19 장

180 30 8
                                    

---

Sukar untuk Hanbin melelapkan matanya dan berpindah ke alam mimpi yang penuh dengan fantasi.

Dia letih. Namun , setiap kali kelopak matanya cuba dipejam , luahan hati Jinsang kembali menghantui fikiran Hanbin. Jarum jam di dinding bilik tidur pasangan suami isteri itu kini menunjukkan angka 3.

Dan Hanbin masih terjaga.

Hanbin pantas menoleh ke belakang apabila tangisan Jaehee kedengaran di sampingnya. Tubuh kekar milik lelaki itu turut dipusing menghadap isterinya. Ketika itu , wajah Jaehee sudah mula dibasahi dengan linangan air mata.

"Hanbin.. Hanbin.."

Lengan Jaehee ditepuk perlahan. Tidak cukup dengan itu , Hanbin turut menggoncang tubuh si isteri. Hasilnya , Jaehee terjaga dengan tubuhnya yang menggigil teruk.

"Awak mimpi buruk ke?"

Nafas Jaehee berbunyi aneh. Hanbin terburu-buru menarik laci di sisi katil mereka untuk mencari inhaler. Hatinya mengutuk keras apabila dia mendapati bahawa alat bantuan pernafasan itu tiada di sana.

"Jaehee-ah.. buat macam apa yang saya dah ajar. Bawa bertenang. Ikut saya tarik nafas dan lepas. Buat perlahan-lahan."

Sambil berpegang pada tangan Hanbin , pasangan itu saling merenung ke dalam anak mata masing-masing. Secara spontan , Jaehee bernafas perlahan mengikut rentak Hanbin.

Air matanya mengalir lagi. Ibu jari Hanbin masih kekal di sana untuk mengesat bersih wajah Jaehee.

"Well done , chagi."

Tubuh itu ditarik pula ke dalam pelukannya.

"Saya mimpi awak tinggalkan saya..."

Mendengarkan hal itu , Hanbin terdiam sejenak.

"Awak pun tahu yang saya betul-betul cintakan awak , Jaehee. Kalau saya buat begitu , saya memang bodoh sebab tinggalkan wanita sesempurna awak."

---

"Ke mana kau pergi malam tadi? Puas aku dan Jaehee cuba hubungi kau."

Junhoe diam. Soalan Hanbin dibiarkan tidak berjawab. Dia tampak kusut dan resah. Jarang sekali mereka melihat Junhoe dengan angin yang sebegini. Jaehee dan Hanbin sama-sama menyimpan kerisauan yang mereka rasai.

"Aku kena buang kerja."

Junhoe menjawab datar.

"Jadi , kau menganggur?"

Junhoe mengangguk lemah. Jaehee dan Hanbin saling berpandangan. Mereka tahu , Junhoe sentiasa mengalami saat-saat sukar untuk memberikan kesenangan dan kebahagiaan buat Jinsang.

Lelaki itu diuji lagi kali ini. Hanya disebabkan dia tidak menghadiri kerja untuk beberapa hari kerana menemani Jinsang di hospital tempoh hari , hal itu dijadikan alasan untuk memberhentikannya.

Alasan majikannya , Junhoe tidak profesional dan mencampur adukkan hal peribadi dalam menjalankan pekerjaannya.

"Jangan risau. Aku akan tolong kau cari kerja baru. Lagipun , aku kan ada ramai kenalan bisnes."

Hanbin cuba menceriakan Junhoe dengan senyumannya.

"Thanks..."

---

"Lagu ni menyakitkan hati lah."

Hairan melihat Junhoe yang tiba-tiba senyap pada hari itu , Jinsang bersuara. Tangannya sibuk menekan punat-punat kecil di sana untuk menukar siaran radio.

Jinsang mengeluh berat. Lagu cinta yang dimainkan di radio membuat wanita itu naik muak mendengarnya.

"Jangan nak sentuh macam-macam. Rosak nanti."

Teguran Junhoe langsung tidak diendahkan. Jinsang sengaja memancing perhatian Junhoe dengan tindakan keras kepalanya.

"Saya cakap.. berhenti."

Junhoe mencengkam tangan Jinsang. Anak mata mereka saling terkunci.

"Junhoe! Tengok depan!"

Junhoe memusingkan stereng dan menyebabkan kereta yang dinaiki mereka hampir terbabas menghentam batang pokok di tepi jalan.

Junhoe bernafas tidak keruan. Jinsang pula terdiam dengan kepalanya yang tertunduk.

"Jinsang? Jinsang.."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now