07 장

258 34 54
                                    

---

Bersusah payah Jinsang cuba menurunkan kakinya dari katil hospital dengan wajah yang berkerut seribu menahan rasa sakit.

Postur tubuhnya sedikit membongkok ke hadapan kerana kecederaan tulang belakang yang dialami semasa kemalangan jalan raya tempoh hari.

Ditambah pula dengan keadaan Jinsang yang sedang mengandung genap 3 bulan pada ketika itu menyebabkan hentakan yang kuat pada tulang abdomennya.

Anak mata Jinsang sempat melirik ke arah figura Junhoe yang sedang tertidur pulas di sisi katilnya. Jinsang tidak punyai pilihan lain.

Setelah Jinsang berfikir singkat , dia teragak-agak ingin menggoncang bahu Junhoe.

"Eo , Jinsang?"

Junhoe segera menegakkan tubuhnya dalam keadaan mamai. Melihat Jinsang sudah terduduk sambil melunjurkan kakinya jatuh ke lantai , Junhoe menatap pula wajah manis berseri tanpa solekan itu.

"Saya nak pergi tandas."

Junhoe merenung lama mata Jinsang. Sekali lagi , dia terpesona dengan mata yang sering menatap dirinya dengan penuh rasa cinta dahulu.

"Cepatlah.. saya tak tahan ni.."

Tamparan ringan pada lengan Junhoe terasa sakit. Junhoe perlu kembali ke realiti hidupnya hari ini. Jinsang kesayangannya dahulu telah berubah hati kerana tidak mengenal cinta dan hati budi Junhoe.

Junhoe memeluk bahu Jinsang dari sisi lalu membantu wanita itu berdiri.

Kaki Jinsang yang masih tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya dilihat kekok semasa berjalan. Mereka berjalan perlahan menuju ke tandas terdekat.

Ketika Jinsang bersusah payah hendak melangkah lebih cepat , kaki kanannya menyebabkan dia tiba-tiba terjatuh. Mujurlah Junhoe sempat merangkul tubuh itu ke dalam pelukannya.

"Awak nak saya masuk sekali?"

Junhoe dengan polosnya bertanya. Dia hanya risau sekiranya Jinsang memerlukan bantuan. Namun , Jinsang terlebih dahulu menghempas pintu tandas dan menguncinya.

"Okay.. itu maknanya 'tidak'.." Junhoe bermonolog sendirian.

---

"Awak betul-betul tak ingat saya ke?"

Jinsang mengeluh. Lagi dan lagi Junhoe menanyakan soalan itu setiap hari. Naik bosan Jinsang mendengarnya.

"Kenapa awak beria sangat nak tahu ni?"

Jinsang tampak marah.

"Sebab saya suami awak , chagi. Lihat ni.."

Junhoe menunjukkan cincin yang akan selama-lamanya tersarung di jari itu. Jinsang turut melirik pada cincin bertakhtakan berlian kecil di jari manisnya.

Tetapi baginya , itu masih tidak membuktikan apa-apa. 

"Awak terlibat dalam kemalangan lepas awak dapat lesen memandu. Awak gembira sangat masa tu sampaikan awak terlupa nak minta izin saya untuk keluar dan memandu sendirian. Awak hilang ingatan. Awak bukan saja lupa tentang perkara-perkara yang pernah berlaku di sekeliling awak. Awak juga lupa yang kita dah bercinta sehidup semati selama 7 tahun sebelum kita berkahwin. Awak tengah mengandung sewaktu kemalangan tu berlaku. Anak pertama kita , sayang.. kita dah hilang satu-satunya insan yang kita sayang umpama seorang puteri."

Jinsang memejamkan matanya seketika. Di saat satu persatu bayangan kurang jelas muncul di fikirannya , kepala Jinsang mula berdenyut sakit. Semakin lama , rasanya tidak dapat dikawal oleh tubuh lemah itu.

"Ahh!"

Junhoe panik tatkala Jinsang menjerit kesakitan. Butang merah pada dinding wad itu ditekan berkali-kali.

Seperti biasa , Junhoe mula menyalahkan dirinya. Doktor bergegas datang ke katil mereka.

"Lakukan imbasan CT sekali lagi."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora