20 장

180 30 10
                                    

---

"Doktor cakap apa?"

Junhoe dikejutkan pula dengan kedatangan Jaehee dan Hanbin ke rumahnya pada petang itu.

Hairan melihat Doktor Jung keluar dari pintu utama kediaman mereka sebentar tadi , pasangan itu cemas seketika. Tidak sia-sia Jaehee mengajak Hanbin untuk berkunjung ke sini.

"Jinsang cuma trauma. Sebab tulah dia pengsan dalam kereta tadi. Tak ada apa-apa yang serius pun."

Jaehee menghela nafas lega sambil memejamkan matanya. Sebagai rakan baik kepada Jinsang , dia juga pasti bimbang sekiranya perkara yang tidak diduga seperti ini terjadi.

"Syukurlah.."

Junhoe membenarkan Jaehee dan Hanbin bersama-sama menapak masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?"

Junhoe tampak resah apabila soalan itu diutarakan oleh Hanbin. Dia malu untuk berterus terang tentang kecuaiannya yang hampir menyebabkan Jinsang tercedera.

"A-aku..."

Satu lagi suara berjaya memintas percakapan Junhoe yang masih tergantung di sana.

"Kau memang dah lama rancang nak bunuh aku , kan... Junhoe?"

Serentak mereka bertiga menoleh ke arah Jinsang. Mendengar wanita itu yang dahulunya lemah lembut , membahasakan dirinya sebagai 'aku' , terkejut mereka bukan kepalang.

Ketiga-tiga mereka bagaikan menerima tamparan yang sama. Tetapi , lebih teruk adalah apa yang dirasakan oleh Junhoe pada saat itu. Hatinya remuk.

"Jinsang.."

Hanbin juga hampir tidak mampu berkata apa-apa. Wanita itu mendudukkan tubuhnya. Matanya mengerling lama ke arah Junhoe yang sedang gigih dia persalahkan di hadapan pasangan suami isteri itu.

"Perlu ke awak buruk-burukkan saya sampai macam tu sekali , Jinsang? Awak nak panggil saya pembunuh? Terserahlah."

Junhoe berlalu pergi. Jaehee dan Hanbin sama-sama terbungkam. Ketika Hanbin ingin membuka langkah mengejar Junhoe , Jaehee hanya menggeleng.

"Beri Junhoe masa untuk bersendirian." Bisiknya.

Nampaknya , mereka sendiri yang perlu menegur Jinsang di atas perlakuannya tadi. Bagi Jaehee , Jinsang tidak seharusnya menuduh Junhoe secara membuta tuli seperti itu. Hanbin juga mempunyai pendapat yang sama.

"Jinsang.. kami tahu kami tak ada hak untuk masuk campur urusan rumah tangga kamu. Tapi sebagai seorang isteri , kamu kena faham juga perasaan Junhoe. Kalau Jinsang tak jaga hati dia , siapa lagi yang nak jaga? Lagipun , Junhoe dah buat macam-macam untuk bahagiakan Jinsang. Bersyukurlah Junhoe tak pernah mengeluh. Akhir-akhir ni , dia nampak sedih. Jaehee taknaklah buat serkap jarang. Tapi Jaehee rasa Junhoe dah bosan dengan cara Jinsang layan dia. Jaehee mungkin salah tentang ni. Tapi hargailah dia selagi dia masih sayangkan Jinsang."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now