48 장

213 27 40
                                    

---

Sudah berkali-kali Jinsang menukar posisi tidurnya. Namun , perubahan itu sedikit pun tidak dapat membantunya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Sehingga mati akal Jinsang dibuatnya.

Ini bukanlah yang pertama kali berlaku. Sejak usia kandungannya mencecah 6 bulan lagi , Jinsang sukar sekali untuk tidur lena seperti dahulu.

Pergerakan janin di saat-saat kelahiran seperti ini tidaklah seindah yang dia rasakan semasa di awal kehamilan. Sakitnya ketika merasakan tendangan dari bahagian dalam perut , hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Itu pun , Jinsang sekadar mendiamkan diri kerana bimbang Junhoe terlalu paranoid setelah mengetahuinya.

Merasa terganggu dengan pergerakan dan deruan nafas berat Jinsang , Junhoe terjaga. Dalam keadaan mamai , Junhoe menoleh ke sisi kanannya.

"Awak tak tidur lagi ke? Sekarang kan dah lewat."

Suara Junhoe kedengaran umpama bisikan halus.

"Saya tak boleh tidur. Baby asyik tendang.."

Jinsang meramas jari-jemari runcingnya lalu diganti pula dengan jari Junhoe.

"Pusingkan badan awak.."

Wanita itu diminta untuk memusingkan tubuhnya membelakangi Junhoe. Tangan lelaki itu kemudiannya menjalar perlahan dari pinggang ke perut Jinsang yang membusung. Sambil memeluk Jinsang , Junhoe menggerakkan tapak tangannya di atas sana.

"Jangan buat omma sakit , sayang. Tak baik. Omma pun nak rehat juga."

Ketidakselesaan Jinsang beransur pulih. Dia akhirnya terlena di dalam dakapan hangat Junhoe.

---

Hari ini , Jaehee bersama-sama Hanbin datang berkunjung ke rumah pasangan itu. Seperti biasa , Wonbin dan Wonhae dihantar ke rumah neneknya sebelum mereka tiba di sini.

Hanbin pula hanya singgah sebentar untuk menghantar Jaehee ke rumah rakan baiknya memandangkan wanita itu sendiri yang ingin menemani Jinsang.

Sekali lagi , Jinsang tidak tahan dengan pergerakan bayi di dalam kandungannya. Namun begitu , dia hanya diam membisu sejak pagi tadi kerana tidak ingin kedua-dua mereka terlalu bimbang akan keadaan bayinya ini.

Junhoe mahupun Jaehee sama sekali tidak mengetahui tentang hal tersebut.

Jinsang mencengkam apa-apa sahaja objek kukuh yang berada di dapur rumahnya. Nafas Jinsang memburu laju sehingga penglihatannya semakin kabur.

"Jinsang?"

Otak wanita itu seakan-akan kembali berfungsi. Tubuhnya ditegakkan semula. Suara itu datang dari luar.

"Jinsang? Ha , tu pun kau. Nak pergi shopping tak?"

Jaehee tampak gembira. Jinsang mengangguk perlahan ㅡ tidak sampai hati untuk menghampakan rakan baiknya itu.

---

"Tak apa kan kalau aku beli kasut ni untuk anak kau? Lagipun , comel lah corak ni."

Jinsang tersenyum sambil mengangguk lemah. Pada ketika itu , Jaehee kebetulannya sedang khusyuk memilih barangan bayi yang sesuai dengan cita rasanya sehingga tidak sedar bahawa Jinsang kelihatan letih.

Selesai membayar segala yang dibeli olehnya , Jaehee dan Jinsang jalan seiring sambil berpegangan tangan. Nafas Jinsang semakin berat.

Ketika tubuh itu perlahan-lahan rebah ke lantai , Jaehee melepaskan beg kertas yang dibawanya lalu menyambut Jinsang.

"Jinsang , kenapa ni?"

Dunia Jinsang menjadi gelap gelita dalam sekelip mata. Mujurlah orang ramai yang berada di sekeliling sudi membantu Jaehee menguruskan Jinsang.

"Jinsang , bangun.."

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now