"CIKGU, kitaorang ni terperangkap. Terkunci dalam tu. Tak ada masa lah nak buat benda bukan-bukan kat dalam tu," tukas Ungku Harraz bila Cikgu Rosniza seperti tidak percaya akan mereka.

Walaupun dia dan Kamilia Hazel sudah terangkan perkara sebenar. Dari mula sehingga tamat. Cikgu Rosniza pula tayang muka tak mahu percaya.

Muka ragu-ragunya sejak tadi terpamer, buat sakit hati Kamilia Hazel dan Ungku Harraz saja. Bukan mereka minta semua itu berlaku.

"Yeke? Kamu pasti kamu berdua tak buat apa-apa?" Cikgu Rosniza sengaja nak takutkan Ungku Harraz dan Kamilia Hazel.

"Lah... nak buat apa pula saya tipu? Si Hazel ni ada apa aje? Cikgu tengoklah dia ni. Keding. Siapa aje nak bernafsu dengan dia ni?" Jelingan dilemparkan ke arah Kamilia Hazel sambil memeluk tubuhnya.

Kamilia Hazel yang menyedari bahawa suaminya itu sempat mengutuk dirinya, memandang tajam dan tidak puas hati.

"Kau ni kan, dari tadi tau kurang ajar. Lapar pelempang sulong aku ke apa? Kau ingat aku nak sangat ke terkunci dengan kau kat dalam tu? Dahlah tidur mati. Solat pun nak orang yang..."

"Bla bla bla." Ungku Harraz mengejek gadis itu.

"Iey, kau ni..." Kamilia Hazel teragak-agak untuk menumbuk Ungku Harraz sekarang juga.

"Dah sudah! Tak payah nak bergaduh dekat sini. Saya ada call parents kamu berdua untuk diaorang datang dan bincang." Cikgu Rosniza menggeleng kepala melihat dua insan itu saling membelakangi antara satu sama lain.

"Bincang apanya cikgu? Sah-sah kitaorang terkunci. Bukan sengaja kuncikan diri. Apa yang susah sangat? Sekolah ni kan ada cctv merata-rata tempat. Kalau cikgu tak percaya sangat, jom kita tengok rakaman cctv kat dalam library sekolah tu sekarang. Saya boleh bukti kat cikgu yang kitaorang ni innocent. Plus, saya tak cabul perempuan ni pun. Tengok muka dia pun tak ada selera." Ungku Harraz meluahkan rasa.

Benda kecil begini tak usah kut nak dibesar-besarkan.

Cikgu Rosniza kenal sangat dengan perangai Ungku Harraz. Dia setakat geleng kepala dan abaikan kata-kata remaja itu.

"Cikgu, umi dengan daddy saya ada di London. Jadi..." Kamilia Hazel cuba memberitahu perkara yang sebenar.

"Ya, saya dah sedia maklum tentang tu. Dan saya juga sedia maklum bahawa kamu berdua sudah berkahwin. Jadi, Hazel duduk di rumah keluarga mentua awak, kan?" ujar Cikgu Rosniza lancar.

Terkejut Kamilia Hazel turut Ungku Harraz bila hal perkahwinan dan status suami isteri mereka sudah diketahui oleh cikgu. Perlahan-lahan, Kamilia Hazel anggukkan kepala membenarkan kata-kata cikgunya itu.

"Kamu berdua jangan risau. Cikgu takkan sebarkan tentang hal perkahwinan ni sebab cikgu faham korang tak nak sesiapa tahu tentang ini kan? Tapi, guru-guru yang lain semua dah tahu dan kami akan jaga privasi korang. Cikgu cuma nak ucapkan tahniah pada korang berdua. Benci-benci, akhirnya kahwin juga," ucap Cikgu Rosniza dalam senyuman penuh makna.

Dari awal lagi dia sudah merasakan yang Ungku Harraz dan Kamilia Hazel sesuai antara satu sama lain. Tulah, gaduh lagi kan dah kahwin.

"Tak perlu tahniah bagai. Saya bukannya nak sangat kahwin dengan minah tomboy ni. Terpaksa aje." Jeling Ungku Harraz.

"Ingat aku nak sangat ke?" soal Kamilia Hazel pula. Dia juga memeluk tubuh. Geram dan menyampah dengan perangai Ungku Harraz yang biadab dan sombong.

"Harraz... Hazel, you guys okay?" Puan Sri Fazura datang tiba-tiba lantas memeluk anak dan menantunya.

Kamilia Hazel memandang Ungku Harraz di sebelah dan dibalas dengan jelingan dari Ungku Harraz.

"Hazel okey," balas Kamilia Hazel tidak mahu mak mentuanya risau.

"Okey apa? Entah siapa entah yang pergi kunci pintu library tu. Tak pasal pasal Harraz kelaparan dekat dalam tu plus panas!" adu Ungku Harraz pula membentak.

Cis, macam orang perempuan merungut banyak sangat. Kamilia Hazel pula yang tenang dan tak kalut.

"Harraz, can you please shut up!" Puan Sri Fazura memberi amaran.

"Okay fine!" Ungku Harraz mengalah. Dia berdiam.

"Tan Sri, Puan Sri... saya minta maaf bagi pihak sekolah. Sebenarnya, semalam saya denda Hazel dan Harraz kemas perpustakaan kami sebab mereka berdua penyebab library sekolah bersepah. Mungkin salah kami juga pintu tu terlock sendiri sebab kami dah set pintu tu. Maafkan saya lagi sekali, Tan Sri dan Puan Sri." Cikgu Rosniza berasa kesal.

"Patutlah pun. Pihak sekolah punya angkara, aku jadi mangsa," bebel Ungku Harraz melampau.

Puan Sri Fazura yang terdengar omelan tak beradab anaknya menjeling tajam ke arah Ungku Harraz.

"Tak apalah, asalkan anak-anak saya selamat." Puan Sri Fazura berkata sambil masih bertanyakan kepada Kamilia Hazel sama ada okey atau tidak.

"Lucky I'm fine and still alive." Bersahaja Ungku Harraz kata dengan niat ingin memerli cikgu.

"So cikgu, bolehlah saya bawa balik anak dan menantu saya?" soal Tan Sri Ungku Harriz kepada Cikgu Rosniza.

Sebenarnya, ini semua antara salah satu rancangan Puan Sri Fazura sendiri untuk merapatkan hubungan antara Kamilia Hazel dan Ungku Harraz. Mereka berdua sahaja yang masih lalai, tidak sedar yang sebenarnya apa yang terjadi adalah sesuatu yang sudah dirancang dan memang disengajakan.

"Ye boleh. Sebab diaorang pun tak makan apa lagi lepas tu tak mandi lagi. Saya benarkan Harraz dan Hazel baliklah untuk rehat." Cikgu Rosniza tersenyum kepada Puan Sri Fazura.

"Terima kasih ye cikgu," ucap Tan Sri Ungku Harriz.

"You're welcome Tan Sri."

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now