03 장

335 37 40
                                    

---

Jinsang cemas tatkala menyedari bahawa dirinya kini terkurung dalam kegelapan. Anggota tubuhnya yang terasa pegal tidak dapat digerakkan sungguhpun dengan berkali-kali cubaan.

"Jinsang?"

Wanita itu seolah-olah terpanggil dengan suara yang pertama kali dia dengari.

"Awak dengar suara saya kan , Jinsang? Bangunlah. Saya tahu awak kuat , sayang."

Sayang?

Sifat ingin tahu Jinsang semakin mengelirukan dirinya. Sebelah tangannya yang gagal digerakkan sebentar tadi dirasakan begitu suam dengan setiap deruan nafas hangat Junhoe.

Dengan segala kudrat yang Jinsang ada , wanita itu perlahan-lahan mengangkat kelopak matanya.

Penglihatan Jinsang yang pada awalnya kabur kini terang dan jelas setelah kornea matanya mulai terbiasa dengan cahaya di sekeliling mereka.

Visual Junhoe menjadi imej pertama yang dia lihat. Lelaki yang berbadan maskulin , mempunyai alis hitam tebal juga bibirnya yang menggoda.

"Sayang... ini saya , Junhoe."

Menyangka Jinsang masih keliru dengan persekitarannya , Junhoe hanya tersenyum. Matanya kian berkaca-kaca melihat wanita yang dicintainya kembali sedar dari koma. Wajah Jinsang dibelai lembut.

Namun , sepertinya ada sesuatu yang tidak kena pada Jinsang. Matanya sedang menatap Junhoe dengan cara yang susah untuk dijelaskan.

Tidak sedar akan dirinya yang semakin hanyut dalam imaginasi , Jinsang dengan berani menanggalkan alat bantuan pernafasan yang membuatkan dirinya lemas.

"Siapa awak? Saya tak pernah kenal dengan mana-mana lelaki yang bernama Junhoe."

Jinsang bersuara lemah. Biarpun nada suaranya perlahan umpama sedang berbisik , kenyataan wanita itu sudah cukup mendukacitakan. Junhoe terduduk semula di atas kerusinya.

Dengan berhati-hati , Junhoe menyoal isterinya.

"Jinsang , awak.... dah tak ingat saya lagi ke? Saya ni suami awak.."

Suara Junhoe bertukar serak. Lagi dan lagi Tuhan menguji cinta mereka.

"Tak."

---

"Sekarang , angkat kaki kanan awak perlahan-lahan."

Jinsang hanya mengikut arahan doktor tanpa suara. Junhoe duduk di sisinya dan memerhatikan mereka dengan tekun. Syukurlah , Jinsang tidak mengalami kelumpuhan setelah pembedahan itu dijalankan.

"Ikut jari saya dengan mata awak."

Jinsang melalukannya dengan baik sekali. Dia semakin pulih , tentunya. Tidak sia-sia Junhoe diberhentikan kerja kerana mengambil cuti terlalu lama. Dia gembira kata-kata semangat yang diberikan olehnya sepanjang Jinsang koma membuahkan hasil.

"Bagaimana dengan kepala awak? Ada rasa sakit lagi ke?"

Wanita itu menggeleng. Usai menjalankan pemeriksaan itu , Junhoe dipanggil ke pejabatnya.

"Isteri encik dalam keadaan baik. Dia juga tak lumpuh selepas pembedahan tu."

Junhoe menunduk. Dia seharusnya bersyukur dengan kenyataan bahawa Jinsang hampir pulih seperti sedia kala. Tetapi entah mengapa , perasaannya bercampur-baur mengingati semula bagaimana dinginnya Jinsang terhadap lelaki itu.

"Tapi isteri saya hilang ingatan , doktor.. dia dah tak ingat saya. Dia juga tak ingat yang kami pernah bercinta."

Junhoe meraup wajahnya kecewa.

"Sabarlah. Saya yakin ingatan dia akan pulih jika encik beri Puan Jinsang lebih perhatian dan kasih sayang. Bukankah itu apa yang pasangan bercinta lakukan untuk kekasih mereka? Cuba bawa Puan Jinsang ke tempat-tempat istimewa atau beri dia lihat gambar di masa lampau dia. Itu selalunya membantu."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now