25 장

185 28 64
                                    

---

[ Now playing : Love Rain - Yuju (GFRIEND) ft. Suran ]

You :
Chagiya... saya dah habis kerja ni. Anak-anak dah tidur?

Setelah Hanbin menghantar teks pesanan ringkas tersebut kepada Jaehee , dia kerap memeriksa telefon miliknya. Namun , tiada satu pun mesej yang dia terima daripada Jaehee. Tiada juga tanda-tanda bahawa Jaehee telahpun membaca teks pesanan ringkas itu.

'Mungkin dia pun dah tidur dengan anak-anak agaknya.'

Hanbin menyimpan semula peranti canggih itu di dalam poket celananya. Di bibirnya , sebuah senyuman mulai menguntum. Lelaki itu dikejutkan pula dengan nada dering telefonnya.

Menyimpulkan bahawa panggilan itu dibuat oleh Jaehee , Hanbin terus menjawabnya.

"Yeobuseyo?"

Hanbin tidak mendengar apa-apa selain bunyi bingit sebagai latar belakang pemanggil yang menelefonnya pada malam itu.

Ketika Hanbin hampir sahaja memutuskan panggilan , suara seorang wanita kedengaran berat.

"Hanbin-ahhh...."

Mata lelaki itu membuntang luas.

"Jinsang , suara awak ke tu? Awak di mana? Kenapa bising sangat ni?"

Apa yang Hanbin dengarkan hanyalah tawa Jinsang. Dia yakin wanita itu sedang mabuk berat.

"Jinsang , macam mana awak boleh sampai ke kelab malam pula ni? Tunggu saya di sana dan jangan sesekali ikut sesiapa!"

Bimbang Jinsang diapa-apakan oleh lelaki lain , Hanbin cuba menghidupkan keretanya. Namun , gagal.

"Shibal..."

Hanbin meninggalkan keretanya yang telah dikunci dengan selamat lalu segera menahan teksi. Hanya satu sahaja kelab malam yang berada dekat dengan rumahnya. Dia yakin , Jinsang pasti di sana.

---

"Boleh tunggu di sini kejap? Saya perlu ambil seseorang."

Hanbin sedikit membongkok semasa bercakap dengan pemandu teksi tersebut melalui cermin kereta.

"Jangan lambat sangat."

Hanya itu pesan lelaki tua tersebut. Melihat penampilan Hanbin , dia tidak perlu risau sekiranya harus menunggu lama.

"Hanbin..."

Terbongkok-bongkok lelaki itu setelah berlari masuk ke dalam kelab malam tersebut. Hanbin benci akan suasana bingit di sini.

"Mari balik."

Hanbin memapah Jinsang masuk ke dalam perut teksi. Dia terpaksa duduk di kerusi penumpang bahagian belakang kerana Jinsang tidak mahu melepaskannya.

Wanita itu cuba menyentuh anggota tubuh Hanbin. Puas tangannya ditepis. Nampaknya , Jinsang juga tidak mahu mengalah.

Nafsu syahwat Hanbin sedikit sebanyak mulai terusik apabila Jinsang mengusap bahagian dalam pahanya. Lelaki itu benci untuk menyatakan bahawa seluarnya semakin sendat gara-gara Jinsang.

"Tolonglah , Jinsang.. jangan buat saya macam ni."

Jinsang tidak peduli. Lelaki tua yang sedang memandu di hadapan hanya mampu berpura-pura untuk tidak melihat mereka.

"Nah , ahjusshi. Terima kasih."

Hanbin terpaksa mendukung Jinsang keluar dari teksi tersebut selepas memberikan beberapa not wang kepadanya. Wanita itu dibawa ke bilik tetamu dan dibaringkan.

Dengan tenaga yang masih bersisa , Jinsang menarik Hanbin lalu mengunci pinggang lelaki itu dengan kakinya. Mereka berciuman dengan penuh intim buat kali yang kedua.

---

Triple update untuk hari ni! Nani nak complete fanfic ni cepat-cepat bcoz I know y'all tak tahan tengok Junhoe sedih-sedih selalu , kan?

Nani pun dah naik menyampah dengan si Jinsang ni HAHAHA nasib baik hilang ingatan , kalau bukan dah lama Nani terajang.

And mohon jangan benci Hanbin! Dia tak salah k. Sebab Jinsang yang goda dia xD

Tapi kan Nani dah janji nak bagi happy ending untuk dua couple ni? So janganlah sedih sangat ya? :')

Btw , dengarlah lagu yang Nani recommend di atas! Memang highly recommended especially bila dengar waktu hujan. Dengar instrumental pun nice :3

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now