12 장

212 29 98
                                    

---

Jinsang jatuh cinta dengan segala yang ada pada diri Hanbin. Ciri fizikalnya ㅡ bermula dari wajah yang begitu tampan , tubuh yang tinggi dengan binaan badan maskulin juga bibir tebal yang Jinsang idam-idamkan.

Sedangkan tanpa Jinsang ketahui , Junhoe juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti Hanbin.

Suaminya itu lebih gemar berpakaian tertutup untuk menjaga pandangan wanita lain yang sudah tentu akan tergoda apabila berhadapan dengan tubuh kekarnya.

Alasan Junhoe , Jinsang berhak untuk melihat mana-mana daripada bahagian tubuhnya lebih dari orang lain.

Memandangkan Junhoe dan Jinsang sama-sama overprotective sewaktu mereka bercinta dahulu , mereka bersetuju untuk menentukan pakaian pasangan masing-masing.

Junhoe menetapkan agar Jinsang memakai gaun atau skirt yang melebihi paras lutut serta apa-apa blaus atau baju yang berlengan.

Bagi Jinsang pula , Junhoe hanya perlu memakai baju bersaiz besar untuk tidak menampakkan tubuhnya yang sentiasa digilai perempuan sejak di sekolah menengah tinggi lagi.

Dan kedua-duanya masih berpegang pada hal itu.

Mengetahui bahawa Hanbin akan datang ke rumahnya hari ini , Jinsang memilih pakaian yang akan menjadikannya kelihatan cantik.

Namun , kedatangan seseorang yang tidak disangka-sangka membuatkan angin Jinsang berubah tiba-tiba.

"Jinsang.. ini akulah , Jaehee. Isteri Hanbin."

Jaehee memperkenalkan dirinya dengan senyuman. Album yang memuatkan gambar-gambar mereka berdua dikeluarkan dari beg.

Ketika Jaehee sedang sibuk menerangkan perihal gambar-gambar itu , mata Jinsang juga tidak lepas-lepas daripada memandang Hanbin yang sedang melayan kerenah si kecil Wonbin.

Hanbin terlihat bahagia mempunyai sebuah keluarga kecil. Sedangkan Jinsang , tidak.

Jinsang nekad. Walau apapun yang terjadi , dia akan memiliki Hanbin. Dengan cara baik , atau cara keji.

"Ini gambar waktu kau mula-mula mengandung dulu. Kebetulan , aku juga dah sarat mengandung masa tu. Aku ingat lagi , Junhoe yang kena morning sickness. Asyik muntah-muntah je."

Jaehee menjeling ke arah Junhoe yang sedang bermain dengan anak-anaknya sambil ketawa. Jinsang meneliti gambar itu lama.

"Janganlah muntah pada baju saya!"

"Menyesal saya buat awak mengandung , tahu?"

Berkerut-kerut wajah Jinsang pada saat itu. Dada wanita itu turun naik apabila kepalanya mulai berdenyut-denyut. Dalam keadaannya yang sedang berdiri itu , Jinsang hampir tumbang.

"Hanbin!"

Jaehee secara refleks terus memanggil nama suaminya. Hanbin berlari ke arah mereka ㅡ menyambut tubuh kecil Jinsang. Junhoe kaku di tempatnya melihat situasi itu.

Jinsang merapatkan wajahnya untuk mencium haruman pada leher Hanbin. Matanya layu sebelum dia benar-benar pengsan di situ.

---

Jinsang membiarkan sentuhan hangat penuh kasih sayang pada wajahnya. Membayangkan bahawa tangan itu adalah kepunyaan Hanbin , jiwanya bahagia.

Perlahan-lahan dia membuka mata. Terkejutnya bukan kepalang. Tangan Junhoe ditepis dari wajahnya.

"Awak buat apa ni? Mana Jaehee? Mana Hanbin?"

Junhoe menghela nafas berat.

"Mereka dah balik , sayang."

Suara lembut Junhoe dibalas herdikan Jinsang. Dia terus memalingkan tubuhnya membelakangi Junhoe setelah itu.

"Berhenti panggil saya 'sayang'. Jijik."

---



Don't Forget [ JunHwan ] ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora