49 장

250 24 25
                                    

---

"Mianhae.. ini semua salah Jaehee."

Wanita itu dilihat menundukkan wajahnya yang kini basah dengan linangan air mata.

Tanpa mempedulikan pandangan dua orang lelaki di hadapannya , Jaehee menangis teresak-esak ㅡ tentunya sedang dihimpit rasa serba salah di atas apa yang telah berlaku kepada Jinsang.

"Jaehee tahu kan yang Jinsang tengah sarat mengandung? Kenapa bawa dia keluar?"

Junhoe mengetap gigi di saat dia menekan setiap patah perkataan yang terbit dari bibirnya.

Dan Junhoe juga masih menghormati Jaehee sebagaimana dia menghormati rakan baiknya sendiri. Oleh itu , Junhoe tidak mahu kekecohan tercetus hanya kerana dia ingin mempersoalkan tindakan Jaehee.

"June-ya.. kau menakutkan Jaehee lah.."

Dengan lembut , Hanbin merangkul kepala Jaehee rapat ke dadanya. Di sanalah tempat wanita itu menyembunyikan wajah dan menenangkan dirinya selepas hampir ditengking oleh Junhoe sebentar tadi.

Belakang tubuh Jaehee diusapnya beberapa kali sehingga tangisan wanita itu reda.

"Junhoe.."

Lelaki berbibir tebal itu segera berpaling apabila kehangatan yang dirasakan mulai menjalar di hujung jemarinya. Membulat mata Junhoe tatkala melihat jari telunjuknya sedang digenggam oleh Jinsang.

"Jinsang.."

Belum sempat pun untuk Junhoe mencium atau memeluk Jinsang , wanita itu terlebih dahulu menaikkan tangannya bagi mengekalkan jarak mereka. Junhoe terkebil-kebil. Masing-masing tampak keliru dengan tindakan Jinsang itu.

"Jaehee tak bersalah dalam hal ni. Dia tak paksa saya untuk teman dia pergi shopping pun. Saya yang nak ikut. Dan sebab saya rahsiakan perkara tu dari pengetahuan dialah , saya di hospital sekarang ni. Lagipun , dia cuma nak belikan kelengkapan untuk baby kita. Awak tak gembira ke tengok anak awak ni disayangi semua orang , June?"

Lembut hati Junhoe setelah mendengar kenyataan Jinsang yang cuba untuk meyakinkan lelaki itu bahawa Jaehee tidak seharusnya dipersalahkan.

"Sekarang , minta maaf pada Jaehee dan Hanbin."

"Ta-tapi..."

Junhoe tanpa berlengah lagi memusingkan tubuhnya menghadap pasangan itu. Runtuh serta-merta dinding egonya tadi usai mengucapkan kata maaf kepada Jaehee dan Hanbin.

Jaehee dan Jinsang saling berbalas senyuman.

'Nasiblah sayang..'

---

"Kan saya dah cakap.. awak boleh lakukannya."

Junhoe memperkemaskan lagi genggamannya pada tangan Jinsang. Sementara Doktor Yoon dan kakitangan yang lain sedang menguruskan bayi mereka , Junhoe mengelap lembut peluh di wajah isterinya.

Jinsang yang keletihan selesai sahaja proses kelahiran dicium di dahi. Doktor Yoon kembali menghampiri pasangan itu. Topeng penutup mulutnya ditanggalkan ㅡ mempamerkan senyuman gembira kepada mereka berdua.

"Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan."

Jinsang dan Junhoe sama-sama tersenyum. Berulang kali Junhoe membisikkan rasa syukur dan terima kasihnya di telinga wanita itu.

"Terima kasih sebab lahirkan anak saya.."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now