22 장

205 30 75
                                    

---

"Jinsang-ah , awak nak sarapan apa hari ni?"

Mendengarkan suara Junhoe yang datang dari arah dapur , Jinsang mengangkat wajahnya sebagai tindak balas. Junhoe yang sudah bersiap sedia memakai apron di tubuhnya melangkah keluar dari dapur kediaman itu.

Junhoe risau jika penampilannya tidak menarik selepas mengenakan apron ini. Oleh itu , dia sentiasa menunduk untuk memeriksa dirinya sendiri.

Jinsang tidak memberikan apa-apa jawapan. Matanya sibuk menilik Junhoe yang memakai kemeja hitam bersama apron tersebut.

"Jinsang?"

Panik Junhoe melihat isterinya yang tidak berkata-kata sejak tadi.

"Saya tak nak sarapan di rumah. Bawa saya makan di luar saja."

Jinsang bangkit dari sofa. Wanita itu kemudiannya berjalan perlahan menuju ke arah anak tangga.

"Jinsang.. sebenarnya saya tak ada banyak duit sekarang. Saya diberhentikanㅡ"

Jinsang kembali menoleh dengan tatapan dinginnya terhadap Junhoe.

"Awak nak bawa saya makan di luar atau tak?"

Demi Jinsang , Junhoe terpaksa mengalah dengan permintaan isterinya ini.

"Arasseo , arasseo.."

Jinsang menoleh lagi biarpun wanita itu kini sudah berada di anak tangga paling tinggi yang masih boleh memperlihatkan susuk tubuhnya dari ruang dapur.

"Jangan lupa pakai topeng mulut. Awak nampak hodoh dengan luka di bibir awak tu."

---

Junhoe rimas. Topeng mulut yang dipakainya ini hanya membuatkan wajahnya membahang dengan haba dan peluh. Junhoe terpaksa menanggalkannya.

Dan tindakan itu kembali meraih perhatian Jinsang. Dipandangnya luka di bibir Junhoe serta bengkak di tulang pipi lelaki itu. Di manakah Junhoe malam tadi sehingga wajahnya menjadi seperti ini?

"Junhoe!"

Kelihatan seorang wanita yang bertubuh agak tinggi dan langsing persis seorang model sedang melambai ke arah lelaki itu.

"Yunhye.."

Junhoe menyambut gadis itu dengan senyuman hangatnya. Yunhye menghampiri meja pasangan itu bersama sebatang pen dan sticky note berwarna merah jambu di tangannya.

"Saya ingat awak dah pindah. Tak sangka awak masih di sini , kan?"

Yunhye tersenyum.

"Appa meninggal di sini. Saya tak naklah berjauhan dengan omma. Jadi saya pun buka lah kafe ni semula." Jelas Yunhye.

Jinsang memandang Junhoe geram. Tidakkah Junhoe ingin memperkenalkannya pada gadis ini supaya dia tahu bahawa Junhoe sudah berkahwin?

"Jinsang , kan?"

Yunhye menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman. Tetapi tidak pula disambut Jinsang. Yunhye menipiskan bibirnya janggal.

"Kenapa Jinsang macam dah tak kenal saya ya?"

Yunhye berbisik dekat pada Junhoe. Dia hanya tertanya-tanya. Setahunya , Jinsang mesra dengan semua orang. Itulah apa yang dilihatnya semasa majlis perkahwinan pasangan ini beberapa tahun lepas.

"Nanti saya ceritakan pada awak , okay? Sekarang bukan masa yang sesuai nampaknya."

Yunhye mengangguk sahaja. Kebetulan pula pekerjanya sedang memanggil dari dapur kafe tersebut. Yunhye terpaksa meminta diri terlebih dahulu.

Jinsang kembali menyisip minumannya dengan wajah masam. Buihnya mengotorkan bibir munggil wanita itu. Junhoe tertawa.

"Awak ni dah kenapa?"

Berkerut wajah Jinsang tatkala melihat Junhoe ketawa tiba-tiba. Junhoe berdiri lalu membongkokkan badannya ke hadapan.

Bibir Jinsang dipagut ㅡ membersihkan daging gebu itu daripada buih-buih halus yang tersisa di sana.

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora