05 장

287 33 51
                                    

---

Semenjak hari pertama mereka tinggal di bawah satu bumbung sebagai pasangan suami isteri yang sah , Jinsang sedar akan kegigihan Junhoe untuk mencari nafkah bagi memperoleh kesenangan dan keselesaan buat mereka.

Ada kalanya Junhoe berkeras untuk melakukan lebih daripada dua pekerjaan pada waktu-waktu yang tertentu.

Sedangkan lelaki itu sendiri juga tahu bahawa pekerjaan tetapnya saat ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan harian serta makan minum Jinsang.

Namun , Junhoe tetaplah Junhoe. Pendiriannya tidak akan berubah hanya dengan pujukan kecil.

Junhoe memahami kerisauan isterinya itu. Tetapi , ia berterusan melakukan pelbagai jenis pekerjaan tanpa mempedulikan masa rehatnya.

Baginya , perkahwinan adalah perancangan jangka masa panjang yang perlu diteliti dan disusun atur kerana kita tidak dapat menjangkakan masa hadapan.

Hanya dengan strategi seperti inilah , Junhoe yakin Jinsang tidak akan hidup menderita disebabkan rasa kekurangan.

Jinsang yakin hari ini akan tiba. Sambil wanita itu berdiri di sisi katil yang dia kongsi bersama Junhoe , matanya tidak lepas-lepas daripada merenung alat panjang yang berada di tangannya.

Sebaik sahaja Jinsang terdengar bunyi derapan tapak kaki suaminya yang baru sahaja pulang dari kerja , dia cepat-cepat menyembunyikan alat penguji kehamilan itu di atas meja kecil yang berada di samping katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja Jinsang terdengar bunyi derapan tapak kaki suaminya yang baru sahaja pulang dari kerja , dia cepat-cepat menyembunyikan alat penguji kehamilan itu di atas meja kecil yang berada di samping katil.

"Tak tidur lagi? Kan saya dah cakap , tak perlu tunggu saya balik."

Junhoe kembali menutup dedaun pintu di belakangnya. Tangannya menyokong belakang kepala Jinsang sambil hidung kedua-dua mereka dilagakan.

Tidak semena-mena Jinsang dileter lagi. Jika dia sempat naik ke katil dan berpura-pura tidur sehingga Junhoe pulang , sudah tentu rancangannya untuk memberi kejutan berjalan dengan lancar.

"Saya tak boleh tidur."

Jinsang menggoyangkan tubuhnya sambil mendongak tinggi. Jari runcingnya mencucuk-cucuk dada Junhoe. Bibir munggil Jinsang dicium laju.

"Tak boleh tidur sebab rindu saya ke?"

Junhoe mengangkat sebelah keningnya sambil menatap wajah Jinsang dengan senyuman nakal.

Tubuh munggil Jinsang jatuh begitu sahaja di atas permukaan tilam mereka. Junhoe yang semakin merapatinya kini merangkak di atas tubuh itu.

"Awak.. mesti penat , kan?"

Jinsang mulai tidak senang. Ini tidak sepatutnya terjadi , malah tiada dalam perancangannya.

"Tidaklah.."

Tatapan menggoda Junhoe membuatkan jantung Jinsang berdetak abnormal. Ketika tangan nakal Junhoe sampai ke pinggang ramping sang isteri , Jinsang pantas mencari jalan untuk melepaskan diri.

"June.. boleh awak ambilkan air tu? Saya haus."

Jinsang merujuk pada segelas air di atas meja kecil tempatnya meletakkan alat penguji kehamilannya tadi. Masih belum terlambat untuk mengubah strategi.

"Anything for you , baby.."

Junhoe turun sebentar dari katil. Ketika tangannya sedang mencapai gelas kaca itu , manik matanya menangkap objek kecil yang asing.

Mulutnya terlopong melihat objek itu. Jinsang terkekeh geli hati. Reaksi suaminya sempat dirakam dengan kamera telefon.

"Sayang! Saya akan jadi ayah?!"

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now