41 장

210 26 8
                                    

---

"Jinsang.. makanlah sikit , ya?"

Bersungguh-sungguh Jaehee cuba menyuakan sudu yang dipegang olehnya. Jinsang hanya menggeleng lemah sebagai respons.

Tangan Jinsang diangkat ㅡ perlahan-lahan menepis sudu yang masih disuakan di hadapan mulutnya pada ketika itu.

Jaehee sudah buntu bagaimana untuk memujuk Jinsang menjamah buburnya sungguhpun dia tahu bahawa wanita itu akan menolaknya berkali-kali kerana tidak mempunyai selera makan disebabkan demam panasnya itu.

"Jinsang.. janganlah macam ni. Atau kau nak aku call Junhoe , hmm?"

Jinsang menggeleng lagi. Namun kali ini , lebih laju daripada yang sebelumnya.

"Jamahlah sikit. Kesian baby dalam perut kau tu lapar. Kau tak sayang dia ke?" Pujuk Jaehee buat kali yang kedua.

Jinsang mengusap perutnya sendiri. Setelah sekian lama dia berkira-kira untuk menelan sesudu bubur ayam air tangan rakan baiknya itu , usaha Jaehee akhirnya berjaya.

Sebagai seorang ibu , Jaehee tahu yang Jinsang amat menyayangi bayinya sungguhpun pelbagai dugaan yang telah dia lalui ini begitu membebankan untuk wanita lemah sepertinya pikul sepanjang masa.

Jinsang turut terkesan dengan pemergian anak pertama mereka. Kali ini , Jinsang berjanji agar perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

"Macam nilah baru Jinsang yang aku kenal."

Jinsang tersenyum nipis.

"Tak apa ke kau teman aku di sini? Hanbin macam mana?"

Dia kembali terbaring di atas katil itu dengan bantuan Jaehee. Tubuh kecil itu diselimutkan sehingga ke paras bahunya.

"Hanbin tu lelaki , Jinsang. Lagipun ada doktor boleh pantau keadaan dia. Kau ni dahlah perempuan. Tinggal seorang diri macam dah tak ada suami. Junhoe tu takkanlah bekerja sampai tak reti nak balik rumah langsung? Dahlah kau tengah mengandung. Kalau dia tahu ni , mesti dia takkan buat perangai , Jinsang-ah. Mungkin kau patut terus terang saja."

Jinsang terdiam. Kata-kata Jaehee itu ada juga benarnya. Junhoe ialah bapa kepada bayi yang akan dia kandungkan selama 9 bulan ini. Junhoe berhak untuk tahu tentangnya. Namun , pedulikah Junhoe?

"Kenapa diam? Aku salah cakap ke? Mianhae.."

Bimbang sekiranya hati wanita itu semakin terluka , Jaehee dengan paniknya memohon maaf.

"Taklah. Aku cuma tertanya-tanya. Benci sangat ke Junhoe pada aku sampai dia tak nak balik rumah?"

---

"Kau buat apa pada Jinsang , huh?!"

Jaehee menolak kasar dada Junhoe. Hari ini juga dia akan menuntut bela untuk Jinsang. Jika hal ini berterusan , Junhoe mungkin akan mencederakan isterinya lagi.

"Aku pukul dia! Tapi , aku tak sengaja! Puas hati?"

Jaehee tersenyum sinis.

"Ya , kau tak sengaja sebab kau tengah marah masa tu. Itu yang kau nak cakap sebenarnya , kan?"

Tiada apa yang boleh Junhoe katakan.

"Aku tahu kau masih sayangkan Jinsang. Cuma kau saja yang taknak mengaku. Tapi kau sanggup ke tengok dia terseksa macam tu setiap hari? Yang dia fikir cuma kau , June. Kenapa kau abaikan dia di saat dia benar-benar perlukan kau , benci sangatkah kau pada dia , dan banyak lagi. Jangan berikan dia lebih banyak tekanan. Lagipun , dia dah cukup terseksa dengan rasa bersalah dia pada kau selama ni. Ingatan dia dah pulih , Junhoe."

Ingin sahaja Jaehee mendedahkan tentang kandungan Jinsang pada Junhoe. Namun , dia tidak boleh sesekali memungkiri janjinya.

"Aku cuma nak buat beberapa permintaan , Junhoe. Jinsang tu dah dua hari demam panas. Suhu badan dia masih tinggi walaupun dah makan ubat. Dia taknak pergi hospital dan dia memang tak ada selera untuk makan apa-apa. Jinsang selalu meracau nama kau dan minta kau peluk dia. Itu saja yang dia nak. Dia rindu sangat dengan pelukan kau macam dulu.."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now