15 장

200 31 20
                                    

---

Cahaya sang mentari menyuluh terang dari celahan tirai langsir yang dipasang di ruang tamu rumah itu. Bunyian merdu kicauan burung di luar juga tidak kalah manisnya.

Keadaan nyaman dan mendamaikan tersebut membangkitkan Junhoe daripada lenanya. Sambil terpisat-pisat , Junhoe mendudukkan tubuhnya di atas sofa.

Kaca televisyen yang masih terpasang sejak malam tadi ditutup dengan alat kawalan jauh. Junhoe mengurut belakang tengkuknya yang terasa pegal akibat tertidur di atas sofa.

Lelaki itu kemudiannya tersenyum sendirian tatkala mendapati bahawa dia tidak berseorangan di sini.

Junhoe memusingkan tubuhnya menghadap Jinsang. Rambut si isteri yang terlihat menutup wajah manisnya disingkirkan ke belakang telinga.

Dengan berhati-hati , Junhoe mendukung tubuh kecil Jinsang ke bilik tidur mereka.

"Hmm , lebih baik aku sediakan sarapan sekarang. Nanti Jinsang lapar pula." Gumamnya.

---

"Banyaknya barang yang awak beli.. awak nak masak apa ni?"

Mata Hanbin tidak henti-henti berkedip meneliti setiap satu daripada beg plastik yang dijinjing oleh isterinya pada ketika itu. Setahunya , Jaehee bukan jenis wanita yang suka akan pembaziran. Mendengarkan keluhan sang suami , Jaehee hanya tersenyum.

"Esok kan hari lahir Wonbin. Saya ingat nak buat party kecil-kecilan untuk dia."

Hanbin menghadiahkan ciuman kasih sayang pada dahi isterinya. Permintaan Jaehee yang seterusnya membuatkan Hanbin bungkam.

"Kita ajak Jinsang dan Junhoe ya?"

---

Jinsang tercari-cari kelibat Junhoe di aras bawah. Namun , tiada. Kakinya dihayun pula menuju ke dapur. Di atas meja besar itu , terletaknya makanan yang telah Junhoe sediakan buat dirinya sebelum meninggalkan rumah.

Jinsang juga mendapati bahawa ada nota berwarna yang ditampal pada permukaan meja makan tersebut.

Makanlah sampai kenyang. Ini menu sarapan kegemaran awak. Harap awak tak terlampau rindukan saya lepas rasa makanan ni ㅋㅋㅋ. Saya pergi beli barang dapur. Nanti saya balik.
- June -

Jinsang mengguling bebola matanya lalu tersenyum sinis. Pinggan yang berisi dua keping roti bakar , sosej dan telur mata kerbau dicampak ke dalam tong sampah. Hot chocolate yang sempat dibancuh oleh Junhoe tadi pula dituang ke dalam sinki.

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now