, kau tak mahu. Lepas tu, tak malu minta aku curi-curi ambil gambar Kierha."

"Pakai duit ke kau setakat minta tolong ambil gambar? Tak kan."

"Yalah." Malas mahu cakap dengan Naz yang masih lagi ingin memenangkan diri. "Jangan lupa hantar gambar tu pada aku."

"Dah. Cuba tengok sendiri dekat Whatsapp."

"Terima kasih. Esok latihan kau macam biasa?"

"Ya. Macam biasa." Bella bangun ingin meninggalkan ruang pejabat Naz.

"Sekejap." Kaki dia berhenti menoleh kearah suami Kierha. "Kau tak nak jumpa Kierha ke, Nazrin?"

Lelaki itu hanya mendiamkan diri tidak menjawab. Bella menggeleng kepala tidak tahu nak cakap apa. "Macam inilah. Sebagai kawan kau yang memang dah kenal kau lama, aku nak pesankan dekat kau... jangan lambat baru kau nak tahu menyesal."

TwitterpatedWhere stories live. Discover now