01 장

807 43 65
                                    

---

Suasana suram dan pilu yang menyelubungi ruangan itu tidak ubah seperti sedang menghadiri majlis pengebumian. Pandangan menghukum dari manusia yang berada di sekeliling Junhoe sedikitpun tidak mempengaruhinya.

Tersedu-sedan Junhoe menangis di sisi Jinsang sedangkan tubuh isterinya masih terlantar tidak sedarkan diri sejak malam tadi lagi.

Belakang tapak tangan Jinsang dicium penuh sayang. Wajah pucat itu berterusan meruntun hati Junhoe setiap kali ia ditatap.

Siapa yang perlu dipersalahkan sekarang?

Adakah Junhoe , yang memberi kebenaran untuk isterinya mengambil lesen memandu atau Jinsang , yang bersungguh-sungguh meyakinkan Junhoe bahawa dia sudah mahir memandu setelah mendapatkan lesennya?

Sungguh , Junhoe tidak pernah menjangkakan hal ini bakal berlaku ke atas wanita yang dicintainya ini.

Jinsang telah meninggalkan rumah tanpa meminta izin terlebih dahulu dari sang suami untuk cuba memandu sendirian. Dia tahu Junhoe akan menegahnya dari melakukan perkara itu berikutan keadaan Jinsang yang sudah berbadan dua.

"Setelah kami selesai melakukan imbasan CT sebentar tadi , kami dapati ada kecederaan serius pada otak Jinsang. Kami perlu bedah isteri encik untuk hentikan pendarahan dengan kadar yang segera. Kalau tidak , kami bimbang kecederaan dia boleh membawa maut. Setakat ni , kami yakin 85% yang pembedahan ini akan berjaya. Tapi risiko dari pembedahan ni dikhuatiri akan kekal dalam beberapa tahun atau mungkin untuk seumur hidup dia. Ada kebarangkalian Jinsang akan alami hilang ingatan atau lumpuh. Dan kami dah berhubung dengan pakar dari jabatan obstetrik. Dengan dukacitanya , saya perlu maklumkan kepada encik yang Puan Jinsang keguguran akibat kemalangan tu."

Perbualan Junhoe bersama Doktor Oh kembali terngiang-iang di fikirannya.

'Ya Tuhan.. aku tak akan mampu untuk hidup tanpa dia. Apa yang patut aku lakukan sekarang? Relakan Jinsang pergi dari hidup aku seperti zuriat pertama kami atau biarkan dia lumpuh untuk selama-lamanya kerana pembedahan tu?'

Junhoe kelihatan kusut. Sudah semalaman dia tidak berehat gara-gara memikirkannya.

Selama ini pun , Junhoe dan Jinsang hidup dalam kesederhanaan. Rumah tangga yang mereka jalinkan baru setahun jagung ini juga bahagia sungguhpun tidak punya harta yang banyak.

Gaji hasil usaha keras Junhoe cukup-cukup untuk makan minum mereka suami isteri serta keperluan harian.

Sejak berita Jinsang hamil sampai ke telinga Junhoe melalui ibunya , rezeki mereka dirasakan semakin bertambah. Namun kini , Junhoe dan Jinsang kehilangan anak pertama mereka akibat kemalangan itu.

Junhoe perlu membuat keputusan yang amat berat seumur hidupnya pada detik ini. Seterusnya , dia akan diminta bagi menandatangani borang kebenaran untuk pembedahan ke atas Jinsang dilaksanakan.

Junhoe terlalu mencintai Jinsang. Biarlah apa pun dugaannya nanti. Yang pasti , isterinya harus selamat dan kekal di sisinya sehingga akhir hayat Junhoe.

Tentang kos pembedahan , Junhoe sudah merancang untuk membuat pinjaman bank dan meminta bantuan kenalannya. Pada saat ini , dia hanya perlu mendoakan agar segala ikhtiarnya dipermudahkan Tuhan.

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now