28 장

184 29 4
                                    

---

Setelah berjam-jam dia menangis kerana Hanbin , Jaehee akhirnya menemui jalan untuk menenangkan dirinya sendiri.

Mata serta hidungnya dilihat kemerah-merahan sementara wajah wanita itu pula masih dibasahi dengan sisa air matanya.

Jaehee mengambil peluang untuk berselubung di bawah selimut tebalnya. Hendak duduk pun sudah tidak terdaya. Jaehee letih. Benar-benar letih.

"Omma?"

Wonbin memanggil Jaehee lembut. Kanak-kanak itu kemudiannya berlari ke dalam bilik Jaehee sebelum memanjat katil tempat si ibu sedang berbaring lelah.

"Omma nangis?"

Melihat bahu Jaehee yang kini terhincut-hincut cuba mengawal esakannya , Wonbin menarik lengan si ibu agar segera memusingkan tubuh daripada terus membelakangi kanak-kanak itu.

Tindakan Wonbin selepas itu berjaya menyentuh hatinya. Tangan kecil Wonbin dikalungkan pada batang leher Jaehee.

Belakang kepala ibunya diusap penuh kasih sayang sebagaimana yang sering dilakukan oleh Hanbin.

Anak kecil seusianya juga pasti tidak tahu-menahu tentang membalas budi ibu bapa mereka dengan menunjukkan kasih sayang yang tidak terbatas.

Untunglah , Wonbin seringkali memerhatikan ibu bapanya di rumah. Dia kagum melihat cara Hanbin melayan ibunya dengan penuh kebahagiaan dan kemesraan

"Omma janganlah nangis , ya? Omma kan ada Wonbin.."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora