44 장

196 25 12
                                    

---

"Maaf bertanya.. suami puan masih outstation ke? Saya tertanya-tanya juga sebab puan tak pernah bawa suami puan datang ke sini untuk check up."

Dalam ketidakselesaan Jinsang pada saat itu , jari-jemarinya diramas antara satu sama lain. Sulit untuk Jinsang menjelaskan perasaannya apabila soalan seperti itu ditanyakan.

"Y-ya.."

Jinsang cemas apabila menyedari bahawa dia baru sahaja tergagap semasa menjawab soalan tersebut.

Melihat kedutan di dahi doktor wanita itu yang kini menunjukkan kehairanannya , Jinsang bertambah panik.

"Tak mengapalah kalau begitu. Boleh kita teruskan pemeriksaan seperti biasa?"

Jinsang mengangguk lemah.

---

Wanita itu pulang seperti biasa. Namun pada hari ini , Jinsang kelihatan lesu dan kurang bermaya. Barangkali kerana dia masih belum pulih sepenuhnya daripada demam.

"Junhoe?"

Tiada sahutan kedengaran. Jinsang meletakkan barang dapur yang dibelinya sebentar tadi di atas meja makan.

Sepucuk surat di sana berjaya memancing perhatiannya. Kebetulan pula Junhoe sedang menuruni anak tangga untuk ke dapur.

"Borang penceraian?"

Jinsang mengangkat wajahnya. Sampai sahaja di anak tangga yang terakhir , Junhoe tidak lagi meneruskan langkahnya.

"Ini yang awak nak , kan Jinsang? Lagipun , awak dah tak cintakan saya macam dulu. Saya rasa lebih baik kita berpisah dan bawa haluan masing-masing selepas ni."

Berpisah adalah perkara yang paling Jinsang takutkan. Dia tidak mahu anak di dalam kandungannya ini kelak tidak merasai kasih sayang ayah kandungnya sendiri.

"Jangan cakap macam tu , June. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Jangan tinggalkan saya , jebal.."

Tubuhnya menggigil. Tangisannya diperdengarkan ㅡ cuba meraih simpati Junhoe.

"Jinsang.. saya tak rasa yang boleh jaga awak lagi. Saya dah gagal sebagai seorang suami yang sepatutnya membimbing awak. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dari saya boleh beri awak kebahagiaan.."

"Tapi saya hanya perlukan awak! Saya nak awak!"

Junhoe terkedu mendengar kenyataan itu.

"Saya minta maaf , Jinsang. Saya memang lelaki yang teruk."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now