38 장

206 24 15
                                    

---

"Hanbin..."

Jaehee mempercepatkan lagi langkahnya menuju ke katil Hanbin. Tas tangan berjenama milik wanita itu kemudiannya melorot jatuh dari bahu kanan terus menyembah lantai.

Tubuh Hanbin yang masih terlantar pada ketika itu dipeluk erat untuk melepaskan rindunya selama sebulan ini. Kesyukuran Jaehee turut dizahirkan dengan air matanya.

"Chagi.. saya tak boleh bernafas."

Mendengar kenyataan itu , Jaehee menaikkan semula tubuhnya ㅡ menjauhi Hanbin dengan sedikit kebimbangan. Hanbin tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.

Belakang tengkuk Jaehee ditarik sehingga bibir mereka saling bersentuhan.

Jinsang melangkah masuk ke dalam kamar itu setelah dia sengaja melambat-lambatkan hayunan kakinya untuk ke sini. Jinsang malu untuk berhadapan dengan Hanbin.

Barangkali kerana dia akhirnya sedar dan mengaku jua bahawa dialah wanita yang telah merosakkan hubungan perkahwinan yang terjalin kukuh pada awalnya.

Jinsang tidak sempat untuk berpaling. Entah apa pula sebabnya kali ini , Jinsang tidak dapat mengalihkan tumpuannya daripada suasana romantis itu.

Sebagai seorang wanita , tentunya Jinsang iri hati terhadap Jaehee. Bukan lagi kerana wanita itu memiliki Hanbin seutuhnya , tetapi kerana Jinsang tidak pernah melayan Junhoe dengan sewajarnya.

Kini apabila Jinsang mendapat berita tentang kehamilannya , Junhoe ialah orang pertama yang muncul di benak fikiran wanita itu. Jinsang mendambakan belaian Junhoe sebagai suaminya.

Mungkin juga Jinsang berfikiran seperti itu kerana bayi ini merupakan anak yang terhasil dari benih Junhoe. Bayinya ini tentu mengenali ayahnya , lebih daripada Jinsang sendiri.

"Ehemmm.."

Bukanlah tujuannya untuk mengganggu saat-saat romantis mereka. Jinsang terpaksa. Kesabarannya kian menipis. Dia harus tahu jawapannya secepat yang mungkin.

"Oh , maaf."

Wajah Jaehee merona merah. Dia terlupa bahawa Jinsang juga turut bersama-samanya ke hospital.

"Hanbin , saya perlu tanya awak sesuatu. Dan saya rasa Jaehee patut dengar penjelasan awak."

Dengan debaran di dadanya , Jinsang bersuara lagi.

"Apa yang sebenarnya terjadi malam tu?"

---

Hanbin terlalu leka sehingga Jinsang akhirnya menundukkan lelaki itu dengan ciumannya.

Hanbin bersungguh-sungguh melawan bisikan syaitan yang menggesa dirinya untuk melakukan sesuatu ke atas Jinsang.

Setiap kali Hanbin cuba melepaskan diri daripada ciuman tersebut , Jinsang menggigit bawah bibirnya dan memberi lebih banyak sentuhan menggoda.

Hanbin tidak akan mengalah. Oleh kerana dia masih mencintai Jaehee , lelaki itu sama sekali tidak dapat ditundukkan semata-mata kerana nafsu.

Hanbin mengesat bibirnya usai Jinsang meleraikan ciuman mereka. Wajah Jinsang tampak berkerut-kerut. Isi perutnya dimuntahkan. Hanbin dan Jinsang sama-sama berbau masam kerana sisa muntah itu.

Hanbin tiada pilihan selain untuk menanggalkan pakaian Jinsang. Sebagai seorang lelaki yang budiman , Hanbin hanya menanggalkan gaun singkat Jinsang dan membiarkan wanita itu dengan pakaian dalamnya lalu dibalut dengan selimut tebal.

"Saya berani bersumpah yang saya memang tak buat apa-apa lebih daripada tu. Tentang kenapa Jinsang bertelanjang pagi keesokkan harinya , dia sendiri yang tanggalkan baju dalam dia. Pada mulanya , saya baring saja. Tak sangka pula tertidur di sana."

Jinsang dan Jaehee sama-sama menghela nafas lega.

"Syukurlah.. nampaknya , saya tak perlu lagi risau tentang ni. Asalkan hal ni tak sampai ke telinga Junhoe pun dah cukup memadai. Dia tentu mengamuk teruk kalau dapat tahu yang kami tidur bersama."

Jinsang tersenyum kelat. Dalam diam , tapak tangan wanita itu leka mengusap perutnya.

"Cuba ulang balik apa yang kau cakap tadi?"

Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah suara tersebut.

"J-Junhoe.."

---

Sumpah mengarut chapter ni , hmm :(

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now