50 장

419 29 20
                                    

---

"Jinjoo~"

Mendengar sahaja namanya dipanggil dengan nada manja , bayi perempuan yang sedang menangis di tempat tidurnya itu menoleh ke kanan selepas melihat figura Junhoe. Bibir kecilnya mengerucut sedih.

Namun , perlahan-lahan keriangan si kecil itu mulai menguntum apabila Junhoe mendekatinya.

Mencium Jinjoo di hampir serata wajahnya , mengemam pipi tembam kanak-kanak itu dan mengucup kedua-dua belah telapak tangan dan kaki kecil itu sudah menjadi penawar kepada tangisan bayi itu.

Joohwan yang sudah kembali terlena setelah diberikan susu pula tidak banyak ragamnya jika dibandingkan dengan Jinjoo.

Jinsang melabuhkan punggungnya di sisi katil.

"Sudahlah tu. Jinjoo kena tidur semula , kan sayang?"

Sementara Jinsang menyusukan anak perempuan mereka , Junhoe menatap dua insan itu dengan senyuman.

Kebahagiaan yang diperoleh setelah bersama-sama bersusah payah menempuh dugaan dan ujian Tuhan diharap akan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Junhoe berjanji ,  keluarga ini akan menjadi keutamaannya setiap masa.

---

"Awak tu kalau tak membebel , tak boleh ke? Penatlah saya dengar leteran awak siang dan malam."

"Mana saya tak bising , June? Awak tu terlalu keras bekerja. Saya kasihan dengan anak-anak kita yang asyik tunggu awak balik setiap malam. Bila saya minta izin nak keluar cari kerja , awak marah."

"Memanglah saya tak suka. Awak tak tahu ke berapa ramai lelaki yang terkejar-kejarkan awak sekarang ni?"

"Cakap sajalah awak cemburu , June. Awak memang tak suka saya dekat dengan lelaki lain , kan?"

"Sudahlah. Saya malas nak layan awak."

Junhoe menghempas dedaun pintu utama. Jinsang menghentakkan kakinya naik ke bilik.

Di sisi lain , Jinjoo yang sedari tadi bersembunyi takut di belakang abangnya kini memunculkan diri. Tangannya masih mencengkam erat baju Joohwan yang sama-sama mengintai pertelingkahan ibu bapa mereka tadi.

"Oppa.."

Joohwan kecil menatap ke dalam mata bundar milik Jinjoo. Sedih kanak-kanak perempuan itu melihat ibu bapa mereka yang sering bertikam lidah sejak kebelakangan ini.

"Kita minta tolong Hanbin ahjusshi?"

Jinjoo hanya mengangguk lemah. Joohwan memimpin tangan adiknya menuju ke tempat di mana terletaknya telefon rumah mereka. Helaian kertas pada buku kecil di samping alat telekomunikasi itu diselak satu demi satu.

"Jumpa!"

Joohwan mengusap kepala Jinjoo dengan bangganya. Nombor telefon Hanbin didail.

"Yeobuseyo?"

"Ahjusshi.."

"Joohwan?"

"Omma dan appa gaduh lagi."

---

"Joohwan.. Jinjoo.."

Dua susuk tubuh kecil itu menghilang lagi. Entah di mana pula mereka bermain. Puas Jinsang mencari mereka. Langkahnya terhenti tatkala melihat pintu utama yang tidak bertutup rapat.

Ketika dihampiri dan diperiksa , pagar kediaman itu juga tidak berkunci. Jinsang panik.

"Joohwan! Jinjoo!"

---

"Ini semua salah awaklah. Biarkan mereka main berdua tanpa pengawasan."

Jinsang menangis. Walau sekeras mana pun dia hendak menafikan kenyataan Junhoe , kata-kata lelaki itu juga ada benarnya.

Melihat Jinsang menangis begini meruntunkan hati Junhoe. Bukan niatnya untuk memburukkan keadaan Jinsang , dia hanya tidak mahu isterinya cuai lagi.

Enam jam setelah kehilangan Joohwan dan Jinjoo tidak membolehkan mereka membuat laporan polis.

"Mungkin mereka pun dah bosan tengok kita bergaduh."

Junhoe menarik bahu Jinsang. Mereka berpelukan sambil berdoa semoga Joohwan dan Jinjoo kembali.

Telefon Junhoe berdering. Panggilan daripada Hanbin diangkat secepat mungkin.

"Kau dah jumpa mereka?"

---

"Junhoe dan Jinsang dah sampai.."

Ketika pasangan itu tergesa-gesa melepasi pagar utama , Hanbin dan Jaehee turut datang menghampiri mereka.

"Mana Joohwan dan Jinjoo?"

Hanbin dan Jaehee saling berpandangan. Bibir mereka kemudiannya menguntumkan senyuman.

"Omma .. appa.."

Kedua-duanya memutarkan tubuh mereka. Hati Jinsang dan Junhoe sama-sama menghangat apabila melihat sejambak bunga yang dipegang pasangan kembar itu.

"Selamat ulang tahun.."

- END -

Maaf sebab ambil masa yang lama nak update ending ni. First , sebab ada masalah peribadi sampai tak ada mood nak menulis. Second , sebab tak ada idea untuk ending.

Apa-apa pun , fanfic ni dah complete. Jangan lupa tinggalkan jejak lepas baca OFFSTAGE! <3

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now