"Bye! Harraz tak nak lambat ke sekolah. Goodluck Hazel! Jangan lambat tau. Aku tunggu kau kat kelas." Dia berlalu keluar dari rumah banglo untuk ke sekolah bersama sisa tawa.

Tan Sri Ungku Harriz bangun lalu berjalan keluar juga meninggalkan Kamilia Hazel bersama isterinya.

Puan Sri Fazura menenangkan Kamilia Hazel yang bernafas tak teratur tetapi tangan gadis itu setia menggaru wajah yang gatal. Geram dengan perangai Ungku Harraz yang jahat.

"Tak guna punya Harraz..." Selebihnya, dia maki Ungku Harraz dalam hati.

"Si Harraz ni memang nak kena. Tunggu dia balik nanti, siap mom cencang. Sorry ye Hazel." Puan Sri Fazura mengusap bahu Kamilia Hazel.

Dia hanya memandang Kamilia Hazel yang menggaru wajahnya tanpa henti.

"Mari mom bersihkan muka Hazel. Lepas tu, Haz siap ke sekolah." Puan Sri Fazura menarik tangan Kamilia Hazel untuk ikut dia ke bilik air.

Siap kau Harraz! Tahulah apa aku nak buat nanti! Tekadnya di dalam hati. Kamilia Hazel ingin balas dendam. Suami tak suami, kau yang cari pasal dengan aku dulu!

         KAMILIA Hazel berlari dengan pantas sebelum pagar sekolah ditutup. Kamilia Hazel mengeluh penat. Tak sempat nak masuk. Jam pun dah pukul 8 pagi. Habislah dia kena pergi bilik disiplin.

Ni semua pasal mamat sewel tak guna tu!

"Eh Hazel?" Andra menegur sambil memandang Kamilia Hazel yang tercungap-cungap mencari nafas.

"Andra, bagi saya masuk sekarang please. Saya dah lambat ni." Kamilia Hazel memegang pagar itu, nada suaranya merayu.

"Emm... okey kejap." Andra menarik pagar sekolah sehingga separuh terbuka.

Andra berkerut melihat wajah Kamilia Hazel yang memerah. Nak tanya, takut dilabel penyibuklah pula.

Beberapa pengawas yang lain dipandang sekilas. Ada di antara mereka melihat jam ingin mengisyaratkan bahawa pelajar yang lewat harus dibawa ke bilik disiplin. Malang nasib Kamilia Hazel, cuma dia seorang sahaja yang lewat hari ini.

"Hmm... saya minta maaf. Saya kena bawa awak ke disiplin. Saya..." Sebersalah Andra menyampaikan kata-katanya.

"Tak apa, saya faham." Kamilia Hazel mengikut Andra Rifzal.

"Hari ni, kalau awak free kita stay sampai petang nak? Study kat library." Sambil mereka berjalan menuju ke bilik disiplin, Andra sempat berbual kosong dengan Kamilia Hazel.

Mendengarkan perkataan perpustakaan pun dia dah tak mampu apatah lagi nak pergi perpustakaan. Teringat kes semalam. Ergh!

"Errr... saya bukan tak nak tapi mak cik saya ada nak buat aktiviti dengan saya balik ni. Mungkin nak ajak saya keluar shopping ataupun jogging dekat taman." Satu kelas dah tahu yang umi dan daddynya ke London.

Andra membuat mulut bentuk 'o'.

"Tak apalah kalau macam tu. So, awak masuk bilik ni lepas tu awak pergi dekat cikgu Rosniza and dia akan isi borang kedatangan lewat pelajar. Nanti masuk kelas, awak letak dekat dalam buku rekod pelajar lewat. Saya minta maaf lagi sekali Hazel. Sebenarnya, saya berat hati..." Andra membukakan pintu bilik disiplin untuknya.

Kamilia Hazel tersenyum nipis.

"Tak ada hal lah, Andra. Saya faham. Dah memang tugas awak kan." Kamilia Hazel melemparkan senyuman manisnya kepada Andra.

