27 장

195 25 55
                                    

---

Jinsang tidak pasti akan apa yang telah berlaku ke atas dirinya sepanjang malam tadi.

Namun , keadaan Jinsang yang bertelanjang tanpa seurat benang di sisi Hanbin pada awal pagi tadi meyakinkan wanita itu bahawa agendanya sudahpun tercapai.

Walaupun masih terlalu awal untuk Jinsang meraikan kejayaannya ini , dia cukup berpuas hati.

Junhoe pasti akan menceraikannya dengan mudah dan Jinsang juga yakin bahawa Jaehee tidak akan sesekali memaafkan Hanbin kerana menduakan wanita itu.

Seboleh-bolehnya , dia mahu penceraian mereka dipercepatkan.

Tetapi setelah Jinsang berpuas hati mendengar pujuk rayu Hanbin , wanita itu memutuskan untuk tidak membuka mulut tentang hal ini kepada Junhoe.

"Saya merayu pada awak , Jinsang. Tolonglah... jangan sesekali beritahu Junhoe tentang apa yang dah jadi ni. Saya taknak hubungan persahabatan saya dan Junhoe rosak kerana salah faham. Cukup-cukuplah awak dah hancurkan rumah tangga saya."

Jinsang mencapai gaun hitam yang sudah jatuh menyembah lantai bilik itu. Dipakainya semula gaun yang dikenakan pada tubuhnya malam tadi sementara Hanbin sedang membelakanginya.

"Apa yang saya boleh dapat kalau saya tutup mulut , Hanbin?"

Jinsang berbisik halus di telinga lelaki itu dengan suara lunaknya.

"Mungkin awak fikir yang perkahwinan ni tak bermakna untuk saya , Jinsang. Tapi hati saya akan tetap sayangkan Jaehee dan anak-anak saya walau macam mana pun awak goda saya. Melukakan mereka sama saja macam membunuh saya. Tolonglah.. Jinsang. Itu saja permintaan saya."

"If you say so..."

Jinsang tersenyum senang.

"Ehemm.."

Junhoe yang sedang memandu di samping tempat duduk Jinsang berdehem canggung. Sungguhpun hubungan mereka tidaklah seindah dahulu , doa Junhoe agar mereka kekal bersama-sama sentiasa meniti di bibirnya. Begitu juga pada detik ini.

"Maafkan saya sebab tak dapat jemput awak malam tadi. Banyak kerja yang saya perlu selesaikan."

Junhoe tersenyum nipis. Rasa bersalahnya terhadap Jinsang dan juga dugaan yang perlu dia lalui di pejabatnya mulai bercampur-baur.

Siapa sangka? Junhoe diuji lagi dengan suasana yang tidak menguntungkan dirinya. Hanya kerana dia seorang pekerja baharu di syarikat tersebut , itu tidak bermakna mereka boleh mempergunakannya.

Jika bukan kerana Junhoe menghormati mereka sebagai orang yang lebih berpengalaman , mana mungkin dia akan menurut kata-kata mereka dengan mudah.

Apa yang mereka tahu hanyalah mengharapkan bantuan Junhoe untuk menyiapkan kerja-kerja mereka. Sedangkan mereka , tentu sahaja berbual kosong dan menelan gaji buta.

Junhoe tidak mahu menimbulkan sebarang masalah di kalangan mereka. Diam tidak bermakna Junhoe redha dengan tindakan pekerja-pekerja itu. Dia perlu bertahan demi Jinsang.

"Jinsang.."

Junhoe bersuara lagi setelah kedua-dua mereka kembali membisu.

"Hmm?"

Jinsang memalingkan wajahnya. Mata Junhoe masih tertumpu pada jalan raya.

"Boleh saya buat permintaan?"

Jinsang mengangguk perlahan.

"Saya redha kalau ingatan awak tak pulih macam dulu. Sejujurnya , saya sendiri pun dah tak tahu nak buat apa. Dah ketentuan Tuhan , kan? Tapi , saya sedia terima kelebihan dan kekurangan awak. Mencintai orang yang awak tak kenal mungkin sesuatu yang mustahil. Permintaan saya cuma satu. Saya harap awak kekal di sisi saya sampai saya mati sebab....."

Ayat Junhoe terhenti sekadar di situ. Entah mengapa , payah untuknya meneruskan bicara.

"Tak ada apa-apa lah. Lupakan saja."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat