06 장

258 31 18
                                    

---

Dengan berhati-hati , Junhoe meraih lembut tangan kecil Jinsang yang sedang terlena di hadapannya.

Syukurlah doktor segera memberikan Jinsang ubat tidur setelah dia mengadu sakit kepala. Junhoe tidak sampai hati untuk melihat suri hatinya terus menahan sakit sendirian. Tangan itu ia kucup berkali-kali.

"Lambatnya awak balik.. hmphh.."

Jinsang memuncung panjang apabila Junhoe berada betul-betul di hadapannya. Poni rambut coklat keperangan semulajadinya ditiup frustasi.

Junhoe malah terkekeh geli hati ㅡ tidak mengambil peduli untuk melihat wajah isterinya yang semakin masam mencuka.

"Sorry , chagi.. tak sengaja. Saya janji tak buat lagi."

Junhoe mengangkat tangan kanannya seolah-olah ingin mengucap sumpah. Jinsang berdecit menyampah.

Asal dia melakukan kesalahan sahaja , suka berdalih dengan janjinya.

Junhoe memagut bibir merah jambu wanita berwajah manis itu. Dia kemudiannya tunduk menyamai paras perut Jinsang yang dihuni cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

"Anak kesayangan appa dah lapar ya?"

Permukaan perut yang kian membusung hari demi hari itu diusapnya lembut. Selesai berbual bersama bayi kecilnya yang kini sudah genap 3 bulan berada dalam tubuh Jinsang , Junhoe kembali berdiri.

"Alaa.. kenapa pipi merah-merah ni? Panas?"

Pipi bak pau Jinsang dibelek-belek umpama sedang menguli tepung. Dahinya yang turut berpeluh-peluh kerana menunggu kepulangan Junhoe pada tengah hari itu diusap jemari Junhoe.

"Lapar.."

Jinsang mencebik lagi. Tubuh kecilnya digoyang manja.

"Okay.. sorry , sorry. Mari masuk. Sejuk makanan tu nanti."

Junhoe tersenyum sendirian ㅡ mengimbau semula kenangan manis yang telah terpadam dari memori Jinsang. Senyumannya pudar serta-merta mengenangkan Jinsang yang tidak lagi seperti dulu.

Keperibadiannya benar-benar telah berubah. Barangkali kerana Jinsang terlupa akan asal usulnya sendiri.

Benarlah kata orang , tak kenal maka tak cinta.

Namun demi wanita itu , Junhoe tidak akan pernah mengalah. Biarlah dia terluka sekalipun. Dia nekad untuk mengembalikan ingatan Jinsang.

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now