Langsung tak ada rasa nak simpan dendam terhadap lelaki itu. Andra tak pernah sakitkan hatinya. Lelaki itu sudah banyak menolongnya saat dirinya dibuli Tiara. Tak ada sebab untuk dia membenci Andra hanya kerana lelaki itu membawanya ke bilik disiplin.

Lagipun, ini semua bukan salah Andra. Ini semua salah Ungku Harraz! Penyebab dia lambat!

"Bye Hazel." Andra membalas lambaian sehingga tubuh gadis itu menghilang.

Dia menghembus nafas serba salah kemudian berlalu pergi dari situ. Memanglah kena rasa bersalah. Dia sayangkan Kamilia Hazel. Kalau boleh dia tak mahu Kamilia Hazel rasa sedih walau sekalipun bila dengannya.

"Aik Hazel. Tak pernah-pernah awak datang lambat ni?" Sejurus dia berdiri di hadapan meja Cikgu Rosniza yang garang itu, terus dia disapa soalan.

Kamilia Hazel setakat garu kepala.

"Kenapa dengan muka awak Hazel?" soal Cikgu Rosniza.

Kamilia Hazel menyentuh wajahnya sebelum tersengih.

"Alergi, cikgu," tipu Kamilia Hazel.

Ergh, dasar mamat sewel! Habis berjerawat muka aku! Marah Kamilia Hazel hanya di dalam hati.

"Saya minta maaf lagi sekali sebab lambat cikgu."

"Tak apa. Lagipun, ini kali pertama awak. Cikgu maafkan cuma nama awak akan ada dalam maklumat pelajar datang lewat. Lain kali jangan ulangi ya? Awak tu pelajar harapan sekolah ni." Cikgu Rosniza berkata penuh harapan sambil menghulurkan surat yang baru saja diisi kepada Kamilia Hazel.

"Saya janji perkara ni takkan berulang," kata Kamilia Hazel tersenyum dan mengambil surat yang sudah diisi oleh cikgu Rosniza.

"Awak boleh masuk kelas." Pagi-pagi Cikgu Rosniza mengukir senyuman untuk Kamilia Hazel.

Okey, first time dia tengok Cikgu Rosniza yang dikatakan garang macam harimau itu senyum kepadanya.

Kamilia Hazel keluar dari bilik disiplin dengan kerutan. Ah, baik jangan rosakkan mood dia.

Sampai sahaja di dalam kelas, seluruh kelas memandangnya. Aduu malunya! Dahlah cikgu tengah mengajar kat depan. Dengan cikgu-cikgu sekali pandang macam nak telan.

Cikgu Faiq berhenti menulis pada papan putih dan hanya memandang Kamilia Hazel yang tercegat di hadapan pintu kelas. Kamilia Hazel menundukkan pandangan.

"Cepat-cepat duduk. Saya ada banyak lagi nak terangkan untuk percubaan SPM kamu semua. Jangan buang masa kamu." Cikgu Faiq menyuruh Kamilia Hazel ke tempat duduknya.

Kamilia Hazel berjalan ke tempat meja guru untuk meletakkan surat kedatangan lambatnya ke sekolah yang diisi oleh cikgu Rosniza tadi.

Dia menuju ke tempat duduknya di sebelah Ungku Harraz, manusia tidak bertauliah. Eee semak!

"Alamak, how can an avatar datang sekolah?" bisik Ungku Harraz ketawa kecil, mengejek Hazel di sebelahnya.

"Diamlah Harraz. Kau tunggu apa nasib kau nanti."  Kamilia Hazel membalas bisikan.

"Tahu tak apa yang aku rasa Hazel? Aku rasa takut sangat. Aku tak pernah tengok avatar in real life," ejek Ungku Harraz dalam keadaan berbisik juga.

Kamilia Hazel tersenyum sinis.

Kau memang tak sayang motor mahal kau tu kan, Harraz. Siap kau!

Cinta Yang Kau Benci✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن