18 장

186 30 33
                                    

---

Sedang anak mata Jinsang sibuk mengekori gerak geri tubuh milik jejaka tampan yang bernama Hanbin itu , otaknya juga ligat mencari jalan untuk membuatkan lelaki tersebut jatuh ke dalam jerat yang akan dia pasang pada malam ini.

Pandangan Jinsang kemudiannya beralih. Melihat Jaehee yang kini sibuk melayan ragam Wonbae , inilah satu-satunya peluang keemasan yang dia ada sementara kelibat Junhoe masih belum muncul sejak tadi.

"Hanbin.."

Mendengar sahaja namanya dipanggil dengan nada suara lunak kepunyaan seseorang , Hanbin tercari-cari puncanya.

Dan dari tempat Hanbin sedang berdiri pada ketika itulah , dia dapat melihat dengan jelas tubuh kecil Jinsang yang sudah terduduk sambil bersandar rapat pada dinding ruang tamu.

"Kenapa ni?"

Hanbin berjalan menghampiri wanita itu dengan kadar segera. Hati Jinsang semakin menghangat tatkala melihat keprihatinan yang ditunjukkan oleh Hanbin terhadap keadaannya.

"Jinsang pening.."

Hanbin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam hal-hal sebegini , hanya Jaehee yang mampu memahami wanita seperti Jinsang.

"Jaehee.. Jinsang pening kepala ni."

Suara Hanbin kedengaran lantang sehingga mengundang perhatian tetamu yang lain. Begitu juga dengan Jaehee.

"Awak bawalah dia naik ke bilik tetamu. Tak nampak ke saya tengah pujuk anak awak ni?"

Hanbin mengeluh halus. Sesungguhnya , dia tidak bersedia untuk ini.

"Marilah."

Hanbin memapah tubuh kecil Jinsang ke tingkat atas. Sesampainya di hadapan bilik tetamu , Hanbin membantu wanita itu baring di atas katil.

Hanbin kaku apabila matanya tertancap pada paha Jinsang. Di saat itulah Jinsang mengambil kesempatan untuk menarik Hanbin jatuh ke atas badannya.

Jinsang menarik leher Hanbin sebelum bibir mereka bercantum rapat tanpa lelaki itu sempat menghentikannya. Hanbin tidak membalas. Mindanya keliru dengan tindakan itu.

Ciuman itu tidak memberikan apa-apa kesan padanya. Hanbin tahu , dia sudah lama melupakan Jinsang.

"Hanbin..."

Hanbin terlebih dahulu menjauhkan dirinya. Kepala lelaki itu kemudiannya ditoleh menghadap muka pintu. Syukurlah Jaehee tidak melihat apa yang telah berlaku tadi.

"Saya dah banyak kali cuba call Junhoe. Tapi dia tak jawab."

Jaehee melangkah masuk ke dalam bilik itu untuk melihat keadaan Jinsang.

"Macam mana dengan keadaan Jinsang?"

Hanbin kembali berpaling untuk melihat wajah Jinsang. Nampaknya , wanita itu sedang berpura-pura tidur di hadapan mereka.

"Kita biar Jinsang tidur sini sampai Junhoe datang semula , ya?"

Jaehee mengucup lembut pipi kanan Hanbin sebelum kembali pada anak-anaknya yang ditinggalkan di dalam bilik tidur mereka.

Langkah Jaehee terhenti di pertengahan jalan. Dia tidak pasti sama ada apa yang dilihatnya tadi nyata atau tidak. Namun , tanpa Hanbin sedari , di bibirnya terdapat kesan gincu Jinsang selepas ciuman mereka tadi.

"Kenapa awak tergamak buat saya macam ni , Jinsang?"

Hanbin mengepal jari-jemarinya. Bibir dan segala anggota tubuhnya adalah milik Jaehee seorang.

"Sebab saya dah jatuh cinta dengan awak , Hanbin-ah."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now