"Amboi... tadi bukan main takut lagi. Sekarang, semua benda kau yang buat," perli Kamilia Hazel.

"Best juga buat kerja jahat ni. Hihik..." Tersengih Syifa dibuatnya.

"Kau carikan batu cepat. Cari yang besar kalau boleh." Kamilia Hazel menujukan telunjuknya ke suatu arah yang ada batu besar. Syifa mengikut saja arahan, seperti lembu dicucuk hidung.

"Okey sekarang, tolong aku terbalikkan motor ni," arah Kamilia Hazel memegang pedal motor, bersedia untuk menjatuhkan motor yang berat itu perlahan-lahan.

"Ehhhhh! Kejap! Kau seriuslah nak terbalikkan motor dia? Kau tahu kan yang dia sayangkan motor ni lebih dari nyawa dia sendiri. Kau tak takut ke kalau dia... mengamuk?" Syifa tahu, betapa sayangnya Ungku Harraz terhadap motor itu.

"Yes, sayang! That's my point, baby! Sebab dia sayangkan benda nilah, aku nak jadikan motor ni mangsa keadaan. Alahai, setakat tayar pancit, dia mampu pergi mechanic lah. Kau tak payah gelabah sangat. Kau kena ingat yang dia tu anak kepada Tan Sri Ungku Harriz dan Puan Sri Fazura. Dia lebih dari mampu. Ingat tu!" tempelak Kamilia Hazel menunding jari depan wajah Syifa.

"And kau tu pulak menantu kepada Tan Sri Ungku Harriz dan Puan Sri Fazura. Ingat tu!" Kamilia Hazel terkena balik.

Dia mengeluh bosan. Dia tahulah semua tu. Tapi, dendamnya untuk Harraz bukan untuk mom dan dad mentuanya.

"Errr... sudah, tak payah banyak bebel. Tolong aku cepat! Kalau kau tak tolong kawan baik kau ni, maksudnya kau sayangkan Harraz," ugut Kamilia Hazel.

"Hah?! Tak! Aku mana ada perasaan kat dia." Gelabah Syifa terus bangun.

"Tahu tak apa, cepat tolong aku."

Akhirnya, selepas beberapa saat motor Ungku Harraz selamat mencium tanah. Perlu guna tenaga keras masing-masing sebab motor Ungku Harraz boleh tahan besar dan berat.

Kira okey dia jatuhkan kat tanah berumput tau.

Ikutkan kata hatinya versi jahat, dia nak calarkan apa yang patut. Biar Ungku Harraz tahu langit tu tinggi ke rendah. Masalahnya, dia takutlah pulak kalau Ungku Harraz mengamuk betul-betul nanti.

Lebih baik bersederhana dalam membalas dendam. Haha.

"ROXY!" jerit Ungku Harraz terkejut melihat keadaan motornya yang terbaring 'lemah'. Laju langkah kakinya mendapatkan motor yang disayangi.

"Astaghfirullah... manusia mana yang berani buat benda terkutuk ni? Ish ish ish... innalillah buat Roxy. Ayuh kita menadah tangan bersama dan mendoakan arwah ditempatkan di dalam kalanga..."

"Diam do Anaqi! Kau nak kena bunuh dengan Harraz ke? Baik kau tutup mulut kau. Dia tengah tak ada mood tu," marah Raizal menyiku bahu Anaqi.

Ungku Harraz menjeling kawan-kawannya yang berdiri tidak jauh darinya. Ungku Harraz hampir mengalirkan air mata namun 'tubuh' Roxy paling penting untuk diselamatkan.

Dia mengangkat motor lalu menongkatnya. Hingus yang terasa meleleh di saluran hidung dilap menggunakan tapak tangan.

"Hazel..." Ungku Harraz menggenggam kepalan penumbuknya.

Cuma nama Kamilia Hazel yang terbit di fikiran saat ini. Dia sangat yakin ini perbuatan keji Kamilia Hazel.

"Ni mesti ada yang jealous dengan kehandsomean kau ni." Iskandar datang menegur dengan sengihan untuk Ungku Harraz.

"Banyaklah korang! Kau nampak ni ada calar kat tepi. Cermin aku ni senget. Tayar depan belakang pancit habis. Sepanjang aku dengan Roxy selama 3 tahun ni, tak pernah lagi tau benda-benda macam ni berlaku. Aku jaga dia dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh," luah Ungku Harraz penuh emosi.

Dia memang tak boleh bab motornya itu.

Roxy kesayangan.

"Tak payah nak drama sangatlah. Muka kau dah macam pondan menangis. Kau baliklah dulu. Abang aku kan mechanic. Kejap lagi aku call dia ambil motor kau. Dia mesti boleh tolong punya. Apa-apa nanti, aku roger kau," kata Iskandar ikhlas ingin menolong.

Kebetulan pula abangnya seorang mechanic.

"Thanks do Is. Kau memang kawan yang baik. Bukan macam dua ekor kat belakang aku ni."

Tersentak Anaqi dan Raizal bila nama mereka disebut. Masing-masing menyalahkan diri masing-masing. Ungku Harraz mencangkung bersebelahan tayar Ysukunya.

"Eh Raz, aku tak cakap apa-apa pun. Anaqi ni yang melebih." Bahu Ungku Harraz disentuh oleh Raizal, memujuk.

"Raz, kau janganlah cakap macam tu. Kata member," pujuk Anaqi pula.

Ungku Harraz tidak membalas kerana matanya tidak lepas dari memandang Roxy, motor kesayangannya.

"Bye sayangku Roxy." Bahagian depan motor, Ungku  Harraz belai perlahan sebelum melepaskan ciuman di situ.

"Aku faham perasaan kau Raz. Sabar ye." Anaqi menepuk-nepuk bahu Ungku Harraz memberi sokongan.

Dia faham yang Honda CBR500R ni milik Ungku Harraz seorang saja. Ungku Harraz memang cintakan motor itu. Lagi-lagi terpaksa berjauhan. Tak sanggup Harraz!

"Ah sudahlah kau! Tadi kau dah innalillah kan dia..." ungkit Ungku Harraz.

Anaqi tersengih kerang busuk.

"Hmm, aku gerak dulu ah. Jumpa esok." Ungku Harraz bangkit berdiri salam bro dengan rakan-rakannya.

"Okay , bye bro." Mereka masing-masing membalas salam bro sebelum beredar dari tempat parkir motor.

Ada juga yang pulang dengan motor masing-masing. Ungku Harraz terpaksa balik dengan Pak Ucop lah nampaknya.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now